This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Permohonan Taraf MSC di Malaysia

Taraf MSC Malaysia dianugerahkan kepada syarikat tempatan dan luar negara yang membangunkan atau menggunakan teknologi multimedia untuk menghasilkan atau meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan dan untuk tujuan proses pembangunan.

Rakan gabungan kami adalah pakar dalam memudahkan proses permohonan taraf MSC Malaysia. Perkhidmatan kami merangkumi seluruh proses permohonan MSC sehingga ke peringkat akhir keputusan Jawatankuasa Kelulusan (Approval Committee).

Skop kerja kami di bawah pengawasan pelanggan kami adalah seperti berikut:
1) Menilai model perniagaan pemohon (mengenalpasti akitiviti kelayakan syarikat untuk tujuan MSC Malaysia)
2) Membantu pelanggan dalam menyediakan cadangan perniagaan yang merangkumi:

  • Menyerlahkan cadangan model perniagaan untuk tujuan permohonan taraf MSC Malaysia
  • Menampakkan produk dan perkhidmatan yang disediakan serta Pencapaian Pembangunan Produk
  • Menyediakan analisa dan penyelidikan kajian pasaran
  • Pelan pemasaran dan unjuran kewangan yang menyeluruh

 

Kriteria Kelayakan Taraf MSC Malaysia

  • Pembekal/Pembangun dan/atau pengguna berat produk dan perkhidmatan multimedia
  • Menggaji bilangan pekerja berpengeahuan yang banyak
  • Mempunyai manfaat besa dalam mentitikberatkan cara operasi akan bersumbang kepada kemajuan MSC Malaysia
  • Mewujudkan entiti undang-undang berasingan untuk akitiviti kelayakan MSC
  • Mematuhi garis panduan persekitaran

 

Taraf Kelayakan Syarikat MSC Malaysia- Aktiviti Kelayakan

  • Pembangunan perisian
  • Reka bentuk perkakasan
  • E-perniagaan
  • Perkhidmatan perniagaan global seperti penyumberan luar IT, pernyumberan luar proses perniagaan dan penyumberan luar proses pengetahuan
  • Multimedia penciptaan kandungan, pemprosesan, pembungkusan dan pengagregatan dan aktiviti penghantaran

 

Aktiviti Bukan Kelayakan MSC

a. Pengeluaran- Aktiviti yang merangkumi pengeluaran barangan dalam kuantiti besar yang selalunya dilakukan di dalam kilang
b. Perdagangan- Aktiviti jual beli terutamanya perkakasan dan perisian dari rak

 

Mengapa saya memerlukan Taraf MSC?

Anda boleh menikmati faedah –faedah berikut apabila mendapat taraf MSC untuk syarikat:

Taraf Perintis – Merujuk kepada 100% bebas cukai atas pendapatan berkanun cukai (cukai korporat) yang berdasarkan Akta PIA 1986 di bawah Seksyen 6 (1AB) dan 14c. Insentif tersebut adalah untuk tempoh 10 tahun dan untuk aktiviti taraf MSC Malaysia yang diluluskan.

Elaun Cukai Pelaburan – Merujuk kepada potongan 100% di atas perbelanjaan yang layak modal iaitu Akta PIA 1986 di bawah Seksyen 27A. Perbelanjaan yang layak modal termasuk perkakasan dan perisian, belian/pengubahsuaian pejabat/ bangunan dan kehijauan/ perbelanjaan landskap di Cyberjaya. Pelaburan tersebut mesti dibuat dalam masa operasi 5 tahun dari tarikh kelulusan taraf MSC Malaysia dan mesti diimbangkan dengan pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Elaun Cukai Pelaburan yang berlebihan boleh dibawa melebihi 5 tahun.

Pengimportan lepasan duti – Merujuk kepada duti import dan permohonan pengecualian cukai jualan daripada syarikat taraf MSC Malaysia dan insentif ini adalah sebahagian Rang Undang-undang Jaminan MSC Malaysia. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pekerja Berpengetahuan Asing – Merujuk kepada permohonan perkhidmatan penggajian untuk Pekerja Berpengetahuan Asing untuk Syarikat Taraf MSC Malaysia

 

Insentif cukai (Rang Undang-Undang Jaminan MSC No.5)

a. Hanya boleh dinikmati oleh aktiviti kelayakan MSC tertakluk kepada kelulusan.
i. Syarikat mestilah mewujudkan entiti undang-undang berasingan untuk aktiviti kelayakan MSC atau,
ii. Melaksanakan dan mengekalkan sistem perakaunan berasingan untuk aktiviti kelayakan MSC

b. Sekiranya syarikat tersebut telah beroperasi kurang daripada 1 tahun, peruntukan Seksyen 21C (2a) dibawah Akta Promotion of Investments (PIA) 1986 tidak boleh digunakan dan tiada had cukai akan ditetapkan

c. Sekiranya syarikat telah beroperasi lebih daripada 1 tahun, peruntukan Seksyen 21C(2a) di bawah PIA 1986 boleh digunakan dan ;
i. Had cukai akan dikenakan jika syarikat tersebut telah meraih keuntungan pada tahun tahun lepas
ii. Had cukai akan ditetapkan pada sifar jika syarikat tersebut tidak meraih sebarang keuntungan

 

Syarat-syarat

Syarikat taraf MSC Malaysia (diluluskan sebelum 1 Januari 2015) perlu mengesan pelaksanaan dan operasi Aktiviti Kelayakan MSC di Cybercities/Cybercentres MSC Malaysia dalam enam (6) bulan daripada tarikh surat kelulusan. Syarikat Taraf MSC Malaysia yang diluluskan selepas 1 Januari 2015 mempunyai pilihan sama ada mewujudkan pejabat di dalam kawasan MSC Designated ataupun operasi daripada mana-mana premis komersil di Malaysia. Berdasarkan pilihan-pilihan ini, syarikat Taraf MSC Malaysia akan berada dalam kategori berikut:

Peringkat 1- Terletak di Premis Ditetapkan (Designated Premises) dalam MSC Malaysia Cybercities/Cybercentres

Peringkat 2- Terletak di Premis Komersil ( Commercial Premises) dalam MSC Malaysia Cybercities/Cybercentres

MSC4Startups- Terletak di luar MSC Malaysia Cybercities/Cybercentres

Pautan Berkaitan
Persediaan Syarikat Malaysia
Pakej Pendaftaran Syarikat Malaysia
Panduan untuk Pendaftaran Syarikat Malaysia

 

Permohonan Taraf MSC di Malaysia