This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Khidmat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Malaysia
Bayaran bagi Pakej Perkhidmatan SST
Pakej Ditawarkan | Bayaran (RM) tertakluk kepada Cukai Pekhidmatan |
E-Pemfailan bagi SST * | Bayaran |
Pendaftaran SST [Wajib / Sukarela] | Bermula dari RM500 |
Pemfailan SST dan Penilaian Semula [Dwi-Bulanan] | Bermula dari RM800 |
* E-pemfailan bagi pihak anda hanya akan disediakan sekiranya anda menggunakan khidmat bulanan kami bagi Perkhidmatan Menyimpan Kira
** Caj tambahan dikenakan oleh 3E Accounting bagi kunjungan ke pejabat kastam untuk tindakan susulan status pendaftaran SST atau melayani pertanyaan pihak kastam.
Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (“GST”) telah membawa kepada pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) dalam versi baharu.
Di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (yang terpakai mulai 1 Sept 2018), Cukai Perkhidmatan merupakan cukai yang dikenakan ke atas penggunaan perkhidmatan bercukai di mana kadar cukai perkhidmatan telah ditentukan pada 6%. Ia merupakan cukai satu peringkat yang dikenakan sekali sahaja oleh pembekal tanpa mekanisme input mahupun pengecualian bagi cukai perkhidmatan. Cukai Jualan, yang baharu pula, adalah pada kadar 0%, 5%, or 10% masing-masing.
3E Accounting – Pusat Sehenti Perkhidmatan SST Anda
Cukai merupakan asas terpenting di dalam perniagaan. Bagi mengelakkan kerugian yang diakibatkan cukai, nasihat percukaian yang tepat daripada pihak profesional amat diperlukan sebelum anda memulakan sebarang urusan perniagaan. Pun demikian, kami tidak menolak kemungkinan di mana sesetengah urusan perniagaan mungkin dilakukan tanpa perancangan cukai yang sewajarnya – yang membawa kepada kemungkinan pengelakan cukai ataupun penipuan cukai disebabkan kelalaian manusia. Jadi, semua jenis perniagaan dinasihatkan agar sentiasa mengetahui risiko dalam mengenalpasti cukai serta memikirkan langkah mengurangkannya. 3E Accounting sentiasa bersedia memenuhi keperluan anda. Kami memiliki perkhidmatan cukai yang meluas bagi memenuhi keperluan para pelanggan.
Bagaimana kami dapat membantu anda:
- Pendaftaran SST
Pengenalan semula SST telah mewajibkan perniagaan dengan ambang minimum RM500,000 setahun bagi mendaftar untuk SST. Pendaftaran SST (untuk perseorangan yang dikenakan GST dan tidak dikenakan GST) perlu dilakukan di dalam talian melalui sistem MySST. Pendaftaran SST yang dilakukan menggunakan sistem MySST adalah diluluskan secara automatik dalam tempoh 24 jam. Bagaimanapun, masa pendaftaran yang lebih panjang mungkin dialami sekiranya proses pengesahan diperlukan. Pendaftaran secara sukarela juga disediakan bagi perseorangan yang dikecualikan dari pendaftaran atau perniagaan tidak memenuhi ambang minimum. Di bawah regim cukai baharu ini, para pendaftar GST yang sedia ada tidak perlu memohon pembatalan pendaftaran tetapi mereka perlu mengemuka pulangan GST akhir di dalam tempoh 120 hari (bagi Akta yang dimansuhkan).
Perkhidmatan kami: - Perkhidmatan Perundingan SST
- Pemfailan dan Pembayaran Pulangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Semua pengilang dan perseorangan yang berdaftar SST perlu memfailkan pulangan SST (SST-01) secara dwi-bulanan mengikut tempoh percukaian. Bagi mengelakkan penalti, pulangan SST perlu dikemukakan tidak melebihi hari terakhir bulan berikutnya selepas tamat tempoh percukaian. Pulangan boleh dilakukan secara elektronik atau dihantar melalui pos kepada Pusat Pemprosesan SST.
- Penalti dan Kesalahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Malaysia Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 telah menetapkan denda dan penalti yang amat berat ke atas pihak yang mengelak cukai. Barang siapa yang mengelak cukai dan membantu pihak lain mengelak dari cukai akan berdepan risiko denda di antara 10 kali hingga 20 kali jumlah cukai jualan yang dikenakan. Pesalah cukai yang didapati bersalah juga berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun di samping dikenakan kedua-dua hukuman secara serentak. Pesalah kali kedua dan seterusnya pula berdepan hukuman lebih berat di mana denda yang dikenakan adalah tidak kurang daripada 20 kali dan tidak melebihi 40 kali jumlah cukai jualan, atau dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun, atau kedua-duanya. Dipendekkan cerita, perkhidmatan cukai SST yang ditawarkan 3E Accounting telah direka khusus bagi memenuhi pematuhan percukaian perniagaan anda di samping membimbing anda dengan nasihat yang diperlukan. Di 3E Accounting, pasukan profesional percukaian kami yang mempunyai kelayakan mantap dengan pelbagai kemahiran akan memimpin anda menghadapi cabaran merancang cukai, memenuhi pematuhan cukai, dan menyelenggara hubungan baik dengan pihak berkuasa cukai melalui perkhidmatan yang lancar. Kami percaya kaedah antarabangsa kami yang konsisten serta perkhidmatan bermutu tinggi yang kami sediakan akan memenuhi keperluan anda membina asas pematuhan cukai yang ampuh di samping strategi-strategi cukai yang lestari bagi merealisaskan sasaran perniagaan anda.