This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Khidmat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia

Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa mulai 1 Jun 2018, kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikurangkan kepada 0% daripada 6% semasa. Untuk maklumat lanjut mengenai perubahan dan panduan, sila rujuk kepada: Malaysia GST Reduced to Zero

Bayaran Pakej bagi Khidmat GST

Pakej Tersedia Bayaran (RM)
tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan
E-Filing GST * Percuma
Pendaftaran GST [Wajib] Dari RM400
Pendaftaran GST [Sukarela] Dari RM800
Pemfailan dan Ulasan GST [Bulanan atau Suku Tahunan] Dari RM500
Nasihat Perancangan & Pelaksanaan GST Dari RM2,000

* Khidmat E-filing bagi pihak anda akan diberikan sekiranya anda mendapatkan khidmat bulanan kami bagi Penyimpanan Kira-Kira
** Caj tambahan dikenakan oleh 3E Accounting untuk khidmat berkunjung ke pejabat Jabatan Kastam bagi tindakan susulan ke atas status pendaftaran GST dan melayan sebarang inkuiri kastam.

 

Goods and Services Tax Agent

3E Accounting amat berbangga diiktiraf sebagai Agen Cukai Barang dan Perkhidmatan (“GST”) berlesen dengan Kementerian Kewangan, Malaysia pada Oktober 2016. Lesen ini membolehkan 3E Accounting meningkatkan perkhidmatannya selaku pusat solusi sehenti bagi semua jenis perniagaan.

 

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015.

Bagaimanapun, kebanyakan warga Malaysia tidak bersedia dan masih keliru tentang GST – terutama berkaitan skop dan keperluan GST di Malaysia yang dianggap kompleks berbanding di negara-negara lain.

Cabaran utama seterusnya ialah bagi perniagaan membuat persediaan dan menghantar pulangan GST mereka.

Sekiranya anda belum membuat persediaan GST, jangan bertangguh lagi!!!

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)“Pegawai Kastam akan dikerah ke seluruh negara bagi memeriksa perniagaan yang gagal melaksana GST!”
“Kini masanya untuk menjalankan penguatkuasaan, tempoh mengeluarkan peringatan telah berakhir,” ujar Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy. 3,000 pegawai kastam akan memeriksa peniaga yang gagal melaksana GST

Hubungi Kami Segera di  info@3ecpa.com.my bagi mengetahui bagaimana 3E Accounting mampu membantu anda patuh GST.

Isu kebiasaan yang dihadapi pelanggan kami berkaitan GST:-

  • Perlukah perniagaan saya mendaftar untuk GST?
  • Perlukah perniagaan saya mendaftar GST secara sukarela?
  • Saya telah mendaftar untuk GST tetapi apa pula langkah seterusnya?
  • Perlukah saya membeli perisian Perakaunan Patuh GST? Apa perisian yang terbaik?
  • Saya telah membeli perisian Perakaunan Patuh GST tetapi tidak tahu menggunakannya
  • perisian Perakaunan Patuh GST tidak dapat memenuhi keperluan perniagaan sedia ada terutama dari segi invois, nota kredit, nota debit, format penyata akaun
  • Keliru dengan keperluan memfail GST (bila hendak menghantar, bagaimana menghantar, apa yang perlu dihantar dan sebagainya)
  • Tidak dapat memastikan samada perniagaan patuh Akta GST sepenuhnya
  • Tidak sedar maklumat terkini berkaitan Akta/Peraturan GST

Kami di 3E Accounting yang merupakan agen GST berlesen dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia mampu membantu anda mengurus kewajipan pematuhan GST bagi mengelak sebarang penalti yang timbul akibat ketidakpatuhan. Dengan pengalaman meluas di dalam perkara-perkara berkaitan GST di Singapura, tenaga profesional kami yang berkelayakan dan berpengalaman mampu memberi penyelesaian kepada segala isu berkaitan GST dengan kadar bayaran yang berpatutan, tetapi dengan jaminan khidmat berkualiti tinggi agar anda mudah menumpukan kepada perniagaan teras anda.

Kami menawarkan pelbagai bantuan profesional berkaitan GST di dalam bidang berikut:

Pendaftaran GST

Mana-mana individu yang membuat pembekalan bercukai bagi tujuan perniagaan dan nilai eksklusif GST dari hasil bercukai pembekalan tersebut bagi tempoh 12 bulan atau kurang melebihi paras ambang RM500,000 dikehendaki mendaftar untuk GST. Sekiranya individu tersebut enggan mendaftar, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya. Sila rujuk Perlukah Saya Mendaftar Untuk GST? untuk panduan.
Bagaimanapun, perniagaan dengan perolehan bercukai sebanyak RM500,000 dan ke bawah, walaupun tidak dikehendaki mendaftar, boleh memilih untuk memohon pendaftaran secara sukarela. Sila rujuk Isu yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Mendaftarkan GST Secara Sukarela untuk maklumat lanjut
Berdepan masalah di dalam menentukan samada anda perlu mendaftar GST? Tidak pasti bagaimana hendak mendaftar GST?  Jangan bimbang, kami di 3E Accounting akan sentiasa membantu anda.

Ulasan dan Pengisian GST

“Telah membeli Perisian Perakaunan Patuh GST tetapi tidak tahu menggunakannya”
“Terdapat terlalu banyak kod cukai …. saya tidak pasti samada kerani akaun telah memasukkan data dengan tepat”
“Bagaimana hendak mengisi borang GST -03? Bagaimana hendak menghantar? Bila hendak dihantar? Bagaimana & bila hendak membayar?”

3E Accounting, agen GST berlesen akan menjawab segala persoalan anda!!! Kami akan menasihati anda tentang cara memenuhi keperluan GST, membuat ulasan bagi borang GST-03 serta mengenalpasti sebanyak mungkin kelemahan/kesalahan sebelum pengisian dilakukan dan kesimpulan dibuat bagi menangani risiko pulangan yang tidak tepat.

Khidmat E-filing bagi pihak anda akan disediakan PERCUMA sekiranya anda mendapatkan khidmat bulanan kami untuk Khidmat Penyimpanan Kira-Kira !!!

Nasihat Perancangan & Pelaksanaan GST

Terdapat salah faham bahawa pelaksanaan GST boleh dilakukan dengan hanya memiliki perisian perakaunan patuh GST. Impak GST tidak hanya di dalam fungsi perakaunan semata-mata, tetapi juga mempunyai implikasi ke atas keseluruhan proses perniagaan termasuk pembelian, rantaian pembekalan, jualan & pemasaran dan sebagainya.

3E Accounting berjanji akan membantu pelanggan kami melaksanakan GST merentasi perniagaan dan memastikan pelaksanaan GST yang lancar di dalam model dan sistem perniagaan dengan cara 3E – efektif, berkesan (efisyen) dan ekonomi. Hubungi kami segera di info@3ecpa.com.my untuk mengetahui bagaimana 3E Accounting mampu melakukannya !!!

Latihan GST yang disesuaikan di premis anda

Skop dan keperluan GST Malaysia adalah terlalu rumit. Anda mungkin dikelirukan dengan peraturan-peraturan rumit yang sebenarnya mungkin tidak berkaitan dengan perniagaan anda. Oleh itu, 3E Accounting percaya latihan GST yang disesuaikan di premis perniagaan anda merupakan cara lebih efektif, efisyen dan ekonomi untuk melatih pasukan anda tentang cara mengendalikan GST.
Latihan GST yang disesuaikan di premis anda mampu memberi penjelasan berkenaan langkah khusus menangani GST yang memberi kesan kepada perniagaan anda.

Lain-Lain Khidmat Perundingan GST

  • Mengurus dan memberi maklumbalas kepada pertanyaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
  • Membuat pendedahan sukarela bagi sebarang kesalahan kepada JKDM untuk mengurangkan kemungkinan penalti
  • Mengurus audit dan siasatan JKDM
  • Membuat ulasan pematuhan GST (Pemeriksaan Kesihatan GST)
  • Memberi nasihat tentang implikasi GST melibatkan syarikat permulaan, aturan perniagaan baharu dan transaksi rentas sempadan
  • Membuat ulasan dan menasihati tentang kawalan dalaman bagi laporan GST
  • Membuat ulasan dan menasihati tentang sistem logik perakaunan bagi pengkodan GST (GST coding)

 

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Hubungi kami hari ini di info@3ecpa.com.my bagi khidmat perundingan tanpa sebarang obligasi.