This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Permohonan Pas Pekerja di Malaysia
Pas Pekerja adalah pas pekerjaan yang membolehkan ekspatriat bekerja dengan organisasi di Malaysia. Pas tersebut tertakluk kepada kontrak pekerjaan (sehingga 60 bulan). Jawatankuasa Ekspatriat atau pihak berkuasa berkaitan perlu memberi kelulusan kepada bakat asing bagi mengisi jawatan sebelum Pas Pekerja ekspatriat dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Para ekspatriat hanya boleh bekerja untuk syarikat yang dinamakan dalam Pas Pekerjaan. Sekiranya pemegang Pas Pekerjaan menukar majikan, pemegang Pas Pekerjaan perlu menghantar semula permohonan baru untuk Pas Pekerjaan baru.
Pasa masa ini, terdapat sekatan bagi jumlah pekerja asing yang boleh diambil bekerja oleh syarikat di Malaysia. Sekiranya mana-mana syarikat di Malaysia berhasrat mengambil pekerja asing, Syarikat perlu membuktikan kepada kerajaan potensi pekerja dan jawatan mereka adalah mustahak serta jawatan tersebut tidak dapat diisi pekerja tempatan. Kuota perlu dipohon dari Jabatan Imigresen sebelum syarikat meneruskan permohonan pas pekerja.
Syarikat perlu memeriksa samada syarikat anda layak memohon Pas Pekerja Ekspatriat. Syarat-syarat utama diterangkan di bawah:
Keperluan Modal Saham
EKUITI | MODAL BERBAYAR |
100% Milik Tempatan | RM250,000 |
Usahasama (kadar minima ekuiti asing 30%) | RM350,000 |
100% Milik Asing | RM500,000 |
Syarikat milik asing (dengan ekuiti asing 51% ke atas) yang beroperasi dalam sektor Pemborongan, Peruncitan dan Perdagangan (WRT) (keperluan mandatori bagi menghantar lesen WRT, sekiranya berkenaan).
Sila rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk panduan permohonan lesen WRT |
RM1,000,000 |
Syarikat milik asing (ekuiti asing pada kadar 51% ke atas) yang terlibat dalam sub sektor perkhidmatan tidak terkawal perlu merujuk kepada Bahagian Industri Perkhidmatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi garis panduan permohonan untuk mendapatkan kelulusan. |
Jenis-Jenis Pas Pekerja dan Syarat Gaji Minima
Terdapat 3 jenis pas pekerja seperti berikut:
– Pas Pekerja (EP) – untuk pemohon yang memperoleh gaji bulanan tetap sekurang-kurangnya RM 10,000 dan Pemohon mesti mempunyai kontrak pekerjaan yang sah sekurang-kurangnya 5 tahun
– Pas Pekerja – Kategori II (EPII) – untuk pemohon yang memperoleh gaji bulanan tetap sekurang-kurangnya RM 5,000 sehingga RM 9,999 dan Pemohon mempunyai kontrak pekerjaan yang sah 2 tahun
– Pas Pekerja – Kategori III (EPIII) – untuk pemohon yang memperoleh gaji bulanan tetap antara RM3,000 hingga RM4,999 dan tempoh kontrak tidak melebihi 12 bulan.
Keperluan Kelulusan Pihak Berkuasa
Syarikat-syarikat yang berhasrat untuk memohon Kategori III dikehendaki mengemukakan surat untuk mendapatkan pengecualian daripada syarat minimum gaji sebanyak RM5,000 daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
Terdapat beberapa Agensi yang bertanggungjawab untuk meluluskan dan menyokong jawatan ekspatriat dalam sektor yang berkaitan. Syarikat diberi bantuan mengikut sektor industri masing-masing.
Syarikat-syarikat yang dikawal oleh Agensi Pengesahan perlu mengemukakan surat kelulusan dari Agensi berkenaan untuk setiap permohonan Pas Pekerja (Kategori I, II dan III).
Syarikat dalam sektor di bawah bidang kuasa Badan Pengawalseliaan dikehendaki mengemukakan surat sokongan dari Badan yang berkenaan untuk setiap permohonan Pas Pekerja (Kategori I, II dan III).
Sektor yang tidak dikawalselia – Syarikat-syarikat dalam sektor yang tidak dikawalselia (tidak di bawah bidang kuasa Agensi Pengesahan atau Badan Pengawalselia) dikehendaki mengemukakan surat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan pengecualian dari syarat minimum gaji sebanyak RM5,000.
Untuk maklumat lanjut, sila lihat Kelulusan yang Diperlukan Untuk Permohonan Pas Pekerja
Kriteria Kelayakan Permohonan Pas Pekerja
Bagi Ekspatriat/Pekerja Berpengetahuan/Berkemahiran
- Ijazah dan ke atas, dengan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman di bidang berkaitan
- Diploma, dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman di bidang berkaitan
- Sijil Teknikal atau setaraf, dengan sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman di bidang berkaitan
Bagi Pemegang Saham
- Pemegang saham perlu ekuiti minima 30% dalam syarikat; DAN
- Mestilah Pengarah syarikat yang berdaftar dengan SSM DAN/ATAU menjawat jawatan penting dalam syarikat
Syarat Tempoh Cooling-Off
- Para pemegang pas EP III yang telah memperbaharui sebanyak 2 atau 3 kali berturut-turut PERLU meninggalkan negara dan berkhidmat selama 3 bulan tempoh cooling-off bagi membolehkannya memohon EP III sekali lagi. Pengecualian diberi kepada penukaran dari EP III kepada EP I/II
- Para pemegang EP III yang bertukar majikan PERLU meninggalkan negara dan berkhidmat selama tempoh 3 bulan sebagai cooling-off sebelum layak memohon EP II dengan majikan berbeza
Sektor TIDAK dibenarkan memohon Pas Pekerja
- Pasaraya / pasar mini (kurang dari 3,000 kaki keluasan tapak jualan)
- Kedai runcit / vendor umum
- Kedai serbaneka (yang beroperasi 24 jam)
- Agensi berita dan stor barangan rencam
- Dewan perubatan (menjurus kepada perubatan alternatif termasuk barangan makanan kering)
- Stesen minyak dengan atau tanpa serbaneka
- Stor pasar basah kekal
- Stor kaki lima kekal
- Kepentingan Strategik Negara
- Tekstil, restoran (tidak eksklusif), bistro, kedai emas
- lain-lain
Maklumat diperlukan
Sila pastikan anda memiliki semua dokumen di bawah sebelum meneruskan pendaftaran:
- Salinan MyKad dan paspot bagi semua pengarah syarikat.
- Profil Syarikat
- Salinan bil telefon syarikat
- Perjanjian Sewaan/Perjanjian Jualan & Pembelian (S&P)
- Cetakan e-SSM
- Borang 9 SSM
- Borang 24 SSM
- Borang 49 SSM
- Penyata Kewangan Terkini
- Salinan Lesen Pihak Berkuasa Tempatan – jika berkenaan (contohnya Lesen Premis Perniagaan)
- Lesen perniagaan lain (Rujuk Lampiran A, atau lain-lain dokumen sokongan)
- Surat pengecualian dari syarat gaji minima RM5000 (terpakai bagi syarikat yang mahu memohon Pas Pekerja (Kategori III) sahaja)
- Lain-lain dokumen yang diminta secara khusus
*Nota: Borang 9, Borang 24 dan Borang 49 perlu disahkan tulen oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Garis Masa
Selepas semua dokumen yang diperlukan dikemukakan, proses akan mengambil masa selama 14 hari. Proses pendaftaran syarikat adalah seperti berikut:
Langkah 1: Cipta akuan (pendaftaran atas talian)
Langkah 2: Hantar permohonan atas talian
Langkah 3: Permohonan diproses Imigresen
Langkah 4: Pemberitahuan status
Langkah 5: Pengaktifan syarikat
Tempoh memproses mungkin berlanjutan selama 3 bulan atau lebih kerana permohonan tidak lengkap atau syarat penilaian tambahan.
Pautan berkaitan:
Pengambilan Kerja Ekspatriat di Malaysia
Ringkasan Proses Imigresen
Syarat Modal Berbayar Syarikat
Syarat bagi Memohon Pas Pekerja Ekspatriat
Kelulusan yang diperlukan Permohonan Pas Pekerja
Senarai Jawatan Tidak Boleh Dipohon bagi Jawatan Ekspatriat