This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Perkhidmatan Perakaunan Awan di Malaysia
Dunia korporat semakin dinamik dan kompetitif dari semasa ke semasa. Untuk bersaing dengan pemain industri lain dan terus berada selangkah di hadapan, usaha memperkemas proses perniagaan anda serta membuat keputusan perniagaan masa sebenar (real time) tanpa bertangguh amat mustahak. Bagi membuat keputusan segera, anda perlu mengintegrasikan sistem dalam landskap perniagaan anda untuk membolehkan anda mengakses data dan proses perniagaan dari mana sahaja, pada bila-bila masa dan dari mana-mana peranti. Dan di sinilah perakaunan awan perlu dipraktikkan!
Perkasakan perniagaan anda bagi mengecap kejayaan dengan mendapat manfaat daripada perkhidmatan perakaunan awan di Malaysia. Perkhidmatan perakaunan awan membolehkan para pemilik perniagaan mengurus operasi kewangan dan perakaunan seperti pembukuan (bookkeeping) dan invois secara lancar dan ekonomi. Oleh kerana ia berasaskan awan, perakaunan awan membolehkan syarikat perniagaan mengakses dan meninjau kemasukan data kewangan dari mana sahaja selain membolehkan keputusan penting perniagaan dibuat secara real time.
Di Perkhidmatan QuickBooks Online di Malaysia, kami disenaraikan sebagai QuickBooks ProAdvisors.
Di Xero Cloud Accounting Software di Malaysia, kami disenaraikan sebagai Penasihat Bertauliah Xero.
Apakah Perakaunan Awan?
Perakaunan awan yang juga dikenali sebagai perakaunan dalam talian atau pembukuan awan membolehkan pengguna menjalankan operasi perakaunan secara dalam talian melangkaui batasan geografi atau masa. Berbanding perisian yang dipasang dan diselenggara sendiri di premis, perkhidmatan perakaunan dalam talian ini disediakan dalam bentuk perisian yang beroperasi pada pelayan jauh (remote server) yang membolehkan anda mengaksesnya melalui pelayar Internet dan melaksanakan semua proses perakaunan “off-site” pada bila-bila masa. Ia membebaskan perniagaan daripada kerumitan akibat pemasangan dan penyelenggaraan perisian pada komputer meja. Selain itu, kakitangan di jabatan, pejabat dan cawangan lain boleh mengakses data dan berinteraksi antara satu sama lain dengan mudah.
Dengan menggunakan perkhidmatan perakaunan dalam talian, anda dengan mudah mampu:
- Menghasilkan invois dan pesanan pembelian
- Menyediakan jadual pembayaran pembekal
- Menyiapkan resit
- Memastikan pengurusan aliran tunai yang lebih baik
Pelbagai Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Perakaunan Dalam Talian
Jika anda masih tertanya-tanya mengapa anda perlu beralih kepada perkhidmatan perakaunan dalam talian; perhatikan faedah-faedah hebat ini yang boleh anda nikmati:
- Pelaporan real time yang bermakna baki akaun sentiasa disimpan dengan tepat berbanding kemasukan data secara manual yang terdedah kepada kesilapan
- Berupaya mengendalikan pelbagai matawang serta urusniaga syarikat
- Menawarkan keupayaan mudah alih yang unggul
- Kolaborasi bersepadu
- Tanpa kos pendahuluan
Perisian ini dikemaskini secara kerap dan automatik agar anda tidak perlu bimbang untuk memuat turun versi terkini pada bila-bila masa kepada sistem anda. Ia menawarkan ciri berskala yang membolehkan anda menyesuaikan sistem mengikut keperluan perniagaan anda serta selari dengan perkembangan perniagaan anda dari semasa ke semasa.
Perkongsian data juga mampu dilakukan dan kurang membimbangkan. Pemacu kilat (flash drive) tidak diperlukan bagi mengimport dan mengeksport data yang berdepan risiko kehilangan data atau dicuri. Malah, dengan perkhidmatan perakaunan dalam talian, data disimpan di awan yang hanya dapat diakses individu dengan kebenaran mengakses.
Dengan menggunakan perkhidmatan perakaunan awan, anda tidak perlu bimbang untuk membuat ‘backup’ bagi data. Pembekal awan menawarkan ‘backup’ lengkap. Oleh itu, sekiranya berlaku sebarang bencana alam atau buatan manusia, anda dengan mudah mampu memulihkan data anda di awan dan meneruskan operasi perniagaan anda tanpa urusniaga tergendala selama berjam-jam.
Sebaik anda beralih ke awan, anda boleh menikmati penjimatan berganda. Anda hanya perlu membayar yuran akses bulanan yang lebih murah berbanding membeli program perisian desktop dan menaik tarafnya dari semasa ke semasa.
Ringkasan Perkhidmatan Perakaunan Awan
Secara ringkasnya, pelaburan ke arah perkhidmatan perakaunan awan mungkin keputusan terbaik bagi syarikat permulaan dan industri kecil & sederhana (IKS) di Malaysia. Ia membolehkan operasi perakaunan diselaraskan di samping membolehkan penjimatan berganda yang diperlukan untuk menjamin pertumbuhan, serta kekal mampan dan kompetitif.