This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Berhijrah ke Luar Negara

 

Memikirkan Untuk Berhijrah? Berbincanglah dengan kami

Pada satu peringkat dalam kehidupan, hampir setiap orang akan menimbangkan keputusan untuk meninggalkan kampung halamannya dan berhijrah ke satu tempat di mana mereka mengharapkan kehidupan yang lebih selesa. Terdapat banyak faktor bagi perkara ini, seperti peluang pekerjaan, melanjutkan pelajaran, tinggal berhampiran keluarga dan sanak saudara atau juga kerana ingin menikmati kos sara hidup yang lebih rendah. Bagaimanapun, sebelum anda mengemas beg dan membeli tiket perjalanan sehala, terdapat beberapa perkara yang perlu pertimbangan sewajarnya terlebih dahulu. Sesetengah negara menawarkan dasar penghijrahan yang mudah sementara ada yang menetapkan peraturan ketat. Maka adalah mustahak bagi anda mendapatkan nasihat tenaga profesional tentang keperluan penting dan segala maklumat berkaitan sebelum keputusan dimuktamadkan. Antara pilihan migrasi yang utama termasuklah:

 

Australia

Negara ini mempunyai ekonomi yang berdaya saing setelah melalui pelbagai krisis ekonomi dan dijangka terus mencatat pertumbuhan. Kadar pengangguran di Australia adalah rendah dan menurut laporan, pekerja-pekerja berkemahiran dengan visa kerja jangka panjang sering melanjutkan tempoh mereka di sini. Warga Australia menikmati kualiti hidup yang baik dan ia antara negara dengan taraf pendidikan tinggi. Negara ini juga memiliki kadar jenayah rendah dengan iklim sederhana menyaksikan musim sejuk dan musim panas sederhana. Sektor sumber manusia di Australian kian meningkat di mana terdapat banyak peluang bagi pekerja berkemahiran untuk berhijrah ke Australia. Migran baharu serta tanggungan mereka dalam kebanyakan kategori diberi hak bekerja tanpa had manakala penduduk tetap akan layak memohon kewarganegaraan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

 

United Kingdom

Pasaran buruh di UK hari ini telah menjadi tarikan signifikan kepada migran daripada dalam Kesatuan Eropah dan juga negara-negara bukan Kesatuan Eropah. Juga, terdapat permintaan berterusan bagi mereka yang berkemahiran dalam bidang tertentu. Bagi pekerjaan bergaji rendah, pasaran buruh UK yang fleksibel dan dasar-dasar lain yang meluas telah memainkan peranan penting dalam menarik minat pekerja dari Kesatuan Eropah. Sejak beberapa tahun, UK telah membina reputasi kukuh kerana kehidupan yang pelbagai serta kosmopolitan dengan lebih 50 kenegaraan dan 300 bahasa berbeza dipertuturkan. Negara ini mempunyai universiti dan kolej yang hebat, muzium, galeri, teater, restoran serta taman-taman indah dan ruang lapang menghijau. London merupakan ibu negara UK dan ianya kawasan metropolitan terbesar di dalam Kesatuan Eropah. Ia juga pusat antarabangsa bagi kewangan, media, budaya dan aktiviti seni. Kualiti pendidikan di UK terkenal di serata dunia dan universiti di sini menawarkan kursus yang diiktiraf seluruh dunia di samping penjagaan kesihatan di mana setiap orang tentu akan menghargai NHS (Perkhidmatan Kesihatan Nasional) yang memberi penjagaan kesihatan percuma kepada semua warga UK.

 

Malta

Pulau kecil ini semakin meningkat sebagai destinasi terkemuka bagi mereka yang mencari tempat dengan kos kehidupan yang berpatutan. Dengan keindahan semulajadi serta keanggunan seni binanya, Malta adalah tempat ideal bagi mereka yang mencari kualiti kehidupan yang lebih baik. Pulau ini dipenuhi pelbagai industri yang menguntungkan seperti industri perjudian dan khidmat kewangan. Satu lagi kelebihan untuk berhijrah ke Malta ialah kerana individu tidak perlu memohon taraf pemastautin sebelum berpindah ke sini dan boleh menggunakan visa pelawatnya sementara urusan berpindah dijalankan. Juga, terdapat dua jenis taraf penduduk bergantung kepada tempat asal anda. Taraf pemastautin biasa terpakai kepada mereka yang berhijrah ke Malta daripada Kesatuan Eropah, manakala penduduk tetap pula terbuka kepada semua orang yang lain. Anda perlu memperbaharui permit pemastautin biasa sekali dalam tempoh lima tahun, sementara permit penduduk biasa diperbaharui setiap tahun. Pada Julai 2013, kerajaan Malta memperkenal program pemastautin baharu yang menawarkan status cukai istimewa kepada warga negara ketiga. Bagi memohon program ini anda harus memenuhi beberapa kriteria tertentu.

 

Singapura

Singapura merupakan negara yang dikenali antara lain, kerana penjagaan kesihatannya yang baik – daripada penjagaan asas, saringan kepada khidmat penjagaan quaternary seperti pemindahan organ Pulau ini juga terkenal sebagai hab asia, dengan lapangan terbang dan pelabuhan yang paling sibuk. Ia turut menawarkan kadar percukaian rendah, yang memberikan anda lebih pendapatan boleh guna lantas menyaingi apa yang ditawarkan di negara-negara lain. Singapura turut menjanjikan taraf hidup yang tinggi di Asia Tenggara dan ianya amat berpatutan dengan pendapatan boleh guna yang tinggi di sini. Singapura memiliki sistem pengangkutan awam yang efisien, murah dan senang diakses dengan kombinasi pengangkutan awam dan teksi. Ia turut dikenali sebagai pulau dengan teknologi canggih kerana infrastruktur yang direka dengan bijak. Tiada tempat lain di dunia yang sama sepertinya. Apa yang lebih mengejutkan ialah Singapura sebenarnya mahukan imigran. Bakat asing dialu-alukan tinggal dan bekerja di Singapura – negara ketiga terkaya di seluruh dunia.

Dengan pelbagai pilihan di dalam capaian anda, adalah sukar bagi membuat keputusan yang tepat. Pergi bercuti ke sesuatu negara berbanding tinggal di sana adalah dua perkara berbeza dan pilihan yang salah akan membawa masalah kepada masa depan anda. Di sinilah anda perlu mendapatkan khidmat profesional – mereka yang mempunyai maklumat di hujung jari dan mampu menasihati anda serta menjawab segala soalan yang diajukan. Kami di 3E Accounting mempunyai maklumat yang anda ingini dan pakar-pakar kami yang berpengetahuan akan membantu anda dari petak permulaan lantas menjadikan impian anda untuk menetap di negara lain sebagai satu kenyataan.