This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Perakaunan | Simpan Kira Malaysia

Kadar Bayaran Pakej Perkhidmatan Simpan Kira di Malaysia

Pakej Tersedia Bayaran (RM)
tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan
Simpan Kira Bulanan untuk Syarikat Aktif Dari RM 900
Simpan Kira Suku Tahunan untuk Syarikat Aktif Dari RM 1,200
Simpan Kira Tahunan untuk Syarikat Aktif Dari RM 1,500
Simpan Kira Tahunan untuk Syarikat Dorman Dari RM 500
Pulangan GST serta E-filing * PERCUMA

E-filing GST PERCUMA bagi pihak syarikat hanya disediakan jika anda telah terlibat dalam Perkhidmatan Simpan Kira kami

 

 
Simpan Kira3E Accounting menawarkan pelbagai perkhidmatan perakaunan dan simpan kira yang komprehensif di Malaysia untuk syarikat yang baru diwujudkan atau sedia ada. Akauntan kami boleh menyusun maklumat akaun anda secara bulanan / suku tahunan atau tahunan untuk penyerahan CBP (GST), audit berkanun tahunan dan penyerahan cukai korporat kepada LHDN. Kami mahir dalam mengekalkan sistem perakaunan yang tepat pada masanya yang membolehkan anda menguruskan akaun anda secara efektif.

Semua syarikat yang berdaftar di Malaysia mesti menyimpan kira akaun yang sewajarnya seperti yang ditetapkan oleh Akta Syarikat Malaysia. Simpan Kira yang baik bukan sahaja memudahkan penyelenggaraan akaun harian dan pengauditan penyata kewangan untuk penyerahan pulangan tahunan, tetapi juga memberikan wawasan untuk membuat keputusan perniagaan yang baik serta pengurusan kewangan yang cekap.

3E Accounting menyediakan spektrum perkhidmatan perakaunan penuh untuk syarikat yang ingin mengupah tenaga luar bagi fungsi simpan kira mereka.

Kelebihan Mengupah Tenaga Luar bagi Perakaunan GST

  • TIDAK PERLU membeli Perisian Perakaunan GST
    3E Accounting menyediakan perkhidmatan perakaunan menggunakan perisian perakaunan berlesen kami sendiri – MYOB
  • TIDAK BIMBANG tentang ketidakpatuhan GST yang mengakibatkan penalti teruk
    3E Accounting akan sentiasa memastikan Syarikat anda mematuhi keperluan GST dan memberi isyarat kepada anda mengenai sebarang kemaskini GST
  • TIDAK BIMBANG soal KOS
    3E Accounting mengenakan bayaran yang telus sepenuhnya, sama sekali tiada yuran tersembunyi. Yuran perakaunan yang dipersetujui pasti lebih memberikan penjimatan kos daripada overhead dan kerumitan yang hadir dengan pengambilan dan latihan serta kos kakitangan yang lain
  • TIDAK BIMBANG soal latihan kakitangan
    3E Accounting punyai pasukan kakitangan yang berpengalaman, berpengetahuan dan profesional yang bertauliah 
  • TIDAK BIMBANG soal isu kakitangan
    3E Accounting  mengambil alih semua tanggungjawab Perakaunan GST, anda tidak perlu bimbang tentang penukaran kakitangan perakaunan, prestasi lemah, ketidakhadiran semasa tempoh kritikal dan sebagainya

Tinggalkan kerja perakaunan GST untuk 3E Accounting dan luangkan masa berharga bagi perniagaan teras anda. Hubungi kami di [email protected] hari ini bagi khidmat rundingan tanpa sebarang ikatan.

Bagaimana ia berfungsi

Apabila anda melibatkan Perkhidmatan Simpan Kira 3E Accounting di Malaysia, anda akan diberikan seorang akauntan yang akan bekerja dengan anda secara peribadi mengenai keperluan perakaunan perniagaan anda.

Berdasarkan dokumen kewangan yang anda serahkan kepada kami secara berkala, akauntan anda akan menyemak dan menyusun maklumat untuk membuat dan menyelenggarakan lejar akaun anda. Akauntan akan memastikan akaun pengurusan siap tepat pada masanya serta memenuhi keperluan audit berkanun tahunan.

Akauntan khusus anda juga akan membantu memantau isu pematuhan statutori dan bekerjasama dengan anda untuk memastikan anda memahami semua akaun dan laporan.

 

Simpan Kira

Di 3E Accounting, kami tidak percaya terdapat pakej satu saiz untuk semua pelanggan kami. Hubungi kami di talian +603 27338633 atau emel kami di [email protected] untuk membincangkan lebih lanjut tentang bagaimana kami boleh membantu anda menguruskan akaun anda dan mematuhi SSM dan LHDN.