This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Perkhidmatan Pembatalan Nama Syarikat Di Malaysia
Pakej Yuran bagi Perkhidmatan Pembatalan Nama Syarikat
Pakej Sedia Ada | Bayaran (RM) tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan |
Pembatalan Nama Syarikat di bawah Seksyen 308 (1) @ | Bermula dari RM2,000 |
Proses Pembatalan Nama ialah satu proses di mana Pendaftar menggunakan kuasa budi bicaranya untuk membatalkan nama sebuah syarikat daripada senarai pendaftaran yang tidak lagi beroperasi jika Pendaftar mempunyai sebab yang munasabah seperti yang berikut:
- Syarikat itu tidak beroperasi atau tidak berfungsi di bawah Seksyen 308 (1) berkaitan perniagaan mengikut Akta Syarikat (CA) 1965;
- Syarikat itu telah menggulung operasi tetapi tidak ada pelikuidasi yang bertindak di bawah Seksyen 308 (3) (a) CA 1965;
- Pelikuidasi itu gagal untuk membuat sebarang penyata dan Akaun Pelikuidasi yang telah digulung dalam tempoh yang ditetapkan sebagaimana yang dikehendaki undang-undang di bawah Seksyen 308 (3) (b) CA 1965; atau
- Syarikat tersebut tidak mempunyai aset atau dana yang mencukupi untuk membayar kos mendapatkan perintah dari Mahkamah untuk membubarkan syarikat di bawah Seksyen 308 (3) (c) CA 1965
Syarat-syarat bagi Pembatalan Nama Syarikat di bawah Seksyen 308 (1)
Kami menyediakan perkhidmatan profesional dalam menutup (atau membatalkan) syarikat-syarikat tempatan di bawah Seksyen 308 (10), bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan agensi kerajaan lain yang berkaitan.
SSM akan membatalkan sebuah syarikat daripada pendaftaran hanya jika syarikat tersebut memenuhi syarat-syarat berikut:
- Para pengarah mesti mendapatkan resolusi para pemegang saham untuk memulakan permohonan pembatalan nama syarikat itu dari pendaftaran jika syarikat itu tidak menjalankan perniagaan atau syarikat itu tidak beroperasi lagi. Resolusi itu harus disertakan bersama permohonan itu untuk menyatakan persetujuan para pemegang saham majoriti berkaitan denganpermohonan pembatalan nama. Jika seorang pengarah atau pemegang saham tidak dapat dikesan – Baki pengarah atau pemegang saham yang berkenaan mungkin masih boleh mengemukakan permohonan pembatalan nama dengan syarat baki pengarah atau pemegang saham yang berkenaan mestilah telah membuat percubaan untuk mengesan mana-mana pengarah atau pemegang saham lain dengan menulis kepadanya di alamat kediaman seperti yang dinyatakan di dalam rekod Pendaftar atau mana-mana rekod lain. Percubaan-percubaan ini harus dilakukan melalui cara pos daftar. Sekiranya notis daripada agensi pos boleh diterima sebagai bukti, notis tersebut perlu dikemukakan sebagai lampiran permohonan itu. Sebarang bukti lain melalui cara lain (jika ada) juga mesti dilampirkan pada permohonan itu.
- Syarikat tidak mempunyai aset dan liabiliti pada masa permohonan dibuat. Pendaftar akan memeriksa akaun pengurusan yang telah disahkan benar dan betul oleh seorang Pengarah. Walaubagaimanapun, Pendaftar mempunyai hak untuk meminta pemohon mengemukakan penyata kewangan yang telah diaudit. Jika syarikat itu tidak memulakan operasi, pemohon mesti memaklumkan Pendaftar – syarikat itu diperbadankan pada (tarikh) dan tidak ada transaksi sejak itu; dan/ atau syarikat itu belum membuka akaun bank atau jika ada akaun, penyata bank terkini akan dilampirkan serta SSM akan dimaklumkan tentang penutupan akaun itu.
- Syarikat itu tidak mempunyai caj tertunggak dalam Pendaftaran Caj. Berkenaan dengan caj, pemohon mesti memastikan bahawa syarikat tidak mempunyai caj tertunggak dalam Pendaftaran Caj yang disimpan di Pendaftaran Syarikat.
- Syarikat itu tidak mempunyai tunggakan penalti atau tawaran kompaun di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat itu mesti memastikan bahawa semua liabiliti tersebut diselesaikan sebelum permohonan dibuat.
- Syarikat itu tidak mempunyai cukai tertunggak atau liabiliti lain dengan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan. Di mana sebuah syarikat telah memulakan operasi, ia mesti menyelesaikan semua cukai tertunggak dan mendapatkan pelepasan cukai sebelum pemfailan permohonan untuk pembatalan.
- Maklumat syarikat yang terdapat pada Pendaftar adalah terkini. Butir-butir pengarah syarikat dan sebarang maklumat lain yang diminta oleh Pendaftar mesti padan dengan rekod kami. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau perubahan berkenaan dengan maklumat pengarah syarikat, syarikat itu mesti terlebih dahulu memastikan bahawa rekod Pendaftar dikemaskini sebelum permohonan untuk pembatalan dibuat. (Pemohon boleh menyemak rekod dengan mendapatkan cetakan dari pejabat SSM terdekat atau melalui perkhidmatan e-info).
- Syarikat itu tidak terlibat dalam sebarang perbicaraan undang-undang di dalam atau di luar Malaysia. Syarikat itu tidak sepatutnya membuat apa-apa permohonan untuk pembatalan jika sedar bahawa terdapat tindakan mahkamah yang akan menentangnya, supaya tidak menafikan orang lain yang telah memulakan tindakan mahkamah terhadap syarikat itu, daripada meneruskan tindakan mahkamah.
- Syarikat itu tidak membuat apa-apa pengembalian modal kepada para pemegang saham. Prosedur yang betul untuk pengembalian sebarang modal kepada para pemegang saham mestilah melalui proses penggulungan atau pengurangan modal atau mana-mana skim pengurusan atau proses pembinaan semula.
- Syarikat itu bukan syarikat induk atau anak syarikat badan korporat yang lain. Tugasnya terletak pada syarikat induk untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menggulung syarikat subsidiarinya.
- Syarikat itu bukan “Perbadanan Penjamin”. “Perbadanan Penjamin” bermaksud suatu perbadanan yang telah menjamin atau telah bersetuju untuk menjamin pembayaran balik apa-apa wang yang telah diterima atau akan diterima oleh mana-mana pihak ketiga. Baca lebih lanjut mengenai Penutupan Syarikat – Pembatalan atau Penggulungan.Proses Pembatalan boleh diselesaikan dalam tempoh 6-12 bulan tertakluk kepada kelulusan dari SSM Malaysia.Untuk butiran lanjut mengenai pembatalan, sila rujuk pada Portal Rasmi SSM – Proses Pembatalan.