This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Audit Forensik Di Malaysia

 

Apakah Maksud Pengauditan Forensik?

Terma tersebut merujuk kepada pelbagai aktiviti yang meluas. Secara amnya, pengauditan forensik merujuk kepada usaha penyiasatan yang dilakukan akauntan. Apa yang berlaku ialah para akauntan akan menyelami perihal kewangan syarikat secara mendalam. Sekiranya disyaki bahawa aktiviti penipuan telah dilakukan, Perkhidmatan Audit Forensik di Malaysia dipertanggungjawab bagi mengekplorasi perkara tersebut. Ini termasuklah kemungkinan dipanggil sebagai saksi pakar jika syarikat ingin membawa perkara ini ke mahkamah. Anda tidak harus keliru antara audit forensik dengan Perkhidmatan Audit Statutori di Malaysia yang menjadi keperluan bagi semua syarikat di Malaysia. Anda perlu mendapatkan Perkhidmatan Audit Forensik yang sewajarnya di Malaysia bagi melakukan tugas ini.

Jenis-jenis penipuan yang terlibat dalam penyiasatan sebegini termasuklah:

  • Rasuah
  • Penyelewengan aset
  • Penipuan penyata kewangan

Secara amnya, pengauditan forensik merujuk kepada usaha penyiasatan yang dilakukan akauntan. Dimana para akauntan akan menyelami perihal kewangan syarikat secara mendalam.

 

 

Skop Perkhidmatan Audit Forensik Di Malaysia

Audit khas boleh dilakukan walaupun tidak ada aktiviti penipuan yang disyaki berlaku. Perkhidmatan audit khas mungkin terlibat untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan lain yang berkaitan. Ini termasuk sebarang pertikaian kewangan yang berkaitan dengan penutupan perniagaan. Pertikaian matrimoni juga jatuh di bawah kategori ini melalui tuntutan insurans.

Pada asasnya, adalah tugas pasukan forensik untuk mendedahkan sebarang bukti penipuan yang disyaki. Mereka perlu mengumpulkan bukti yang relevan dan menjalankan audit kewangan syarikat. Proses audit akan melibatkan langkah-langkah berikut:

  • Mengumpul bukti.
  • Menilai kembali bukti.
  • Melaporkan kepada pelanggan.

Dari sudut Perkhidmatan Audit Statutori di Malaysia, proses bagi bahagian ini termasuklah:

  • Penilaian dalaman ke atas kawalan syarikat.
  • Mengumpul, mengaudit dan menilai laporan kewangan dan lain-lain penyata penyata kewangan.
  • Menilai risiko dan cadangan-cadangan.
  • Menilai anggaran perakaunan dan menilai kemungkinan.

Sekiranya aktiviti penipuan didapati berlaku, langkah berikut akan diambil:

  • Mengenalpasti semua pihak yang terlibat.
  • Menganggar jumlah yang terlibat dalam penipuan, termasuk apa-apa kerugian kewangan di bahagian pelanggan.
  • Mengemukakan dapatan kepada pihak terbabit, iaitu pelanggan dan mahkamah.

Beberapa teknik pengauditan dilakukan bagi mendapatkan bukti. Dalam langkah tersebut, proses mengumpul bukti melibatkan:

  • Jangka masa penipuan telah berjalan.
  • Bagaimana penipuan dilakukan.
  • Bagaimana penipuan disembunyikan oleh pesalahlaku.

Pasukan yang menjalankan Perkhidmatan Audit Forensik di Malaysia juga perlu mengumpul bukti agar dapat digunakan dalam kes mahkamah.

  • Apakah motif suspek.
  • Sama ada terdapat kolusi yang melibatkan beberapa suspek
  • Bukti fizikal yang dikumpul di tempat berlakunya jenayah (jika ada).
  • Dokumen berkaitan jenayah (jika ada).
  • Usaha menyingkirkan bukti.
  • Sebarang komen yang dibuat oleh suspek ketika ditahan.

 

Apakah Proses Perkhidmatan Audit Statutori Yang Terlibat Di Malaysia Dan Apa Perlu Anda Lakukan?

Semua syarikat yang diperbadankan di Malaysia wajib melakukan audit bagi perihal kewangan mereka. Selain itu, mereka dikehendaki mendapatkan perkhidmatan syarikat yang menawarkan Perkhidmatan Audit Statutori di Malaysia. Langkah ini adalah bagi memeriksa sama ada penyata kewangan perniagaan mematuhi standard laporan yang dikehendaki dalam Akta Syarikat 2016.

 

Perlu Bantuan? Kamu Bersedia Membantu

Untuk maklumat selanjutnya berkaitan Perkhidamatan Audit Forensik di Malaysia, hubungi kami hari ini.

Perkhidmatan Audit Forensik