This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Majulah Bersama Perkhidmatan Pengurusan Aliran Tunai di Malaysia
Pengurusan kewangan yang lemah seringkali membawa kepada kehancuran perniagaan. Bagaimanapun, kebanyakan daripadanya dapat dihindar terutama jika ia membabitkan pengaliran tunai. Jika anda seorang usahawan dan telah berkecimpung di bidang perniagaan sejak sekian lama, anda tentu memahami kepentingan aliran tunai dan bertapa mustahaknya memiliki aliran tunai positif dalam operasi perniagaan. Perkhidmatan pengurusan aliran tunai di Malaysia menawarkan pelbagai kelebihan untuk perkembangan perniagaan anda. Ketahui caranya di bawah ini.
Terma ‘aliran tunai’ merujuk kepada wang masuk dan wang keluar daripada syarikat. Sekiranya lebih banyak aliran masuk, berbandng keluar, maka perniagaan mencatat keuntungan dan berada di landasan yang tepat. Sebaliknya, jika jumlah aliran wang keluar melebihi wang masuk, maka perniagaan tersebut mengalami kerugian dan mungkin gulung tikar, tambahan lagi jika tiada usaha melakukan pengurusan kewangan. Natijahnya, syarikat-syarikat perlu mempunyai aliran tunai positif dan wang secukupnya pada setiap masa. Tetapi mengapa?
Kesignifikanan Aliran Tunai
Aliran tunai sihat amat mustahak kepada perniagaan. Ia digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk menyelesai percukaian, membayar sewaan, bil, kakitangan dan perbelanjaan operasi yang lain. Aliran tunai dijadikan penanda aras; ia memaklumkan pemerhati terutamanya pelabur berpotensi dan bakal-bakal kakitangan tentang kedudukan kewangan sesebuah syarikat. Terdapat beberapa cara menguruskan aliran tunai anda dengan lebih baik, dan salah satu daripadanya ialah melalui perkhidmatan pengurusan aliran tunai.
Bagaimana Pengurusan Aliran Tunai Dapat Melakukannya?
Sudah pasti, terdapat beberapa kaedah bagi menjamin aliran tunai anda agar sentiasa dalam keadaan baik atau positif di masa hadapan, bergantung kepada beberapa faktor seperti ketidaktentuan ekonomi serta wabak penyakit yang mungkin tercetus. Namun demikian, beberapa langkah dapat dilakukan bagi memperkukuh kedudukan aliran tunai anda. Perkhidmatan pengurusan aliran tunai di Malaysia merangkumi golongan profesional dalam percukaian serta kewangan di bawah satu bumbung yang dapat menjamin segala keperluan aliran tunai anda.
Secara keseluruhan, kebanyakan firma kewangan yeng menguruskan aliran tunai harus menawarkan:
Keimbangan Kewangan
Aliran masuk dan keluar wang dalam operasi seharian perniagaan, yang agak rumit dijejaki sekiranya anda kurang berminat dengan Matematik dan merasakan kerja pengiraan amat leceh. Pun begitu, dengan bantuan pakar pengurusan aliran tunai, laporan, penyata dan baki anda akan dikira dengan tepat. Ini bukan sahaja meningkatkan ketampakan kewangan (financial visibility) tetapi juga menjejaki dari mana datangnya wang anda, dan ke mana ia dibelanjakan. Dari situ pula, anda mampu membuat keputusan kewangan sewajarnya serta merancang pelan perniagaan dengan berkesan.
Analisis Risiko
Menggunakan pakar bagi menyemak kewangan perniagaan anda adalah penting untuk mengenal pasti dan menghalang komponen jahat yang tersembunyi yang dapat mendatangkan kerosakan kepada perniagaan. Jangan tunggu sehingga segalanya binasa sebelum anda bermula!
Ramalan
Bergantung kepada matlamat peribadi anda, banyak yang dapat diperoleh melalui ramalan aliran tunai. Ramalan aliran tunai selalunya dilakukan menggunakan teknologi canggih, di mana pakar kewangan melakukan pengiraan terhadap data syarikat anda bagi menghasilkan angka. Dengan terhasilnya maklumat ramalan aliran tunai, anda boleh menganggar pendapatan serta perbelanjaan unjuran. Di samping itu, anda boleh meramal tahun, bulan dan minggu bermula daripada hari ini
Membina Simpanan Tunai
Adalah elok bagi anda menyimpan sejumlah wang bagi menghadapi pelbagai kemungkinan. Namun demikian, berhati-hati dengan jumlah wang yang anda simpan. Pastikan simpanan tidak terlalu banyak mahupun sedikit. Dapatkan firma pengurusan aliran tunai bagi membantu anda dalam membina simpanan tunai untuk keadaan luar jangka serta kecemasan.
Uruskan Kewangan Anda Dengan Tepat
Sudah sampai masanya anda menimbangkan dengan serius perkhidmatan pengurusan aliran tunai di Malaysia, sama ada anda menjalankan perniagaan bersaiz besar, sederhana atau kecil. Selaku pemilik perniagaan, anda sentiasa perlu menjangkakan kesukaran dan perlu mempersiapkan diri dengan sewajarnya. Melalui perkhidmatan pengurusan aliran tunai, kewangan anda akan diuruskan pakar-pakar serta akauntan-akauntan ACCA bertauliah, yang berusaha gigih memastikan pertumbuhan kewangan syarikat anda. Dapatkan nasihat perkhidmatan pengurusan aliran tunai di Malaysia hari ini dan kemudi kerjaya perniagaan anda ke arah kejayaan!