This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perisian Perakaunan Xero Cloud di Malaysia

Pakej-Pakej Ditawarkan Yuran (RM)
Langganan Perisian Xero Cloud (Pelan Premium) (Dibayar terus kepada Xero)
– Menyokong pelbagai nilai matawang
– transaksi tidak terhad
– tanpa had pengguna
– Latihan Video dalam talian oleh Xero (belajar sendiri)
– Laporan pengurusan akaun masa nyata dijana oleh Xero
US$40 sebulan #
(Tertakluk kepada pindaan oleh Xero)
Pelaksanaan Xero termasuk
– Carta penyediaan akaun Xero
– Penyediaan akaun perbankan
– Menghasilkan log masuk pendahuluan bagi pengguna
– 2 templat invois yang disesuaikan
– Papan pemuka yang disesuaikan
– Penyediaan kategori penjejakan
** Caj tambahan bagi kerja tambahan diperlukan bagi
Dari RM 1,000 dengan sekali bayaran ##
Sokongan tahunan Perisian Xero Cloud
– Emel tahunan dan sokongan telefon bagi Xero dari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi ke 6 petang (kecuali cuti umum)
– kemaskini berkala secara PERCUMA dan peringatan tentang cukai, pematuhan dan geran
** Segala transaksi akaun perlu dimasukkan oleh pengguna terus kepada Xero. Caj tambahan terpakai sekiranya khidmat lain termasuk kemasukan data, rekonsiliasi diperlukan.
Percuma ###
Khidmat Penyimpanan Kira-Kira /Bookkeeping bulanan termasuk
– Sokongan tahunan perisian Xero Cloud
– Rekonsiliasi Akaun Pembayaran
– Rekonsiliasi Akaun Penerimaan
– Rekonsiliasi Akaun Bank
– Khidmat perundingan bagi perakaunan dan hal-ehwal GST
Dari RM 1,000 sebulan
Latihan Xero Rujuk kepada Xero Pusat Bantuan Perniagaan

# Bagi para pelanggan yang ingin melanggan perkhidmatan perisian perakaunan Xero Cloud, kami menghulurkan bantuan dari segi proses langganan untuk Syarikat anda, sekiranya Syarikat anda telahpun melanggan atau sedang ke arah melanggan khidmat sekretarial/penyimpanan kira-kira kami.
## Anda mesti melanggan perkhidmatan kesetiausahaan tahunan kami untuk melibatkan perkhidmatan pelaksanaan kami. Caj pelaksanaan akan dikecualikan untuk Pelanggan yang mendaftar untuk perkhidmatan simpan kira.
### Percuma untuk pelanggan sedia ada yang terlibat dalam perkhidmatan kesetiausahaan tahunan kami. (tertakluk kepada terma dan syarat)

Bagi perincian tentang kadar harga Pelan Perisian Perakaunan Xero Cloud, sila rujuk kepada jadual di bawah:
Xero Cloud Accounting Software Pricing

Dengan peningkatan dari segi populariti, Xero merupakan produk perisian perakaunan yang terkehadapan dan begitu canggih. Ia direka khusus bagi membantu syarikat-syarikat permulaan, perusahaan kecil bahkan syarikat-syarikat besar di Malaysia menjana pertumbuhan melalui operasi perakaunan dan penyimpanan kira-kira yang terurus dengan sempurna. Perisian ini digunakan oleh syarikat-syarikat termasuk CIMB Bank Malaysia, Visa & HR easily. Perakaunan Xero menawarkan suatu alatan terbaik untuk urusniaga perniagaan yang mampu menjana pertumbuhan.

 

Apakah Perakaunan Xero – Apakah Xero dan Apa Yang Ditawarkannya Kepada Perniagaan?

Perisian Perakaunan Xero merupakan program berasaskan awan (cloud) yang dibangunkan khusus untuk membantu perniagaan merekodkan kemasukan kewangan dan mengurus operasi perakaunan secara berkesan, lancar dan paling utama, menjimatkan. Ia menawarkan pemantauan masa sebenar bagi aliran tunai perniagaan, lantas memperkasa anda bagi melihat kewangan secara dalam talian dari mana sahaja dan dengan apa jua peranti termasuk Mac, tablet, komputer peribadi ataupun telefon pintar. Dengan menggunakan perisian ini, anda mampu melakukan dan menyelaras operasi perakaunan dan penyimpanan kira-kira tanpa sebarang sekatan.
Menggunakan perisian perakaunan Xero, anda dengan mudah dapat:

  • Melakukan rekonsiliasi bagi kemasukan perakaunan harian dalam tempoh beberapa saat, termasuk bagi akaun matawang asing
  • Menghasilkan dan menghantar invois dalam talian kepada pengguna
  • Berpindah kepada sistem mudah alih
  • Mengurus inventori dengan menjejaki jualan & pembelian
  • Menikmati keanjalan di dalam melampirkan dokumen sumber dengan apa sahaja ke dalam Xero termasuk bil dan invois
  • Menjana pesanan pembelian yang disesuaikan
  • Mengurus aliran tunai dengan menjadualkan pembayaran kepada pembekal

 

Mengapa Perlu Melabur Di Dalam Perisian Perakaunan Xero Cloud – Ketahui Faedahnya

Ianya solusi perakaunan sehenti yang memperkasa perniagaan anda ke arah kejayaan. Xero menawarkan pengguna beberapa ciri-ciri yang menjimatkan masa, lantas membolehkan pengguna melakukan beberapa tugasan secara serentak dari mana sahaja serta membantu pengguna menyelesai lebih banyak tugasan dengan berkesan sambil menjimatkan masa. Ia begitu selamat, mudah digunakan dan merupakan platform yang boleh dipercayai. Xero turut memberi pengguna segala yang mereka perlukan bagi mengendali perniagaan dengan lancar.

Dengan menggunakan perisian ini, pemilik perniagaan dapat menguruskan semua kira-kira perbankan dan merekod transaksi terkini, berkongsi bajet dan laporan secara interaktif dengan ahli pasukan lain dalam masa sebenar, mempercepat urusan invois bagi item inventori, menjana dan mengurus sebutharga, menghantar invois dan peringatan kepada pelanggan, menjadualkan pembayaran kepada pembekal dan lain-lain.

 

Perakaunan Xero – Membezakan antara sistem Awan dan Desktop

Di dalam melakukan perbandingan dengan perisian perakaunan desktop seperti QuickBooks Desktop, Xero tentunya lebih hebat. Dengan berasaskan sistem Awan, perisian ini menawarkan kepada pengguna akses jarak jauh. Dalam kata lain, anda tidak perlu berada berhampiran dengan premis perniagaan bagi menggunakan perisian perakaunan ini. Ia boleh diakses di mana sahaja dan dengan menggunakan pelbagai peranti, walaupun anda berjauhan dengan premis pejabat. Tahukah anda apa maksud semua ini? Ia memberi anda keanjalan dan kuasa bagi membuat keputusan perniagaan pada masa sebenar, tanpa sebarang penangguhan lantas memberi anda jurang kelebihan.

 

Sebab Utama bagi Bekerjasama dengan 3E Accounting bagi Perisian Perakaunan Xero Cloud

Dengan kepakaran menyediakan khidmatPerakaunan Xero Cloud di Malaysia, 3E Accounting sudah tentunya nama yang anda boleh percayai. Kami merupakan pembekal berkelayakan yang menawarkan solusi penuh perakaunan Xero Cloud bagi membantu perniagaan anda di Malaysia. Kami akan membantu anda menyepadukan Xero di dalam lanskap perniagaan anda dan menyediakan khidmat tutoran secara langsung selain bantuan berterusan agar anda dapat menikmati sepenuhnya kelebihan perisian ini bagi mengangkat perniagaan anda ke tahap lebih tinggi.

Di Perisian Perakaunan Xero Cloud di Malaysia, kami tersenarai sebagai Xero Certified Advisor.
Xero Certified Advisor by 3E Accounting Malaysia

 

Kebimbaangan tentang tahap keselamatan data anda dengan Xero?

Data anda selamat kerana pelbagai lapisan keselamatan yang disediakan Xero. Melindungi data anda menjadi keutamaan bagi Xero. Ia telah melabur di dalam infrastuktur peneraju industri dan sering berusaha ke arah memastikan data anda sentiasa dilindungi. Bagi maklumat lanjut tentang Keselamatan dengan Xero.

 

Kesimpulan

Perniagaan dari segenap rantau di dunia telah beralih kepada perakaunan Xero kerana alasan-alasan yang kukuh. Ianya pantas, selamat dan menawarkan penjimatan masa agar anda dapat melakukan dan mengurus operasi perakaunan dengan tepat dan berkesan. Ia mungkin pelaburan terbaik anda ke arah kejayaan dalam bersaing dengan pemain-pemain industri yang lain.

 

Latihan Online oleh Xero

Anda boleh merujuk pautan di bawah, bagi video online dan sumber maklumat dari Xero yang dapat membantu anda menguasai Perisian Perakaunan Xero Cloud dan memulakan langkah anda ke arah sistem perakaunan berkomputer.

Xero Business Help Centre

Anda bakal mengetahui bagaimana hendak mendaftar akaun dengan Xero, bagaimana hendak menyediakannya bagi organisasi anda dan pautan kepada halaman bagi membantu anda mula menggunakan Xero agar anda menjadi mahir dalam perisian ini.

Xero Certification Course – Global

Ingin menjadi pakar Xero? Anda boleh muat turun bahan-bahan kursus dan dapatkan segala perincian tentang kursus pensijilan global bagi Xero.