This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Miliki Nama Jenama Anda Sementara Yang Lain Masih Dalam Progres

Ketika orang berkata mulakan secara kecil-kecilan sekiranya anda mahu memulakan perniagaan, hari ini ramai pula yang membuka kedai secara online. Terdapat pelbagai cara melakukan perniagaan online. Sesetengah orang akan cuba menawarkan barangan khusus atau niche bagi pasaran. Sesetengahnya pula akan menawarkan perniagaan biasa. Tak kira apa yang anda niagakan, jadikannya hak milik anda yang unik. Anda boleh bermula dengan nama jenama atau brand name. Walaupun pendaftaran bagi tanda perniagaan nama jenama anda mungkin merumitkan, terdapat satu lagi cara bagi memiliki nama jenama. Ianya adalah melalui nama domain. Di sinilah anda perlu mengetahui tentang pendaftaran nama domain Malaysia bagi membuat tempahan nama jenama online yang unik.

3E Accounting Malaysia akan membantu anda menempah nama jenama yang unik.

 

Milik Anda Yang Unik

Memiliki nama jenama merupakan langkah pertama bagi memperkenalkan perniagaan anda kepada orang ramai. Ketika anda cuba mendapatkan keuntungan, nama jenama anda boleh disiapkan di Internet dengan hanya beberapa klik sahaja. Melalui pendaftaran nama domain Malaysia, anda boleh membuat tempahan apa sahaja nama jenama yang anda hajatkan. Nama domain anda merupakan alamat laman sesawang anda yang sah. Apabila anda mendaftar nama domain, ianya menjadi milik anda untuk digunakan. Ia perlulah unik, tetapi perlu juga mudah diingati agar orang ramai dapat mencari anda dengan pantas. Nama domain anda boleh memiliki sambungan .com, .com.my atau juga .my.

 

Didaftar Kepada Anda

Apabila anda mendaftar nama domain, anda dapat menggunakan alamat tersebut sepanjang langganan. Pendaftaran nama domain Malaysia membolehkan anda melanggan nama domain yang dihajati dan tersedia untuk tempoh setahun, atau lima tahun atau juga sehingga sepuluh tahun. Ianya bergantung kepada kemampuan anda dan berapa lama anda mahu menggunakannya. Mungkin, apa yang anda mahu lakukan ialah hanya mendapatkan pemilikannya terlebih dahulu. Anda perlulah menjadi pelanggan selama tempoh setahun. Laman sesawang anda mungkin masih dibangunkan dan sebaik ianya tersedia, anda boleh halakan nama domain tersebut kepada mana-mana lokasi laman sesawang anda dihoskan. Beberapa pembekal perkhidmatan web turut membenarkan pemindahan domain agar anda dapat menguruskan kesemuanya di satu tempat sahaja. Pastikan anda memperbaharui langganan nama domain sebelum tempoh berakhir, bagi mengelakkan ianya didaftar oleh orang lain. Pendaftaran merupakan proses yang ringkas, dan ia memastikan agar anda dapat menggunakan nama domain tersebut dengan secepat mungkin.

 

Carian Ringkas, Pendaftaran Mudah

Anda sudah mula teruja? Sekiranya ya, anda boleh mula mencari mana-mana pembekal perkhidmatan web hosting. Pastikan anda mendapatkan perkhidmatan daripada pendaftar nama domain yang sah. Sekiranya anda sedang memikirkan satu nama unik, taipkan dalam ruangan carian dan lihat sama ada ia masih tersedia. Pendaftaran nama domain Malaysia juga membolehkan nama anda didaftar sebagai nama domain. Apabila nama tersebut sedia untuk digunakan, anda boleh memohon untuk mendaftarkannya. Sebaik sahaja anda memberikan semua dokumen yang diperlukan dan menjelaskan pembayaran yuran, ianya mengambil masa dua hari bagi proses mendaftarnya. Sebaik selesai, anda dengan bangga dapat menjadi pengguna berdaftar bagi nama yang anda hajati.

Pendaftaran Nama Domain Malaysia