This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Perkhidmatan QuickBooks Online di Malaysia
Pakej-pakej ditawarkan | Kadar Bayaran(RM) |
Langganan QuickBooks Online Plus (Dibayar terus kepada Quickbooks Online) – Menyokong pelbagai jenis matawang – urusniaga tanpa had – Quickbooks Online Plus menyokong sehingga 25 pengguna – Laporan pengurusan akaun masa nyata yang dihasilkan QuickBooks Online Plus |
RM98 sebulan (Tertakluk kepada perubahan bayaran oleh pihak Quickbooks Online) |
Pelaksanaan QuickBooks Online Plus termasuk – Carta persediaan akaun – Persediaan akaun perbankan – Menguruskan kemasukan awal oleh pengguna – Disesuaikan untuk 2 templat invois ** Caj tambahan dengan |
kadar Dari RM 1,000 sekali bayaran ## |
Sokongan tahunan QuickBooks Online Plus – Emel tahunan dan sokongan telefon untuk Quickbooks Online dari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum, dari 9 pagi hingga 6 petang – Kemaskini dan peringatan mengenai cukai, pematuhan dan geran secara PERCUMA ** Semua urusniaga perakaunan hendaklah dimasukkan oleh klien terus ke QuickBooks Online Plus. Caj tambahan dikenakan jika perkhidmatan lain seperti kemasukan data, rekonsiliasi dikehendaki. |
Percuma ### |
Khidmat Pembukuan/Bookkeeping Bulanan termasuk – Sokongan Tahunan QuickBooks Online Plus – Rekonsiliasi Akaun Pembayaran – Rekonsiliasi Akaun Penerimaan – Rekonsiliasi Akaun Bank – Konsultasi bagi perakaunan dan hal-ehwal GST |
Dari RM 1,000 sebulan |
Latihan bagi QuickBooks Online | Rujuk kepada Quickbooks Tutorial |
## Anda mesti melanggan perkhidmatan kesetiausahaan tahunan kami untuk melibatkan perkhidmatan pelaksanaan kami. Caj pelaksanaan akan dikecualikan untuk Pelanggan yang mendaftar untuk perkhidmatan simpan kira.
### Percuma untuk pelanggan sedia ada yang terlibat dalam perkhidmatan kesetiausahaan tahunan kami. (tertakluk kepada terma dan syarat)
Menjalankan operasi perniagaan secara lancar dan cekap dengan tenaga kerja yang terhad mungkin sukar terutamanya apabila syarikat anda semakin berkembang. Dalam usaha mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan, ramai pemilik syarikat permulaan dan perniagaan kecil cuba untuk melaksanakan semua operasi secara dalaman dengan bantuan kakitangan yang terhad. Walaupun strategi ini boleh dilakukan bagi beberapa tugas perniagaan, ia tidak dapat dilakukan untuk tugas yang memerlukan kemahiran teknikal seperti pengurusan kewangan dan penyimpanan kira-kira (bookkeeping).
Sekiranya syarikat anda bergelut melalui perakaunan dan simpan kira, dan anda tidak mampu untuk menggaji perkhidmatan seorang pakar akauntan pada peringkat perniagaan semasa, maka pertimbangkan untuk melabur dalam Perkhidmatan QuickBooks Online di Malaysia.
Apa itu QuickBooks Online ?
QuickBooks Online merupakan program perisian perakaunan berasaskan awan yang dibangunkan Intuit. Ia direka eksklusif ke arah memenuhi keperluan Perusahaan Kecil dan Sederhana. Program ini membantu syarikat permulaan dan perniagaan kecil menangani dan mengurus operasi kewangan dan perakaunan secara dalam talian dengan hanya ketikan tetikus.
Ianya mesra pengguna, selamat dan paling utama, bebas formula. Ini bermakna sekiranya anda tidak mahir dari segi teknikal, atau tidak mahir dalam perakaunan, anda masih mampu mengendali operasi perakaunan organisasi anda dengan berkesan dan pantas.
QuickBooks Online adalah versi terkehadapan QuickBooks Desktop yang memperkasa pemilik perniagaan seperti anda bagi memasukkan, merekod dan mengurus operasi perakaunan dengan mudah sekalipun anda tidak berada di premis. Ia dilengkapi pelbagai ciri dan disepadukan dengan fungsi berasaskan laman sesawang seperti kemudahan akses jarak jauh, bantuan penggajian, perbankan online & rekonsiliasi, fungsi emel dipertingkatkan, pengimpotan spreadsheet Excel dan kaedah pembayaran elektronik.
Bagi memanfaatkan kuasa QuickBooks Online, anda hanya perlu membayar langganan bulanan berbanding bayaran pendahuluan dan mengakses perisian ini melalui log masuk selamat menggunakan pelayar sesawang. Lebih utama, anda tidak perlu risau tentang menaik tarafnya kerana perisian itu ditingkatkan secara automatik. Perisian ini serasi dengan pelayar sesawang seperti Firefox, Chrome, Safari 6.1 dan Internet Explorer 10.
Faedah Hebat Menggunakan Khidmat QuickBooks
Di sini, kami sertakan tinjauan beberapa faedah yang anda bakal nikmati sebaik sahaja anda berpindah kepada QuickBooks Online:
- Semua data anda diselaraskan secara automatik merentas peranti seperti komputer peribadi, Android, iPhone dan iPad
- Mesra pengguna
- Mudah disediakan
- Data terjamin selamat di simpanan awan
- Boleh diakses 24x7x365 dari mana-mana menggunakan semua jenis peranti
- Menawarkan pilihan yang boleh disesuaikan
- Mempunyai antara muka intuitif dan canggih
- Suapan menunjukkan keadaan kewangan syarikat anda dengan serta-merta
- Simpanan data / Data backup automatik
- Pengurusan dan penjejakan Inventori
- Menjana laporan GST
- Memungkinkan kolaborasi pelbagai pengguna
- Penjimatan Berganda
- Tanpa Bayaran Pendahuluan
- Naik Taraf Automatik
- Mudah menjejak kerja dan melindungi keuntungan
- Membolehkan pengguna membuat invois disesuaikan dengan logo perniagaan dan ruangan tersendiri
Membezakan QuickBooks Cloud dengan Versi Desktop
QuickBooks Online merupakan versi awan bagi QuickBooks Desktop. Beberapa perkara tentunya serupa tetapi terdapat beberapa faedah yang hanya ditawarkan kepada pengguna QuickBooks Online.
Mari lihat bagaimana kedua-dua versi ini berbeza dan mengapa versi awam (cloud) kini semakin digemari:
QuickBooks Online tidak memerlukan bayaran pendahuluan berbanding versi desktop. Kerana ia berasaskan awan, QuickBooks Online mampu diakses dari mana-mana sahaja menggunakan sebarang jenis peranti. Juga, QuickBooks Online membolehkan penggunaan oleh pelbagai pengguna. Anda mampu menambah sehingga 25 pengguna yang bekerja serentak namun dengan versi desktop, faedah ini tidak ditawarkan.
Mengapa memilih 3E Accounting bagi perkhidmatan QuickBooks di Malaysia
Sekiranya anda mahu melabur di dalam QuickBooks Online, hubungi 3E Accounting. Kami adalah ProExvisors QuickBooks dipercayai di Malaysia. Ini juga bermakna kami mampu memberi anda akses mudah kepada khidmat QuickBooks di samping bantuan yang anda perlukan bagi memastikan perisian anda berjalan lancar bagi semua jenis peranti yang anda gunakan.
Pada Perkhidmatan QuickBooks Online di Malaysia, kami disenaraikan sebagai QuickBooks ProAdvisors.
Kebimbangan Mengenai Keselamatan Data Anda dengan Quickbooks Online?
Quickbooks Online memiliki teknologi penyulitan bagi menjamin data anda senantiasa selamat. Sila lihat senarai fakta tentang Jaminan Keselamatan yang anda boleh percayai – 7 sebab untuk percaya.
Kesimpulan
QuickBooks Online kini menjadi kegemaran di dalam dunia perniagaan. Perisian ini membolehkan pemilik perniagaan mengurus operasi perakaunan dengan teramat mudah selain mengurangkan kos melakukan urusniaga dengan signifikan. Ia membolehkan pengguna membuat keputusan yang tepat pada masanya, lantas memberikan jurang kelebihan kepada perniagaan anda. Ianya kini digunakan lebih dari 1.3 juta Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana dan angka ini semakin meningkat.
Latihan Dalam Talian oleh Quickbooks Online
Anda boleh merujuk di bawah, bagi mengetahui tentang latihan video dan sumber maklumat dari Quickbooks Online yang mampu membantu anda menguasai Quickbooks Online dan memulakan perpindahan ke arah sistem perakaunan berkomputer.
Memulakan Urusan dengan Quickbooks Online
Ketahu bagaimana hendak memulakan urusan menggunakan Quickbooks Online dengan merujuk video di bawah
Panduan Menggunakan Quickbooks Online