This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Borang Super Syarikat Malaysia

Borang Super Syarikat MalaysiaAdakah anda ingin menubuhkan perniagaan di Malaysia? Maka anda akan mahu membaca dan mengetahui tentang borang super syarikat. Sekiranya anda tidak begitu arif dengannya, borang super syarikat telah diperkenalkan sebagai pengganti bagi pelbagai bentuk borang yang diperlukan oleh perniagaan apabila usaha untuk menubuh serta memperbadankan syarikat korporat dilakukan di Malaysia.

Sebelum ini, sesiapa yang ingin memperbadankan syarikat di Malaysia akan dikehendaki mengemukakan Borang 6, Borang 48A dan M&A mengikut garis panduan Akta Syarikat 1965. Sejak pengenalan borang super, templat elektronik kini telah menggantikan semua ini dan borang boleh didapati dalam talian melalui portal MyCOID 2016 untuk memudahkan akses.

Pengenalan borang super ini bertujuan untuk mempermudahkan proses pemerbadanan perniagaan di Malaysia. Oleh itu, memandangkan borang super telah diperkenalkan, tidak akan ada apa-apa transaksi di kaunter yang diperlukan kerana proses itu sekarang memihak kepada pemerbadanan elektronik mandatori melalui portal MyCOID. Dengan borang super, kini terdapat hanya satu templat pemerbadanan antara muka tunggal.

 

 

Apakah Yang Diperlukan Borang Super?

Di bawah peraturan Akta Syarikat 2016, individu serta para pemohon masih dikehendaki memberikan maklumat berikut dalam usaha memperbadankan syarikat di Malaysia:

  • Nama syarikat yang dicadangkan
  • Butiran berkenaan jenis perniagaan
  • Jenis entiti syarkikat tersebut (persendirian atau awam)
  • Cadangan alamat berdaftar syarikat tersebut
  • Maklumat mengenai pengarah, ahli dan setiausaha syarikat dicadangkan

 

Bagaimana Mengisi Borang Super

Sama seperti kaedah lain, mengisi borang super adalah proses yang mudah. Ianya terdiri daripada 5 bahagian yang berbeza yang perlu diisi, termasuk:

  • Seksyen 1: Butiran Pemohon
  • Seksyen 2: Perakuan
  • Seksyen 3: Butiran Permohonan bagi Pengarah/Ahli/Pemegang Saham
  • Seksyen 4: Maklumat kepada Agensi
  • Seksyen 5: Bahagian Perakuan

Seksyen Perakuan adalah di mana pemohon perlu menjelaskan butiran nama syarikat yang dicadangkan. Pemohon mempunyai pilihan untuk mengosongkan seksyen ini jika tidak berkenaan.

Dalam bahagian Butiran Permohonan, pemohon akan diminta untuk menambah kod perniagaan yang berkaitan dengan jenis perniagaan. Setelah kod telah dipilih, pemohon perlu mengulas tentang jenis perniagaan.

 

Perlukan Pertolongan Bagi Borang Super?

Kini anda mungkin sudah bersedia untuk memulakan, tetapi adakah anda memerlukan bantuan dengan borang super anda? 3E Accounting mempunyai pengalaman yang diperlukan serta kepakaran dan pengetahuan bagi membantu anda menangani proses pemfailan borang super anda. 3E Accounting mampu bertindak sebagai Setiausaha Syarikat untuk syarikat anda dan membantu anda dalam semua perkara yang berkaitan dengan proses pemerbadanan dan seterusnya.

 

Borang Super Syarikat Malaysia

Hubungi kami hari ini bagi mendapatkan bantuan dan mari kita mula memperbadan syraikat anda segera!