This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
- Penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad
- Penukaran kepada PLT
- Khidmat Tahunan PLT
- Pembubaran PLT di Malaysia
Di Malaysia, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merupakan jenis perniagaan alternatif yang tertakluk di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Jenis perniagaan baharu yang diperkenalkan Akta tersebut merupakan hibrid atau gabungan di antara syarikat swasta dengan perkongsian konvensional. Direka bagi kesemua jenis perniagaan sah, PLT sesuai bagi syarikat permulaan, selain perusahaan kecil & sederhana (PKS) untuk mencatat pertumbuhan kerana ianya memberikan status liabiliti terhad kepada rakan kongsi yang tidak bersalah, lantaran itu melindungi aset peribadi mereka daripada kerugian atau kerosakan akibat tindakan rakan kongsi yang lain, dan menawarkan kelonggaran dalam pengurusan dalaman sesuatu perniagaan. Selain itu, PLT menawarkan kelenturan dari segi pembentukan, penyelenggaraan, dan penamatannya. Dengan pengenalan PLT, usahawan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menentukan jenis perniagaan yang paling disukai.
Penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad
Proses mendaftar PLT adalah lebih mudah berbanding Sdn Bhd. Disertakan di sini perkara yang perlu anda lakukan bagi pendaftarannya:
- Sediakan senarai butiran peribadi lengkap (yang diperlukan bagi pendaftaran) melibatkan dua atau lebih rakan kongsi bagi urusan pendaftaran.
- Nama PLT (nama rasmi perlu berakhir dengan PLT), periksa ketersediaan nama yang dicadangkan sebelum pendaftaran.
- Pejabat berdaftar yang dicadangkan bagi PLT.
- Jenis perniagaan umum yang dicadangkan bagi PLT.
- Nama dan butiran pegawai pematuhan yang dipilih PLT.
- Sekiranya PLT dibentuk bagi amalan profesional seperti akautan bertauliah, surat kelulusan diperlukan dari badan pentadbir bagi bidang masing-masing.
Penukaran kepada PLT
Syarikat-syarikat yang layak bagi penukaran kepada PLT adalah seperti berikut:
- Perkongsian konvensional yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau mana-mana perkongsian yang ditubuhkan dua atau lebih individu bagi tujuan praktis profesional.
- Syarikat persendirian yang diperbadan di bawah Akta Syarikat 1965
Dalam hal penukaran dari perkongsian konvensional kepada PLT, rakan-rakan kongsi dalam perkongsian konvensional akan terus bertanggungjawab secara peribadi (bersama dan berasingan dengan PLT) untuk liabiliti dan kewajipan yang ditanggung sebelum pertukaran. Bagi penukaran daripada syarikat swasta kepada PLT, PLT terus bertanggungjawab terhadap liabiliti dan kewajipan yang ditanggung sebelum penukaran.
Khidmat Tahunan PLT
Perkhidmatan tahunan PLT termasuk penyediaan dokumen Perisytiharan Tahunan, penyerahan dokumen Pengisytiharan Tahunan, penyediaan alamat berdaftar, nasihat mengenai pematuhan, perakaunan, dan perkara-perkara percukaian untuk perkongsian liabiliti terhad.
Pembubaran PLT di Malaysia
PLT boleh dibubarkan melalui penggulungan oleh mahkamah, penggulungan secara sukarela atau pemotongan (stike-off) oleh Pendaftar.
Cara biasa membubarkan PLT adalah melibatkan permohonan untuk penggulungan secara sukarela, yang dimulakan oleh salah satu rakan kongsi PLT apabila PLT telah menamatkan operasi dan melepaskan hutang dan liabilitinya.