This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia

Pelaksanaan GST telah mengubah sistem cukai di Malaysia. Juga dikenali sebagai Cukai Nilai Ditambah (VAT) di negara-negara lain, GST bukanlah sesuatu yang baru di rantau ini. Ia menggantikan sistem Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan di Malaysia.

Pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah mudah dan ringkas. Berikut adalah beberapa garis panduan mengenai Pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia dan perkhidmatan lengkap yang kami tawarkan kepada anda.

 

Keperluan Pendaftaran

Semua perniagaan perlu memahami keperluan pendaftaran statutori apabila mereka mendaftar untuk GST.

  • Siapakah yang Perlu Mendaftar?Perniagaan dengan pendapatan jualan tahunan melebihi RM500,000 adalah bertanggungjawab (dan perlu didaftarkan di bawah GST. Untuk mengetahui sama ada anda perlu mendaftarkan GST atau tidak, anda perlu mengira perolehan bercukai anda, yang berdasarkan: Jumlah nilai pembekalan bercukai anda (berkadar standard dan berkadar sifar) untuk tempoh dua belas bulan tetapi tidak termasuk nilai
    • pembekalan dikecualikan,
    • di luar skop pembekalan,
    • aset modal yang dilupuskan,
    • perkhidmatan yang diimport (cth. perkhidmatan tertentu yang anda terima dari luar negara seperti perkhidmatan perundingan dan pengauditan), dan
    • bekalan diketepikan yang dibuat di bawah Skim Penggudangan atau dibuat

    di dalam atau antara Kawasan Terpilih

    Anda boleh memeriksa kelayakan di sini: Adakah Saya Perlu Mendaftar Untuk GST?

  • PengecualianJika anda di dalam SATU kategori berikut, anda tidak perlu memohon lesen GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
    • Jualan 12 bulan terakhir syarikat anda adalah kurang daripada RM500,000
    • Jualan 12 bulan kehadapan syarikat anda dijangka kurang daripada RM500,000
    • Anda menjalankan perniagaan dalam kategori Pembekalan Dikecualikan
    • Anda mengeksport semua produk anda ke luar negara (Di luar Skop)

    Bagaimanapun, anda dikehendaki mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan mengenakan 6% GST kepada semua pelanggan anda jika anda bukan dalam kategori di atas.

  • Syarikat Pembekalan Berkadar Sifar Untuk perniagaan yang termasuk dalam kategori Pembekalan Berkadar Sifar, pemilik perniagaan tidak perlu mengenakan 6% GST walaupun jualan tahunan syarikat melebihi RM500,000. Bagaimanapun, syarikat itu masih perlu mendaftar dengan Jabatan Kastam untuk menuntut semula GST yang dibayar ke atas pembelian & perbelanjaan.

 

Bagaimana Mendaftar Untuk GST?

Pendaftaran untuk GST mungkin menjadi tugas yang sukar jika anda tidak biasa dengan proses tersebut. Anda boleh mula mendaftar GST sama ada secara elektronik melalui portal GST atau dengan mengisi borang secara manual.

Secara amnya, dokumen penting berikut diperlukan untuk tujuan pendaftaran GST:

  • Dokumen pengenalan:
    • Nombor pendaftaran perniagaan yang diberikan oleh SSM,
    • Nombor kad pengenalan,
    • Nombor pasport (jika bukan warganegara Malaysia),
    • Nombor pendaftaran yang diberi Pendaftar Pertubuhan ROS atau nombor pengenalan diberi pihak berkuasa tempatan, badan profesional atau badan berkanun, mengikut mana yang berkenaan.
  • Salinan penyata bank (dilampirkan dengan borang permohonan). Di sini disertakan langkah demi langkah  yang dapat membantu anda memahami bagaimana mendaftar untuk GST di Malaysia. Selesai pendaftaran GST, anda boleh menyemak status pendaftaran GST serta status pendaftaran untuk perniagaan.