This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Penubuhan Syarikat di Labuan

Terletak di luar persisir pantai negeri Sabah, Labuan merupakan tempat yang menarik. Ia memberikan kebebasan yang luas untuk mentadbir hal ehwal sendiri. Ia adalah sebahagian daripada Malaysia yang mempunyai beberapa faedah kedaulatan , termasuk manfaat cukai yang rendah.

Pernahkah anda tertanya-tanya untuk menubuhkan sebuah syarikat di Labuan? Di sini ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum menuju ke Labuan. Sesebuah syarikat yang ditubuhkan di Labuan adalah sebuah entiti perniagaan yang diperbadankan dalam bidang kuasa rendah cukai . Salah satu perkara yang menarik mengenai memulakan perniagaan di pulau kecil ini adalah, kesemua syarikat boleh mendapatkan visa pekerjaan Malaysia untuk kakitangan mereka. Labuan telah ditubuhkan sebagai pusat kewangan dan perbankan luar pesisir antarabangsa sejak 26 tahun yang lalu.

Malaysia mempunyai cukai lindungan di Labuan,yang menawarkan kadar cukai korporat serendah 3 %. Syarikat-syarikat di Labuan atau pemastautin adalah dibenarkan untuk berdagang dengan syarikat Malaysia pada kadar cukai 25% (yang sama dengan kadar cukai syarikat tempatan) dengan syarat untuk melaporkan urus niaga itu kepada Pihak Berkuasa Labuan.

Sebagai fakta, pendaftaran syarikat Labuan, jika distruktur dengan betul, cukai yang dikecualikan sah dalam bidang perbankan luar pesisir, insurans, amanah dan pengurusan dana dan pegangan pelaburan. Bagi pelabur yang mahu memasuki pasaran Malaysia, Labuan sememangnya solusi yang terbaik untuk syarikat luar pesisir anda. Dan, di sini ada beberapa faedah yang anda tidak mahu ketinggalan:

  • 100% Pemilikan dan kawalan – Warga asing juga akan memiliki kadar seperti rakyat Malaysia dengan cukai perniagaan yang rendah sebanyak 3% daripada untung bersih teraudit atau cukai tetap RM20,000
  • Syarat minima 1 pengarah sama + 1 pemegang saham sama
  • Yuran pengarah atau dividen adalah tanpa cukai
  • Perundangan Labuan- undang-undang ini adalah stabil dan akan kekal bertahun-tahun lamanya
  • Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali, PPPDK – Anda dilindungi dan dielakkan dari dicukai dua kali
  • Tiada cukai atau audit diperlukan untuk syarikat pegangan pelaburan
  • Kebanyakan perniagaan tidak memerlukan lesen perdagangan
  • Fleksibiliti untuk beroperasi dengan Ringgit Malaysia atau bank akaun mata wang asing
  • Visa perniagaan 2 tahun yang tersedia untuk anda dan keluarga anda (Visa boleh diperluaskan juga kepada ibu bapa)

Bersedia untuk menubuhkan syarikat di Labuan? Anda tidak perlu untuk memulakan perniagaan dengan serta merta tetapi boleh berunding dengan kami, untuk membantu menubuhkan syarikat anda. Kami di 3E Accounting merupakan satu pasukan profesional yang menyediakan semua penyelesaian termasuk perakaunan, percukaian, khidmat kesetiausahaan dan pemasaran, untuk segala persediaan syarikat anda di Labuan.

Tambahan pula, pakej perkhidmatan pendaftaran syarikat kami adalah kit lengkap untuk merealisasikan impian anda dengan cara yang mudah, di mana anda tidak perlu bimbang tentang birokrasi seperti permohonan lesen perniagaan, pemilihan <title=”Guide to Select your Malaysia Company Names” href=”/?page_id=35850″>nama syarikat serta penubuhan perniagaan . Ingin tahu lebih lanjut mengenai Pendaftaran Syarikat Labuan? Hubungi kami hari ini di [email protected] untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana untuk bermula!

 

Penubuhan Syarikat di Labuan