This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Cap/Cop di Malaysia

Stamp Seal Makers ServicesCop syarikat merupakan lambang rasmi sesebuah organisasi kerana ia melambangkan keaslian identiti badan korporat tersebut. Bagi perniagaan kecil dan juga besar, akses pelanggan untuk menghubungi anda merupakan asas perniagaan.Cop syarikat adalah alat yang mudah dan efektif agar pelanggan dapat menghubungi anda dan tidak melupakan butiran syarikat anda. Selain itu, cara mudah dan menjimatkan ialah anda boleh menggunakan cop getah.Ia merupakan peralatan pejabat yang asas dan tahan lama. Di 3E Accounting, kami menyediakan pembuatan cop dan cap mengikut keperluan perniagaan anda. Sila baca kandungan di bawah untuk maklumat lanjut.

 

Cop Dakwat Sendiri

Cop jenis ini terhasil daripada idea bahawa sebuah cop getah terdiri daripada spring, cop dan juga pad. Kebiasaannya cop jenis ini senang digunakan.Ia merupakan idea yang menarik kerana ia boleh muat dalam poket anda tanpa mengotorkan pakaian anda.Ia juga boleh digunakan beribu kali sebelum perlu diisi dakwat semula. Pendek kata, penggunakan cop ini kurang comot dan menjimatkan kos. Ia membolehkan pengguna menyiapkan tugasan dengan hasil yang sama dan jelas setiap masa.

 

Cap Syarikat

Dalam sesebuah perniagaan, cap syarikat digunakan dalam dokumen penting syarikat untuk membuktikan sesebuah dokumen diakui dan dipersetujui oleh lembaga pengarah.Kebiasaannya cap syarikat akan mengandungi nama syarikat, tahun dan negeri perniagaan tersebut didaftarkan. Dalam kata lain, cap syarikat merupakan tanda tangan rasmi syarikat anda. Sehingga kini, cap syarikat merupakan sebuah kemestian mengikut undang-undang seluruh dunia. Setiap syarikat yang terlibat dalam transaksi antarabangsa tahu penggunaan cap syarikat dalam dokumen rasmi adalah wajib.

 

Pembuat Cap dan Cop

Di kebanyakan negara, peguam tidak akan mengiktiraf keberkesanan sesebuah kontrak undang-undang tanpa cap syarikat yang rasmi.