This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Penyeteman Elektronik di Malaysia

Yuran Pakej untuk Perkhidmatan Penyeteman Elektronik

Pakej sedia ada Bayaran
tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan
Penyeteman Perjanjian dari RM200 pemprosesan*

* Bayaran pemprosesan dari RM200 dikenakan untuk penyeteman setiap perjanjian (tidak termasuk bayaran penyeteman).

Penyeteman Elektronik@ Anda perlu menjadi pelanggan perkhidmatan kesetiausahaan tahunan kami sekiranya memerlukan perkhidmatan penyeteman elektronik.

Sila ambil perhatian bahawa permohonan abjudikasi kepada LHDNM hanya boleh diserahkan setelah bayaran pemprosesan dan anggaran bayaran penyeteman dibayar dan disertakan bersama-sama dengan semua dokumen iaitu perjanjian.

Bayaran pemprosesan tidak boleh dibayar balik sekiranya anda memutuskan untuk tidak menyetemkan perjanjian/instrument setelah menerima keputusan abjudikasi daripada LHDNM.

Duti setem dikenakan ke atas instrumen atau dokumen tertentu. Kadar duti berbeza bergantung pada jenis instrumen/dokumen dan nilai transaksi. Pengecualian duti setem diberikan untuk instrumen dan dokumen tertentu. Sila klik di sini, untuk maklumat lanjut.

Suatu instrumen boleh disetemkan dalam masa 30 hari pelaksanaannya sekiranya dilaksanakan di dalam Malaysia atau dalam masa 30 hari setelah mula-mula diterima di Malaysia sekiranya dilaksanakan di luar Malaysia.

Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti berikut mungkin dikenakan:-

  1. RM25.00 atau 5% duti defisien, mana-mana yang lebih tinggi, sekiranya disetemkan dalam masa 3 bulan dari masa penyeteman;
  2. RM50.00 atau 10% duti defisien, mana-mana yang lebih tinggi, sekiranya disetemkan selepas 3 bulan tetapi tidak lebih daripada 6 bulan dari masa penyeteman;
  3. RM100.00 atau 20% duti defisien, mana-mana yang lebih tinggi, sekiranya disetemkan selepas 6 bulan dari masa penyeteman;

Penyeteman perjanjian dibuat untuk melindungi semua pihak yang terlibat dalam kontrak dari segi kebolehterimaan instrumen sebagai bukti di mahkamah dalam prosiding sivil. Instrumen yang tidak disetemkan dengan betul tidak boleh diterima di mahkamah sebagai bukti.

Abjudikasi Instrumen

Semua instrumen yang boleh dikenakan duti dan dilaksanakan oleh mana-mana orang di Malaysia perlulah dibawa kepada Pemungut yang akan menilai duti yang perlu dikenakan. Bagi tujuan ini, Pemungut mungkin memerlukan instrumen yang lengkap dengan semua dokumen bukti sokongan atau perlu. Pemunggut mungkin tidak akan meneruskan dengan mana-mana permohonan sehinggalah semua dokumen diserahkan kepadanya.

Semua permohonan abjudikasi boleh diserahkan di mana-mana kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) di pejabat cawangan STAMPS, Pusat Perkhidmatan dan Pejabat Daerah Hasil atau dibuat dalam talian melalui laman sesawang STAMPS di https://stamps.hasil.gov.my

Kenapa menggunakan STAMPS ?

  • Senang diakses di mana sahaja dan pada bila-bila masa
  • Menjimatkan masa untuk memproses instrumen/dokumen
  • Pemprosesan sistematik dan cepat
  • Keselamatan data dijamin
  • Mengurangkan kos
  • Pengesahan status bila-bila masa sahaja

Kurang pasti cara penggunaan STAMPS, Jangan bimbang!!

3E Accounting boleh membantu anda hanya dengan bayaran pemprosesan dari RM200 untuk setiap perjanjian (tidak termasuk bayaran penyeteman). Email kami di [email protected] dengan satu salinan perjanjian/instrumen dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan (seperti bukti dokumen diterima di Malaysia, contohnya, slip kurier). Sila ambil perhatian bahawa kami akan menyerahkan permohonan abjudikasi kepada LHDNM setelah bayaran bayaran pemprosesan dan anggaran bayaran penyeteman telah dibuat. Bayaran pemprosesan tidak boleh dikembalikan sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak menyetem perjanjian/instrumen setelah penerimaan keputusan abjudikasi daripada LHDNM.

 

Penyeteman Elektronik

3E juga boleh memberikan nasihat profesional mengenai duti setem and permohonan pengecualian duti setem. Hubung kami hari ini di [email protected] untuk perundingan percuma.