This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Penubuhan Syarikat Asing

Sebagai salah satu hab perniagaan yang berkembang rancak di Asia Tenggara, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat telah menarik pelabur asing dari seluruh dunia. Sehingga kini, Malaysia adalah salah satu daripada ekonomi yang melaksanakan pembaharuan di Asia Timur dan Pasifik untuk memperbaiki persekitaran perniagaannya bagi pelabur asing. Usaha-usaha dan inisiatif reformasi yang berterusan oleh kerajaan telah meletakkan kedudukannya sebagai salah satu ekonomi berprestasi tinggi di rantau ini dari segi kecekapan dan mutu peraturan perniagaan (seperti yang diperakukan dalam laporan Doing Business ).

Penubuhan syarikat milik asing di Malaysia amat mudah dan pantas. Bagaimanapun, terdapat perkara-perkara tertentu yang perlu anda ketahui berhubung prosedur dan peraturan pemerbadanan.

 

Sebelum syarikat diperbadankan:

  1. Hasilkan rancangan perniagaan dengan sebaik mungkin.
  2. Fahami keperlukan di dalam penubuhan syarikat asing: Pertimbangan Utama Sebelum Warga Asing Memulakan Perniagaan di Malaysia
  3. Ketahui tentang entiti perniagaan yang tersedia serta kelayakan anda: Pilihan Persediaan Syarikat Milik Asing di Malaysia

 

Sekiranya anda menjalankan perniagaan di sektor perkhidmatan, anda mungkin mahu mengetahui tentang Liberalisasi Sektor Perkhidmatan di Malaysia. Liberalisasi sektor perkhidmatan ini bukan sekadar memain peranan utama dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi dengan menarik pelabur asing dan pakar-pakar dalam sektor perkhidmatan, tetapi turut membolehkan syarikat Malaysia meluaskan perniagaan daripada pasaran domestik kepada pasaran serantau serta antarabangsa.

Kepada yang mahu menerokai sektor pengilangan, amat mustahak bagi memahami Dasar Ekuiti dalam Sektor Pembuatan – satu dasar Kerajaan yang menggalakkan usaha sama di antara usahawan Malaysia dan warga asing.

Bagaimana menubuhkan syarikat asing:

Selepas anda telah menghasilkan rancangan perniagaan dan memahami iklim perniagaan di Malaysia, anda mungkin mahu ke peringkat seterusnya dalam menubuhkan syarikat. Panduan Pegawai Dagang untuk Memulakan Perniagaan di Malaysia sebagai Warga Asing merupakan pautan yang berguna di mana anda dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam perniagaan serta penubuhan syarikat asing di Malaysia.

Tentunya anda memiliki pelbagai persoalan yang hadir dalam setiap langkah anda. Di sini disertakan jawapan bagi persoalan-persoalan yang mungkin anda fikirkan: Panduan Pegawai Dagang: Masalah yang Dihadapi oleh Warga Asing Semasa Menjalankan Perniagaan di Malaysia

Berikut disediakan panduan bagi penubuhan syarikat asing dan perkhidmatan lengkap yang kami tawarkan.