This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Profil Syarikat SSM Di Malaysia – Apa Kegunaannya?
Profil syarikat di Malaysia digunakan bagi tujuan mendapatkan laporan kredit bagi segala perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selaras dengan Akta Perdaftaran Perniagaan 2016.
Maklumat berkenaan syarikat syarikat yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 juga boleh didapati melalui profil syarikat menggunakan carian Malaysia. Perniagaan perniagaan yang mungkin telah berdaftar di bawah nama persendirian pemiliknya atau nama dagangan termasuklah Perkongsian dan Pemilikan Tunggal, sementara syarikat berhad dengan modal saham adalah diperbadankan sebagai Syarikat Sendirian Berhad atau Sdn Bhd ataupun Syarikat Awam Berhad atau Bhd.
Apakah Ciri-Ciri Tersedia Bagi Profil Syarikat Di Malaysia?
Selepas pembelian, profil syarikat bagi perniagaan dapat diperoleh serta-merta untuk dimuat turun. Profil syarikat dalam laporan Malaysia akan merangkumi maklumat berikut:
- Rangkuman syarikat, termasuk maklumat SSM dan pilihan dagangan antara lainnya.
- Ringkasan modal saham syarikat, termasuk sorotan struktur modal syarikat.
- Butiran pemilik perniagaan, termasuk maklumat peribadi (ini hanya tersedia bagi Laporan Profil Perniagaan Malaysia).
- Butiran peribadi ahli ahli lembaga, pengarah dan para pemegang saham syarikat.
- Maklumat tentang keadaan semasa dan sejarah syarikat.
- Maklumat tentang senarai syarikat berkaitan di bawah satu kumpulan perniagaan, atau perniagaan berkaitan melalui pertalian keluarga.
- Maklumat kepentingan yang diperoleh melalui hartanah syarikat, dikenali sebagai “butiran caj”.
- Analisa berasaskan ratio bagi prestasi kewangan syarikat.
- Butiran keuntungan dan dividen syarikat yang terakru bagi tempoh 5 tahun terakhir.
- Butiran untuk tempoh 5 tahun terakhir bagi aset syarikat, ekuiti, liabiliti dan lain-lain terma kewangan.