This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Khidmat Nasihat GST di Malaysia

Penasihat GST – Kami boleh membantu anda mengenai segala urusan GST di Malaysia

Adakah anda bercadang hendak mumulakan perniagaan anda di Malaysia? Adakah anda tahu sedikit sebanyak mangenai sistem cukai GST di Malaysia? Adakan anda mencari khidmat nasihat professional yang boleh membantu dengan segala urusan berkaitan GST? Jika ya, kami sedia membantu anda!

Selain membantu pemilik perniagaan asing menubuhkan operasi mereka di Malaysia, 3E Accounting Malaysia juga menawarkan bantuan secara menyeluruh yang menjadikan process kompleks pelbagai peringkat GST tidak rumit.

Sistem GST di Malaysia yang bermula pada awal tahun 2015 pada dasarnya memberi tumpuan kepada penggunaan domestic. GST dikenakan dan dilevi ke atas pembekalan bercukai kedua-dua perkhidmatan dan barangan sama ada yang dibuat di negara ini atau yang diimport. Apa yang membuatkan sistem GST di Malaysia kompleks berbanding dengan negara-negara lain adalah skop luas dan syarat ketat yang perniagaan harus memenuhi dan mematuhi.

Menjalankan operasi perniagaan di Malaysia dan pada masa yang sama bimbang mengenai pulangan GST mungkin akan menyebabkan anda mengupah pakar, meningkatkan kos mengendalikan perniagaan dan juga mengalihkan tumpuan anda dari skop perniagaan yang menjana pendapatan yang tinggi. Walau bagaimanapun, anda boleh mengalami pengalaman yang berbeza dengan 3E Accounting.

Di 3E Accounting Malaysia, matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan khidmat nasihat GST berskala penuh yang merangkumi semua aspek sistem GST kepada pelanggan. Misi kami adalah untuk menawarkan proses mudah dan bebas tekanan kepada pelanggan.

Kami mempunyai sepasukan pakar GST yang dilatih khas oleh JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia). Pasukan kami juga telah melulus peperiksaan perunding GST yang dianjurkan oleh MIA (Institut Akauntan Malaysia) dan JKDM. Pasukan kami mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pemahaman mengenai sistem GST Malaysia dan juga mengenai polisi dan prosedur JKDM. Dengan ini, anda boleh yakin bahawa kami akan menawarkan bimbingan dan khidmat nasihat terbaik berhubungan dengan sistem GST di Malaysia.

 

Perkhidmatan Berskala Penuh

Kami menawarkan perkhidmatan GST menyeluruh dan berskala penuh yang merangkumi pendaftaran GST, pengisian semua kertas kerja dan pengemukaan pulangan GST yang bertujuan untuk pelaksanaan GST dan latihan. Kami boleh membantu anda mematuhi undang-undang semasa dan menuntut kembali barang-barangan input dan cukai perkhidmatan ke atas semua pembayaran untuk memastikan anda tidak membuat pembayaran yang berlebihan!

Berikut termasuk dalam perkhidmatan nasihat GST kami:

Pendaftaran GST

  • Analisis pendapatan lengkap
  • Pendaftaran cukai barangan dan perkhidmatan

Latihan GST

  • Latihan dan bengkel GST

Pelaksanaan GST

  • Kajian lengkap tentang proses, tradisional, pentadbiran dan juga isu-isu yang berkaitan industri
  • Penilaian implikasi perniagaan
  • Mengkaji sistem perakaunan
  • Kajian kontrak bahan & implikasi GST
  • Nasihat dan bimbingan mengenai format dokumen dan keperluan penyimpanan rekod untuk pematuhan CBP

Pelaksanaan-Selepas GST

  • Pemeriksaan kesihatan cukai barangan dan perkhidmatan
  • Pembimbingan berkualiti apabila memfailkan dan menyerahkan pulangan GST
  • Mengkaji pulangan GST
  • Pengauditan GST dan membuat rayuan

Dengan melantik kami, anda boleh mengurangkan tekanan dan menjimatkan masa berharga anda, selain melabur dalam operasi lain yang bermanfaat. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami dengan segera!