This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Carian Maklumat Individu di Malaysia
Pelanggan merupakan salah satu aset paling berharga dalam setiap perniagaan di mana setiap pelanggan mempunyai potensi untuk membangun dan menjadi sumber pendapatan yang berpanjangan. Oleh demikian, carian maklumat individu yang betul adalah penting untuk menyaring pelanggan berpotensi negatif seperti pembayar culas, pelanggan yang sangat litigan, pelanggan yang berada di ambang muflis, dan sebagainya. Selain itu, prosedur pemeriksaan yang betul dalam proses pengambilan pekerja dilakukan bagi mengelak daripada melakukan kecuaian serta memastikan majikan menggaji calon yang tepat dengan rekod yang bersih.
Bilakah Anda Harus Lakukan Carian Maklumat?
Sedikit usaha dalam pencarian maklumat individu akan membawa hasil yang menguntungkan dengan mengenal pasti pelanggan berpotensi bermasalah. Berikut adalah beberapa situasi yang boleh mendorong pencarian maklumat individu:
- Proses pengambilan kerja
- Sebelum menjalankan mana-mana kerjasama perniagaan
Apa Yang Dapat Diketahui Melalui Carian Maklumat Individu?
Kepada masyarakat umum, carian maklumat individu bersamaan dengan pemeriksaan sejarah jenayah yang ringkas. Walau bagaimanapun, carian maklumat individu atau pemeriksaan latar belakang adalah lebih daripada itu. Proses ini membantu syarikat anda kekal selamat melalui semakan rekod jenayah dan kredit peribadi. Carian individu yang betul akan membolehkan anda menentukan kelayakan seorang individu termasuk sejarah litigasi serta kepentingan syarikat masa lalu dan kini seseorang.
Akhir kata, kajian menyeluruh laporan pemeriksaan latar belakang akan mengurangkan risiko penipuan, kecuaian, kecurian, penyalahgunaan dadah, keganasan dan kemusnahan di mana semua tindakan negatif ini boleh menyebabkan denda, litigasi yang mahal dan kerosakan yang teruk terhadap reputasi jenama sebuah syarikat. Kami mampu membantu anda melakukan pencarian maklumat individu supaya anda dapat mengetahui dengan baik tentang individu yang anda ambil bekerja atau melakukan urusan perniagaan. Jika anda memerlukan carian yang lebih terperinci, kami boleh merujuk anda kepada peguam kami untuk mendapatkan bantuan.
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut berkaitan carian maklumat individu.