This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Dasar Ekuiti Dalam Sektor Pembuatan

Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelaburan dalam sektor pembuatan. Dengan hasrat untuk meningkatkan penyertaan tempatan dalam aktiviti ini, kerajaan menggalakkan usaha sama antara pelabur Malaysia dan asing.

 

Dasar Ekuiti Untuk Projek Baharu, Pengembangan Projek, Ataupun Kepelbagaian Projek

Sejak Jun 2003, para pelabur asing boleh memegang 100% ekuiti untuk pelaburan dalam projek-projek baharu, serta pelaburan dalam projek-projek pengembangan / kepelbagaian oleh syarikat yang sedia ada, tanpa mengambil kira paras eksport dan tanpa mengecualikan mana-mana produk atau aktiviti.

 

Dasar Ekuiti Juga Digunakan Untuk:

Syarikat-syarikat yang dahulunya dikecualikan daripada mendapatkan lessen, bagaimanapun dana pemegang saham terkini telah mencecah melebihi RM2.5 juta ataupun mengupah lebih 75 pekerja sepenuh masa yang mewujudkan keperluan untuk dilesenkan.

Syarikat-syarikat sedia ada berlesen yang dahulunya dikecualikan daripada mematuhi syarat-syarat ekuiti, tetapi kini perlu mematuhinya kerana dana pemegang saham mereka telah mencecah RM2.5 juta.

 

Dasar Ekuiti Bagi Syarikat Yang Sedia Ada

Syarat-syarat ekuiti dan eksport yang dikenakan ke atas syarikat sebelum 17 Jun 2003 akan dikekalkan. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat boleh meminta untuk syarat-syarat ini dimansuhkan dan kelulusan akan diberi berdasarkan kepada merit setiap kes.

(Sumber: Malaysian Investment Development Authority)