Pakej Tersedia | Bayaran (RM) tertakluk kepada 6% Cukai Perkhidmatan |
Penghantaran Cukai Pendapatan Peribadi (Borang BE/B/M/MT) | |
– Dengan pendapatan bergaji | Dari RM500 |
– Dengan pendapatan sewaan | Dari RM1,000 |
– Dengan Operasi Perniagaan Aktif | Dari RM1,500 |
Penghantaran Borang P Perkongsian | Dari RM500 |
This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Perkhidmatan Cukai Pendapatan Peribadi di Malaysia
Bayaran Pakej Perkhidmatan Cukai Pendapatan Peribadi
Perancangan Cukai Pendapatan Peribadi
Maklumat Cukai Peribadi Malaysia Anda Perlu Tahu
Dalam menentukan liabiliti seseorang individu bagi cukai pendapatan peribadi Malaysia, anda perlu terlebih dahulu menentukan residensi cukai serta amaun pendapatan boleh dicukai dan kemudian menerapkan kadar cukai progresif kepadanya. Perkara utama cukai pendapatan Malaysia untuk individu termasuk:
- Cukai pendapatan peribadi akan dibayar bagi pendapatan penduduk kena cukai pada kadar progresif dari 0% hingga 30% bagi Tahun Penaksiran yang bermula 2020. Bukan pemastautin tertakluk kepada pemotongan cukai ke atas jenis pendapatan tertentu. Pendapatan lain dikenakan cukai pada kadar 30%.
- Pemastautin dan bukan pemastautin tertakluk kepada cukai ke atas sumber pendapatan di Malaysia sahaja. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2004, pengiriman wang asing ke Malaysia dikecualikan daripada Cukai Pendapatan Malaysia
- Peraturan cukai berbeza berdasarkan residensi cukai individu.
- Cukai pendapatan dinilai pada asas tahun semasa. Tahun cukai, biasanya dipanggil tahun taksiran, berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Disember.
Sila lihat Kadar Cukai Pendapatan untuk maklumat tentang cukai pendapatan peribadi bagi pemastautin.
Sila ambil perhatian tentang tarikh penting berikut berkaitan dengan pemfailan cukai peribadi.
- Penghantaran Borang EA oleh majikan kepada pekerja tidak lewat dari hari terakhir bulan Februari bagi tahun berikutnya
- Tarikh penutup pemfailan Borang BE, BT, M, MT oleh individu yang tidak menjalankan perniagaan (seringkali dirujuk sebagai pekerja) adalahpada 30 April bagi tahun berikutnya
- Tarikh penutup memfailkan Borang B oleh individu yang menjalankan perniagaan selaku pemilik tunggal adalah pada 30 Jun untuk tahun berikutnya
- Tarikh penutup memfailkan Borang P oleha rakan-rakan kongsi termasuk bagi perkongsian liabiliti terhad PLT adalah pada 30 Jun untuk tahun berkutnya
Tanggungjawab Majikan
Borang CP 22 | Notifikasi untuk Pekerja Baharu – Majikan dikehendaki memberitahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui Borang CP22 tentang pelantikan sebagai pekerja yang melibatkan pekerjanya di Malaysia dalam tempoh sebulan dari tarikh permulaan perkhidmatan.. |
Borang CP 22A | Penamatan Kerja- Majikan dikehendaki memaklumkan kepada LHDN pemberhentian pekerjaan seorang pekerja dengan menyempurnakan Borang CP22A sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh pemberhentian melainkan pekerja tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (MTD) dan potongan telah dibuat oleh majikan atau pendapatannya berada di bawah jumlah minimum tertakluk kepada PCB, dan majikan sedar bahawa pekerja itu akan bekerja di tempat lain di Malaysia. |
Borang CP21 | Berlepas dari Malaysia untuk Tempoh Melebihi 3 Bulan – majikan dikehendaki memaklumkan LHDN perlepasan pekerja (kebanyakan kes melibatkan ekspatriat) dari Malaysia untuk tempoh lebih daripada 3 bulan selepas selesai Borang CP21. Majikan dikehendaki menahan apa-apa wang dalam pemilikan majikan yang terhutang kepada pekerja asing yang telah berhenti atau akan berhenti kerja sehingga 90 hari selepas LHDN menerima Borang CP21 atau setelah menerima surat penyelesaian cukai, yang mana lebih awal. Majikan kemudiannya boleh melepaskan baki wang yang ditahan daripada pekerja selepas penyelesaian cukai tertunggak (jika ada) seperti yang ditunjukkan dalam surat pelepasan cukai. |
Borang E | Setiap majikan perlu menyediakanBorang E bagi pendapatan pekerjaan yang diperoleh pekerja tidak lewat dari 31 Mac untuk tahun berikutnya. |
Borang EA | Penyata Penggajian (Borang EA) dilengkapkan dan diberi kepada pekerja pada atau sebelum hari terakhir di bulan Februari pada tahun berikutnya bagi tujuan cukai pendapatan peribadi pekerja. Borang EA tidak perlu dihantar kepada pihak LHDN. |
*Skim Potongan Cukai Bulanan (PCB)
Pegangan cukai dari pendapatan pekerjaan diliputi oleh sistem PCB.
Tanggungjawab pekerja adalah termaktub di dalam Peraturan PCB seperti berikut:
- Membuat potongan PCB dari penggajian pekerja setiap bulan atau bulan berkenaan menurut Jadual PCB atau Kaedah Pengiraan Berkomputer dan membayar kepada Ketua Pengarah.
- Membuat potongan tambahan dari penggajian pekerja menurut perintah yang diberi oleh Ketua Pengarah dalam Perintah 4 Peraturan PCB.
- Majikan perlu membayar kepada Ketua Pengarah, tidak lewat dari tempoh 15 hari pada setiap bulan kalendar, amaun penuh bagi potongan atau yang harus dipotong olehnya daripada penggajian pekerja untuk bulan kalendar berikutnya.
- Menyerahkan butiran lengkap dan tepat berkaitan pulangan pekerja (Borang CP39/CP39A) apabila membuat bayaran PCB/atau potongan tambahan PCB.
- Menyimpan dan mengekalkan dalam simpanan selamat dokumen secukupnya bagi tempoh 7 tahun dari hujung tahun kalendar di mana penggajian pekerja akan dipotong menurut Peraturan PCB.
- Memaklumkan setiap pekerja akan tanggungjawabnya seperti berikut:
- Menghantar Borang TP3 kepada majikan untuk notifikasi maklumat berkaitan pekerjaannya dengan majikan sebelumnya dalam tahun semasa.
- Menghantar Borang TP1 kepada majikan sekiranya pekerja mahu menuntut potongan dan rebat dalam bulan yang berkenaan. Potongan dan rebat yang tertakluk kepada kelulusan majikan.
- Menghantar Borang PT2 sekiranya pekerja mahu memasukkan faedah dalam bentuk (BIK) dan nilai tempat tinggal (value of living accommodation) sebagai sebahagian daripada imbuhan bulanannya untuk menentukan jumlah PCB tertakluk kepada persetujuan oleh majikan.
- Menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat setiap resit yang berkaitan dengan tuntutan potongan untuk tempoh tujuh tahun dari akhir tahun taksiran di bawah Akta.
- Memberikan maklumat peribadi yang lengkap dan tepat dan mengemaskini sebarang perubahan butir peribadinya kepada majikan.
- Memberikan maklumat yang betul dalam bentuk yang ditetapkan berhubung dengan kebergantungannya terhadap cukai dan kegagalan oleh pekerja untuk berbuat demikian merupakan suatu kesalahan.
Bagi maklumat lanjut tentang PCB, sila lihat: www.hasil.gov.my
Peruntukan statutori baru di Malaysia telah digubal yang meminda takrif “imbuhan” untuk PCB. Majikan perlu sedar bahawa bagi sesetengah pekerja yang mempunyai liabiliti cukai pendapatan di Malaysia, tanggungjawab pematuhan mereka telah berubah. Untuk maklumat, sila rujuk Perubahan Penting kepada Peraturan Potongan Cukai Bulanan
Pekerja / Pemilikan Tunggal /Tanggungjawab Pekerjaan Sendiri
Jenis Borang | Kategori | Tarikh Akhir Penghantaran |
Borang BE | Pemastautin Yang Tidak Meneruskan Perniagaan | 30 April bagi tahun berikutnya |
Borang BT | Individu Pemastautin (Pekerja Ilmu/Mahir) | |
Borang M | Individua Bukan Pemastautin | |
Borang MT | Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Ilmu/Mahir) | |
Borang M | Individu Bukan Pemastautin (dengan pendapatan perniagaan) | 30 Jun untuk tahun berikutnya |
Borang MT | Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Ilmu/Mahir dengan pendapatan perniagaan) | |
Borang B | Individu Pemastautin yang meneruskan perniagaan | |
Borang P | Perkongsian |
Anda boleh memfail pulangan cukai menggunakan mana-mana kaedah ini:
- E-Filing:
- Anda boleh mengemukakan pulangan cukai melalui e-File melalui ezHASil e-Filing. Sistem e-filling ini mudah, pantas dan lebih tepat – sistem pengiraan cukai perlu dibayar secara otomatik selepas anda memasukkan pendapatan, potongan, pelepasan dan rebat untuk diri anda.
- Anda juga boleh gunakan e-filing untuk pulangan cukai menggunakan telefon pintar atau tablet. Pembayar cukai boleh mengakses sistem di mlatihan.hasil.gov.my menggunakan peranti yang disokong termasuk iPhone dan iPad dengan iOS versi 4.0 dan ke atas; Android versi 2.2 (Froyo) ke atas; BlackBerry (OS 6 ke atas) serta Playbook; Telefon Windows versi 7.0 ke atas dan 7.5 (Mango) disyorkan
- Secara umum, pihak LHDN memberi tempoh lanjutan 2 minggu selepas tarikh akhir Pulangan Cukai, melalui e-filling bagi menggalak penggunaan e-filing. Bagi memastikan anda memfail Pulangan Cukai sebelum tarikh akhir, sila periksa tarikh akhir Pulangan Cukai semasa di laman sesawang LHDN www.hasil.gov.my
- Pihak LHDB juga kini membayar faedah kepada pembayar cukai sekiranya mereka tidak memproses pulangan pembayar cukai dalam tempoh 90 hari dari tarikh akhir (e-filing) atau 120 hari selepas tarikh akhir (pemfailan secara manual). Maka mengisi pulangan cukai anda secara elektronik bermakna anda boleh mendapatkan pulangan balik dengan lebih cepat.
- Lihat ezHASiL Manual Antaramuka Pengguna Berpusat..
- Jika anda mendaftar bagi fail cukai, anda boleh lakukannya di cawangan LHDN terdekat atau mana-mana cawangan yang mudah bagi anda, atau mendaftar secara online menggunakan e-Daftar. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran cukai bagi individu
- Pemfailan menggunakan pulangan cukai berasaskan kertas:
- Anda perlu menerima Borang Pulangan Cukai dari LHDN melalui pos 2 bulan sebelum tarikh akhir memfail Pulangan Cukai sekiranya anda melakukannya menggunakan cara berasaskan kertas bagi tahun-tahun sebelumnya.
- Sekiranya anda tidak mendapat Borang berkenaan, anda boleh mengambilnya di mana-mana cawangan LHDB atau mencetak borang dari softcopy yang boleh didapati dilaman LHDN. Hanya borang dalam versi Bahasa Melayu sahaja boleh digunakan bagi tujuan penghantaran cukai dan mestilah memenuhi keperluan cetakan yang ditetapkan LHDN.
Tanggungjawab Perkongsian
Memfailkan Cukai Pendapatan
Walaupun perkongsian tidak membayar cukai pendapatan, ia tetap perlu memfail pulangan pendapatan tahunan (digelar Borang P) bagi menunjukkan semua pendapatan yang terhasil dan perbelanjaan perniagaan telah dipotong oleh perkongsian untuk tahun semasa. Perkongsian boleh memfailkan Borang P menggunakan borang kertas ataupun melalui e-filling.
Tarikh akhir bagi memfailkan Borang P adalah 30 Jun.
Rakan kongsi asal bertanggungjawab untuk mengisi Borang P dan mengeluarkan Borang CP30 kepada setiap pekongsi. Borang CP30 (Pembahagian Pendapatan Perkongsian) perlu diberikan kepada setiap pekongsi untuk membolehkan mereka mengisytiharkan pendapatan perkongsian mereka dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 30 Jun untuk individu dan 7 bulan selepas penutupan tahun kewangan untuk syarikat.
Soal Jawab Cukai Pendapatan Peribadi
Q1: Apakah Kadar Cukai Pendapatan Peribadi di Malaysia?
A1: Secara umum, individu pemastautin dikenakan cukai pada kadar 0% hingga 30% untuk tahun penaksiran bermula 2020. Individu bukan pemastautin pula dikenakan cukai pegangan ke atas beberapa jenis pendapatan. Pendapatan lain dicukai pada kadar 30% tanpa pelepasan peribadi. Carta terperinci kadar progresif cukai boleh didapati bagi individu pemastautin and individu bukan pemastautin.
Bermula Tahun Taksiran 2010, pendapatan pekerjaan seseorang pekerja yang berpengetahuan dan menetap di rantau tertentu (Iskandar, Malaysia) yang menjalankan pekerjaan dengan seseorang yang menjalankan mana-mana aktiviti yang layak (iaitu teknologi hijau, bioteknologi, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, kreatif industri, khidmat nasihat kewangan, dan perkhidmatan perundingan, perkhidmatan logistik, dan pelancongan) akan dikenakan cukai pada kadar 15 peratus daripada pendapatan bercukai beliau. (Terpakai kepada pekerja berpengetahuan yang memohon dan memulakan pekerjaan di Iskandar, Malaysia antara 24 Oktober 2009 dan 31 Disember 2020.) Walau bagaimanapun, kelulusan dari Kementerian Kewangan diperlukan dahulu sebelum seorang pekerja pengetahuan boleh menikmati kadar cukai sebanyak 15 peratus.
Berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2012, pendapatan penggajian seorang individu yang diluluskan di bawah Program Kepulangan Pakar akan dikenakan cukai pada kadar 15 peratus. Berdasarkan laman web Talentcorp (iaitu pihak berkuasa mengendalikan Program Kepulangan Pakar), individu yang diluluskan boleh memilih untuk dikenakan cukai di bawah kadar skala bukan 15 peratus. Konsesi itu adalah untuk tempoh lima tahun.
Q2: Siapakah yang boleh memfailkan pulangan cukai pendapatan peribadi di Malaysia?
A2: Secara umumnya semua individu pemastautin yang dikenakan cukai bertanggungjawab untuk memfailkan pulangan cukai pendapatan peribadi. Biasanya, individu yang menerima pendapatan bersih bulanan selepas KWSP sebanyak RM3,141 atau lebih dan individu berkahwin dengan pasangan tidak bekerja yang menerima imbuhan bersih bulanan selepas KWSP sebanyak RM4,001 atau lebih boleh dikenakan liabiliti cukai.
Seorang bukan pemastautin juga bertanggungjawab untuk memfailkan pulangan cukai pendapatan peribadi jika dia menjalankan pekerjaan di Malaysia selama lebih daripada 60 hari. Di samping itu, jika individu bukan pemastautin menjalankan pekerjaannya di Malaysia untuk tempoh berterusan melebihi 60 hari yang bertindih selama dua tempoh asas berturut-turut atau di mana tempoh bertindih yang berterusan bersama dengan tempoh lain atau tempoh yang melebihi 60 hari turut akan bertanggungjawab memfailkan pulangan cukai pendapatan peribadi.
Peraturan 60 hari tidak terpakai jika anda adalah seorang pengarah syarikat, penghibur awam atau menjalankan profesion di Malaysia.
Q3: Bagaimana menentukan pemastautin Malaysia untuk tujuan cukai?
A3: Kediaman seorang individu ditentukan oleh kehadiran fizikalnya di Malaysia. Pada amnya, seseorang individu menjadi pemastautin cukai bagi tahun cukai jika bilangan agregat hari individu yang tinggal di Malaysia pada tahun asas ialah 182 hari atau lebih.
Individu juga boleh layak sebagai pemastautin untuk tahun asas bagi tahun taksiran tertentu di bawah mana-mana keadaan berikut: –
- Individu tersebut berada di Malaysia kurang dari 182 hari dalam tahun asas itu dan tempoh itu dihubungkan oleh atau kepada tempoh lain 182 atau lebih hari berturut-turut (selepas ini dirujuk dalam perenggan ini sebagai tempoh sedemikian) di mana individu itu berada dalam Malaysia pada tahun yang bersambungan. Ketiadaan sementara dari Malaysia disebabkan oleh hal-hal perkhidmatan, menghadiri persidangan, seminar, atau belajar di luar negara yang berkaitan dengan perkhidmatan di Malaysia, penyakit yang melibatkan individu atau mana-mana ahli keluarga terdekat dan lawatan sosial yang tidak melebihi 14 hari secara agregat akan diambil menjadi sebahagian daripada mana-mana tempoh atau tempoh tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika dia berada di Malaysia sebaik sahaja sebelum dan selepas ketiadaan sementara itu.
- Individu tersebut berada di Malaysia selama 90 hari atau lebih dalam tahun asas dan dalam mana-mana tiga daripada empat tahun asas sebelumnya, individu itu adalah pemastautin atau berada di Malaysia selama sekurang-kurangnya 90 hari.
- Individu akan menjadi pemastautin untuk tahun ini jika dia bermastautin pada tahun berikutnya dan telah bermastautin untuk tiga tahun sebelumnya
Q4: Saya pengarah syarikat, adakah saya dikenakan cukai secara berbeza di Malaysia??
A4: Untuk pengarah-pengarah pemastautin / bukan pemastautin Malaysia, peraturan cukai biasa dikenakan kecuali pengecualian cukai tertentu tidak dilanjutkan kepada pengarah syarikat terkawal (syarikat yang tidak mempunyai lebih daripada lima puluh ahli dan dikawal, mengikut cara yang diperihalkan oleh seksyen 139, oleh tidak lebih daripada lima orang).
Pada umumnya, terdapat 2 pilihan untuk menerima pendapatan penggajian, sama ada dia boleh menerima gaji pengarah (tertakluk kepada KWSP) atau yuran pengarah (tidak tertakluk kepada KWSP). Sila ambil perhatian bahawa pembayaran yuran pengarah hanya boleh dilakukan jika diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat agung. Yuran pengarah yang dikenakan cukai dalam tahun penaksiran adalah bagi yuran para pengarah yang diterima
Q5: Saya telah menerima yuran pengarah dari Syarikat, bilakah pendapatan perlu dilaporkan??
A5: Yuran pengarah ditaksirkan dalam tahun di mana pengarah menerima bayarannya.
Q6: Saya telah menerima faedah dari syarikat saya (cth. Syarikat membayar penginapan saya), adakah cukai dikenakan ke atas saya?
A6: Ya, ia tertakluk kepada cukai pendapatan peribadi. Bagaimanapun, kebanyakan faedah yang dikenakan cukai akan dikurangkan kadarnya. Anda boleh merujuk kepada butiran di the Peraturan Umum No.3/2013 Faedah-Faedah
Q7: Adakah Malaysia mengenakan cukai ke atas sumber pendapatan asing yang diterima pekerja?
A7: Secara am, pendapatan asing yang diterima individu tidak tertakluk kepada cukai pendapatan Malaysia. Bagaimanapun, ia akan dikenakan cukai sekiranya pendapatan diterima atau diperoleh dari dalam Malaysia, sebagai hasil dari pekerjaan yang dilakukan di Malaysia, tanpa mengira samada ia dibayar di dalam atau di luar Malaysia atau lokasi majikan berada.
Selain itu, pendapatan pekerjaan luar negara anda akan dikenakan cukai pendapatan jika pekerjaan luar negara anda berhubung dengan pekerjaan di Malaysia. Contohnya, sebagai sebahagian dari pekerjaan di sini, anda perlu ke luar negara.
Q8: Adakah saya dianggap pemastautin bercukai di Malaysia jika saya keluar dari Malaysia selama lebih daripada setengah tahun?
A8: Besar kemungkinan anda akan dicukai sebagai pemastautin Malaysia kerana anda keluar disebabkan pekerjaan anda di Malaysia (dengan andaian anda memegang permit kerja sah di Malaysia). Maka, sebagai sebahagian dari kerja di sini, anda perlu ke luar negara. Secara umum, individu dianggap pemastautin bercukai di Malaysia jika dalam kalendar tahun, dia secara fizikal berada di Malaysia sekurang-kurangnya 183 hari.
Q9: Adakah saya perlu membayar cukai bagi pendapatan dividen yang diperoleh dari syarikat Malaysia?
A9: Pada dasarnya, jenis-jenis dividen berikut dikecualikan dari percukaian di Malaysia:-
- Dividen dari syarikat Malaysia kepada para pemegang saham – bermula 1 Januari 2014, semua syarikat akan berada pada sistem tier 1, dan semua dividen yang diperoleh akan dikecualikan cukai di dalam tangan para pemegang sahamnya.
- Dividen asing yang diperoleh di Malaysia – sumber pendapatan asing yang diterima individu dikecualikan dari cukai pendapatan Malaysia
Q10: Adakah penyelesaian cukai diperlukan LHDN bagi pekerja bukan warga Malaysia yang ditugaskan di anak syarikat luar negara di dalam sesebuah kumpulan?
A10: Adalah menjadi tanggungjawab majikan memaklumkan LHDN tentang penamatan pekerjaan seseorang pekerja yang meninggalkan Malaysia lebih dari 3 bulan. Notifikasi ialah melalui pengisian Borang CP21 tidak lebih dari 30 hari sebelum tarikh dijangkakan pelepasan atau tarikh penamatan (mana yang lebih awal) seseorang pekerja di Malaysia. Jadual kemasukan dan pelepasan dari Malaysia dan paspot asal pekerja tersebut perlu dihantar kepada LHDN bagi pengesahan status kediamannya bersama-sama dengan Borang CP21.
Mengikut amalan, selepas Borang CP21 diterima, LHDN akan mengeluarkan pulangan cukai kepada pekerja tersebut bagi membolehkannya memfail pulangan cukai terkini sebelum meninggalkan Malaysia. Selepas penghantaran pulangan cukai bagi tahun terakhir pekerja tersebut, LHDN akan mengeluarkan surat penyelesaian cukai bagi memaklumkan majikan tentang baki cukai yang perlu dibayar dan hari pekerja berlepas dari Malaysia direkodkan. Majikan dikehendaki memegang apa-apa jumlah wang dalam simpanannya dalam kes pekerja ditamatkan perkhidmatanatau akan ditamatkan perkhidmatan sehingga tempoh awal 90 hari selepas LHDN menerima Borang CP21 atau selepas surat penyelesaian cukai diterima dari LHDN.
Penyelesaian cukai tidak perlu sekiranya pekerja di luar Malaysia bagi tujuan latihan atau perniagaan (tidak termasuk ditugaskan ke luar negara). Sila rujuk Peraturan Am No. 1/2011 tentang Percukaian Pekerja Malaysia yang ditugaskan Ke Luar Negara
Q11: Adakah pembayaran bagi pendapatan yang dibuat kepada pengarah turut dikenakan cukai pegangan?
A11: Sebagai syarat umum, semua pekerja samada tempatan atau ekspatriat, tertakluk kepada Bayar-Apa-Yang-Anda-Perolehi. Ianya menjadi kewajipan bagi majikan membuat potongan cukai setiap bulan daripada penggajian pekerja di bawah skim PCB.
Q12: Adakah yuran pengarah yang diisytihar kepada pengarah bukan pemastautin oleh syarikat perbadanan Malaysia tetapi tidak diremit kepada pengarah tersebut tertakluk kepada cukai pegangan?
A12: Tidak, Yuran Pengarah akan ditaksir dalam tahun di mana pengarah menerima bayaran. Namun begitu, menjadi kewajipan bagi majikan membuat potongan cukai ke atas yuran pengarah pada bulan di mana bayaran dilakukan bagi yuran tersebut