This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Prosedur Standard Pemerbadanan Syarikat Sendirian Berhad (SDN BHD)
1. Kerja-Kerja Awal
- Klien/Pelanggan melengkapkan borang pemerbadanan secara online.
- 3E mengesahkan ketersediaan nama yang dicadangkan kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam.
- Pelanggan menghanter emel kepada kami berhubung nama yang ditempah berserta dengan maklumat diperlukan dan slip bayaran bagi khidmat profesional kami.
- Selepas penerimaan bayaran, nama syarikat akan disimpan mengikut permintaan klien.
2. Permohonan Tempahan Nama
Hantar Tempahan Nama kepada SSM (kelulusan dalam 1-3 hari bekerja).
* RM50 bagi setiap carian nama
Sekiranya ditolak, pelanggan perlu mencadangkan nama lain bagi melakukan tempahan nama sekali lagi.
3. Persediaan Dokumen-Dokumen Pemerbadanan
Pelanggan boleh mengunjungi bank yang dikehendaki bagi memahami keperluan serta prosedur pembukaan akaun bank. Selepas itu hantar maklumat yang diperlukan kepada 3E bagi persediaan dokumen-dokumen yang relevan.
4. Menandatangani Dokumen-Dokumen Pemerbadanan
- Kesemua pengarah/pemegang saham berkunjung ke pejabat 3E bagi menandatangani dokumen-dokumen pemerbadanan; atau
- Sekiranya terdapat mana-mana pemegang saham/pengarah yang tidak dapat hadir ke pejabat 3E Accounting untuk menandatangani dokumen pemerbadanan, beliau perlu mewakilkan orang lain untuk bertindak selaku saksi dan/atau datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah/Notari Awam untuk memperakukan Notis Perisytiharan sebelum Perlantikan Pengarah. Selepas itu, hantarkan semua salinan asal dokumen-dokumen pemerbadanan yang ditandatangani kepada 3E untuk diperbadankan.
5. Penghantaran kepada SSM untuk pemerbadanan
3E menghantar borang-borang yang relevan kepada SSM untuk pemerbadanan syarikat.
Sekiranya disoal, jawab soalan daripada SSM dan hantar sekali lagi untuk kelulusan.
6. Selepas Pemerbadanan
- Pelanggan boleh memilih untuk meningkatkan modal berbayar (lebih dari RM1,000) dengan bayaran selepas akaun bank dibuka.
- Dapatkan lesen/permit sebelum memulakan perniagaan.
- Pastikan keperluan Pematuhan Korporat dituruti (daftar GST, Cukai Pendapatan, KWSP, PERKESO dan sebagainya).
7. Syarikat Berjaya Diperbadankan
- SSM akan mengeluarkan Notis Pendaftaran.
- 3E akan menghantar Pemberitahuan Perlantikan Setiausaha Pertama dalam tempoh 30 hari selepas pemerbadanan dan Perlembagaan standard.
- Penghantaran emel bagi semua dokumen berkaitan pemerbadanan kepada pelanggan untuk tujuan rekod (Salinan dokumen yang disahkan berserta setem getah syarikat sedia dihantar kepada/diambil klien.
- Klien boleh teruskan dengan pembukaan akaun bank.
Lihat: Carta Alir Prosedur Standard Pemerbadanan di Malaysia dalam bentuk PDF