This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Audit Dalam di Malaysia

Perkhidmatan Audit Dalam di Malaysia Secara umum, perakaunan dan pengauditan adalah kedua-dua cabang penting dalam kewangan perniagaan. Perakaunan ditakrifkan sebagai proses sistematik merekod dan membentangkan data kewangan syarikat manakala pengauditan kewangan ditakrifkan sebagai proses menyemak rekod kewangan organisasi untuk menentukan sama ada ianya adalah tepat dan mematuhi undang-undang dan peraturan.

 

Apakah itu Perkhidmatan Audit Dalam?

Juruaudit sentiasa menjadi orang yang memastikan prosedur syarikat mematuhi undang-undang. Mereka memberi tumpuan ke arah memperhalusi kecekapan perakaunan melalui kedua-dua pengurusan risiko dan pengurusan pematuhan.

Seperti namanya, juruaudit luar datang dari luar syarikat manakala juruaudit dalam adalah kakitangan tetap yang bertanggungjawab untuk semakan berterusan operasi dan proses kewangan. Pengauditan dalam bukan sahaja tentang mewujudkan ukuran pematuhan tetapi juga melibatkan khidmat nasihat kepada pengurusan kanan dan Lembaga Pengarah (atau kumpulan pengawasan lain yang serupa) tentang cara untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka dengan lebih baik. Dalam erti kata lain, juruaudit dalam adalah penting kepada sesebuah organisasi untuk menilai keberkesanan organisasi dan melindungi organisasi daripada risiko.

 

Mengapa Perniagaan Anda Memerlukan Perkhidmatan Audit Dalam?

Perniagaan anda memerlukan perkhidmatan audit dalam untuk:

  1. Mematuhi keperluan tadbir urus korporat
  2. Menyemak kecekapan organisasi
  3. Menilai sistem Pengurusan Risiko Perusahaan (“Enterprise Risk Management”) organisasi untuk menentukan amalan baik dan keperluan pematuhan pengurusan risiko.
  4. Membangunkan sistem ERM.
  5. Menyemak semula fungsi audit dalam (fungsi, amalan dan jangkaan lembaga pengarah)
  6. Meningkatkan kawalan dalam.

 

Faedah Perkhidmatan Audit Dalam

Audit berkanun memfokuskan kepada penyata kewangan dan prestasi syarikat manakala audit dalam memfokuskan pada operasi perniagaan syarikat melalui semakan dan pengurusan tadbir urus korporat, kawalan dalam dan pengurusan risiko.

Oleh yang demikian, mempunyai juruaudit dalaman bagi sesebuah organisasi akan membawa pelbagai manfaat kepada pengurusan organisasi. Ia menzahirkan tanggungjawab pengurusan [untuk kawalan dalam dan bagaimana audit dalam mungkin memainkan peranan] ke arah membantu pengurusan untuk memenuhi tanggungjawab tersebut. Faedah audit dalam adalah seperti berikut:

  1. Memperbaiki “persekitaran kawalan” organisasi
  • Mengenal pasti prosedur operasi dan kawalan bertindan
  • Menyediakan cadangan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan prosedur
  1. Berfungsi sebagai Sistem Amaran Awal, membolehkan kekurangan dikenal pasti dan diperbaiki tepat pada masanya
  • Membantu syarikat untuk menubuhkan dan melaksanakan metodologi audit dalam.
  • Membantu syarikat untuk mengesan potensi risiko.
  1. Meningkatkan akauntabiliti dalam organisasi.

 

Apa Yang Boleh Kami Tawarkan Untuk Anda?

Pasukan profesional kami memahami kepentingan kecekapan dan ketepatan. Kami berusaha untuk memahami objektif perniagaan anda supaya kami dapat menyampaikan perkhidmatan pematuhan yang sesuai yang memastikan kemampanan dan pertumbuhan perniagaan. Oleh itu, penyelesaian audit dalam kami akan membantu anda untuk mewujudkan kawalan dalam yang berkaitan, menyemak rangka kerja pengurusan risiko, serta menyemak ketekunan sewajarnya serta tadbir urus korporat, secara keseluruhannya, dengan kakitangan audit kami yang berpengalaman.

Perkhidmatan Audit Dalam di Malaysia