This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Khidmat Memohon Sijil Pemastautin Malaysia (COR)

Permohonan Sijil Pemastautin Malaysia / Certificate of Residence (COR)3E Accounting mampu membantu di dalam permohonan COR. Tempoh memproses mengambil masa 7 hingga 14 hari bekerja. Yuran pemprosesan kami bagi permohonan COR ialah dari RM600 bagi setiap permohonan.

Sijil Pemastautin Malaysia atau COR dikeluarkan bagi mengesahkan status pemastautin pembayar cukai untuk tujuan percukaian. Malaysia memiliki rangkaian Penjanjian Dwi Percukaian / Double Taxation Agreement (DTA) dengan rakan perjanjiannya. COR membolehkan pemastautin bercukai di Malaysia menuntut faedah cukai di bawah DTA dan mengelak dari dikenakan cukai berganda bagi punca pendapatan yang sama.

Apakah Pengelakan bagi Penjanjian Dwi Percukaian (DTA)?

Pengelakan DTA merupakan perjanjian yang ditandatangani Malaysia dengan negara lain yang bertujuan mengelakkan cukai berganda ke atas pendapatan dijana di sebuah negara oleh pemastautin di negara lain. Negara yang menandatangani treati merujuk kepada negara yang telah menandatangani DTA dengan Malaysia.

DTA tersebut menyatakan bahawa hak percukaian di antara Malaysia dengan rakan treatinya bagi jenis pendapatan berbeza timbul kerana aktiviti ekonomi rentas sempadan di antara kedua-dua buah negara. Ia juga memberi pengurangan cukai atau pengecualian bagi sesetengah jenis pendapatan.

Hanya pemastautin bercukai Malaysia dan negara treati berkaitan boleh menikmati faedah DTA. Malaysia telah merangkumkan 69 DTA secara efektif. Bagi informasi tentang kadar berbeza untuk pegangan cukai ke atas faedah, royalti dan yuran teknikal, lihat “DTA Agreement Rates“.

Sekiranya anda pemastautin bercukai di Malaysia

Apabila anda menjana pendapatan warga asing dari negara treati, anda juga tertakluk kepada cukai di negara tersebut. Bagaimanapun, anda mungkin mahu menuntut faedah DTA yang membolehkan pemastautin bercukai di Malaysia menikmati kadar potongan cukai atau pelepasan cukai di negara asing tersebut.

Bagi menikmati faedah, anda perlu menghantar Sijil Pemastautin (COR) kepada pihak berkuasa di negara asing bagi membuktikan anda merupakan pemastautin bercukai di Malaysia.

Sila rujuk Penentuan Status Pemastautin untuk menentukan anda adalah pemastautin bercukai di Malaysia atau sebaliknya.

Bagaimana memohon COR?

Terdapat dua kaedah memohon COR iaitu:

i. secara manual; atau
ii. e-Pemastautin

Memohon COR Secara Manual

Permohonan COR boleh dilakukan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Namun demikian, bagi pembayar cukai untuk Jabatan Cukai Korporat (CTD)/Cawangan Pembayar Cukai Besar (BTB) dan Cawangan Jalan Duta (JDB), permohonan perlu dihantar kepada Jabatan Percukaian Antarabangsa. Permohonan yang telah dihantar kepada CTD/BTB dan JDB akan dihantar kepada Jabatan Percukaian Antarabangsa untuk pemprosesan.

Alamat bagi Jabatan Percukaian Antarabangsa adalah seperti berikut:

Ibu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Jabatan Percukaian Antarabangsa
Menara Hasil Aras 12
Persiaran Rimba Permai
Cyber 8
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia
Tel: 03-83138888 (Sambungan 21218/ 21231/ 21232)
Fax: 03-83137848/ 03-83137849

Pemohon

Pembayar cukai yang perlu memohon COR secara manual termasuk:

  1. Pembayar cukai individu;
  2. Rakan Kongsi (individu) di dalam perkongsian;
  3. Pembayar cukai (individu dan syarikat) yang mana fail cukai dikendali oleh Cawangan Bukan Pemastautin; permohonan COR perlu dihantar kepada Cawangan Bukan Pemastautin di alamat berikut:Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Cawangan Bukan Pemastautin
    Aras 3, 6 – 8 Blok 8
    Kompleks Bangunan Kerajaan
    Jalan Duta
    50600 Kuala Lumpur
    Tel: 03-62091000
    Faks: 03-62019745
  4. COR untuk Arab Saudi, Indonesia, Peranchis, Singapura dan Switzerland perlu dibuat menggunakan Borang Khas yang boleh dimuat turun dari lawang sesawang rasmi mereka.
  5. Pembayar cukai (individu dan syarikat) yang mana fail cukai dikendali oleh Cawangan Labuan; permohonan COR perlu dihantar kepada Cawangan Labuan di alamat berikut:Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Cawangan Labuan
    Unit E.004 dan E.005
    Aras 1, Aras Podium
    Kompleks Ujana Kewangan
    Jalan Merdeka
    87000 W. P. Labuan

Syarikat dan Fail Amanah

Permohonan COR bagi syarikat dan fail amanah, selain daripada yang tertera di atas, boleh memohon secara manual melalui e-Pemastautin.

Borang Permohonan COR

Bagi semua permohonan COR, Borang STM1 perlu dilengkapkan. Di mana permohonan dibuat bagi lebih dari satu sijil, Borang STM1A juga perlu dilengkapkan.

Dokumen-Dokumen Sokongan

  1. Syarikat-Syarikat
    Untuk permohonan COR bagi tahun penaksiran di mana Borang Pulangan belum diperlu dihantar, borang sokongan yang perlu dikemukakan termasuk:
  • Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun permohonan dibuat, atau
  • Surat pengesahan yang ditandatangani pengarah, menjelaskan bahawa pengurusan dan kawalan syarikat dilakukan di Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon; dan
  • Salinan Borang 49 dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Individu
    • Paspot, salinan asal serta salinan fotokopi; and
    • Senarai perjalanan keluar/masuk Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon.
  • III. PerkongsianStatus pemastautin bagi individu, yang merupakan rakan kongsi dalam perkongsian, ditentukan tertakluk kepada Seksyen 7, Akta Cukai Pendapatan 1967. Status pemastautin untuk syarikat, sebagai rakan kongsi dalam perkongsian ditentukan oleh Seksyen 8, Akta Cukai Pendapatan 1967. Dokumen sokongan diperlukan sebagaimana tertera di dalam perenggan (I) dan (II) di atas.
  • Amanah
    • Salinan surat amanah (bagi fail pendaftaran baharu)

Senarai Semakan

Semua informasi diperlukan dan dokumen yang wajib dikemukakan adalah tersenarai di dalam Senarai semakan juga perlu dilampirkan.

3E Accounting akan membantu anda di dalam permohonan COR. Masa pemprosesan adalah dari 7 ke 14 hari bekerja. Yuran pemprosesan kami bagi permohonan COR bermula dari RM600 bagi setiap permohonan.

Langkah-Langkah bagi Memohon COR

  1. Hantarkan emel kepada kami di [email protected] untuk mendapatkan maklumat berikut:-

    MAKLUMAT DIPERLUKAN

    PEMBAYAR CUKAI
    INDIVIDU PERKONGSIAN SYARIKAT AMANAH
    Nama Pembayar Cukai
    Nombor Rujukan Cukai Pendapatan
    Aktiviti Perniagaan Prinsipal
    Alamat Perniagaan
    Negara Treati
    Tahun Taksiran diperlukan
    Jenis Pendapatan diterima
      Tempoh pembayaran
    Amaun Pembayaran Diterima
    Nama dan alamat Pembayar Cukai Asing
    Alamat Surat-Menyurat Pembayar Cukai:
    Nama dan nombor telefon individu untuk dihubungi
    Alamat Emel Pemohon
    Satu Salinan Paspot dan Pas Pekerja (Dokumen asal perlu disahkan)    
    Senarai perjalanan keluar/masuk Malaysia    
    Salinan minit Mesyuarat Lembaga Pengarah dan surat pengesahan ditandatangani oleh pengarah berkaitan pengurusan dan kawalan syarikat dilakukan di Malaysia (jika Borang Pulangan Cukai belum perlu dihantar)      
    Salinan Surat Amanah (bagi fail pendaftaran baharu)      
    Salinan Borang 49 dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)      
  2. Pembayaran yuran pemprosesan pihak kami – Bermula dari RM600
  3. Penyediaan borang permohonan dan penghantaran kepada anda bagi kelulusan. Mohon ditandatangani, imbas dan kembalikan kepada kami untuk diproses.
  4. Penghantaran kepada pihak LHDN
  5. COR diterima dalam tempoh 7 ke 14 hari bekerja.
  6. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak diperlukan memohon COR buat kali kedua untuk urusan yang sama di negara yang sama.

 

Permohonan Sijil Pemastautin Malaysia / Certificate of Residence (COR)