This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Lucu Atau Serius, Rekaan Logo Mampu Bermain Dengan Emosi Anda
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan warna, dengan kepelbagaian budaya, tradisi, warisan dan adat resam yang menjalinkan kita semua. Oleh itu, di dalam menentukan penubuhan sebuah syarikat, seorang rakyat Malaysia biasanya akan cuba memilih ciri-ciri umum agar mengelakkan daripada konflik dengan pelbagai identiti budaya. Perkara serupa juga dilihat pada penampilan sesebuah syarikat, melalui logonya. Kerana budaya berakar umbi dengan emosi. Oleh yang demikian, usaha mendapatkan pakar yang sesuai bagi perkhidmatan menghasilkan logo di Malaysia mampu membantu para usahawan mencari keseimbangan dalam penampilan global yang serasi dengan budaya.
Menghubungkan Semua
Sesuatu logo merupakan wakil syarikat yang dapat dilihat semua. Pada pandangan pertama, logo harus menjalin hubungan dengan sesiapa yang memandangnya. Hubungan rapat ini mungkin membangkitkan emosi. Sesetengah logo menjalin hubungan dari segi penampilannya. Yang lain pula menyebabkan orang menyukai atau membencinya tanpa disengajakan. Logo hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang berwarna-warni dan ada yang hadir dalam satu warna sahaja. Aspek logo menyebabkan orang berasa tertarik dengan sesetengah logo dan syarikat pada tahap yang berbeza. Sama ada logo tersebut didambakan atau dibenci, selagi ianya bermain dengan emosi, orang akan mengingatinya. Oleh itu, perkhidmatan rekabentuk logo di Malaysia secara semulajadi adalah berasaskan usaha menjalin hubungan, di mana ciri merentas budaya merupakan sebahagian daripada usaha tersebut.
Baru Atau Diperbaharui
Perkhidmatan merekabentuk logo di Malaysia hadir dengan pelbagai rupa. Bagi syarikat permulaan yang baru mula menapak di dalam industri masing-masing, mereka mungkin mahu menampilkan beberapa idea yang perlu diterapkan di dalam logo mereka. Ilham-ilham ini akan timbul dengan melihat beberapa syarikat permulaan berjaya di serata dunia. Manakala syarikat yang sudah kukuh pula mungkin perlu memperbaharui logo mereka selari dengan nilai-nilai, wawasan atau penawaran semasa. Apapun, pakar rekaan logo akan memastikan agar logo anda mampu menyerlah dan menarik minat pemerhati. Bagi menambahbaik logo, ia memerlukan sedikit perubahan pada rekaan keseluruhan, atau mungkin juga perlukan perubahan yang sepenuhnya.
Logo Yang Bernilai
Usaha menghasilkan logo bukan satu jenaka. Pengguna secara umumnya pada suatu peringkat, akan juga muncul sebagai usahawan. Apabila mereka melihat satu logo di pasaran, mereka melihat satu usaha yang memakan masa yang lama. Dengan gabungan minda kreatif serta input perniagaan yang realistik, ianya mungkin kelihatan sekadar satu jenama dan rekabentuk. Proses yang dilalui dalam menghasil dan memuktamadkan logo melebihi nilai kewangan. Ia bermula dengan perbincangan mendalam dengan pemiliknya. Selepas itu, setiap ciri logo yang dihajati diilhamkan dengan panduan kreatif. Panduan ini memastikan agar logo akan terhasil sebagaimana yang dihasratkan oleh pemiliknya. Apapun, perekabentuk akan sentiasa memberi pilihan logo-logo yang unik. Sebilangannya akan selari dengan panduan, manakala yang lain akan tersasar jauh. Sama ada logo syarikat anda sepertimana yang anda hajati dari permulaan atau sebaliknya, anda akan akhirnya menemui sesuatu yang serasi dengan perniagaan anda, sensitiviti audien sasaran serta tarikan visual yang mampu menjalinkan hubungan.