This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Pengurusan Amanah di Malaysia

Amanah Persendirian yang ditubuhkan adalah untuk memberikan manfaat kepada seorang atau lebih pewaris yang ditentukan. Penubuhan dan pengurusan sesebuah Tabung Amanah boleh dipermudahkan dengan pengurusan yang profesional. Bagaimana anda boleh menguruskan Tabung Amanah anda?

Pertama, anda perlu pastikan sama ada Tabung Amanah adalah sesuai untuk anda atau tidak. Anda perlu membuat keputusan untuk menubuhkan Amanah peribadi apabila merangka pelan harta pusaka anda. Amanah boleh dijadikan sumber yang sangat baik bagi mencapai matlamat kewangan anda. Tidak kira matlamat anda adalah untuk menyediakan kesinambungan gaya hidup untuk keluarga anda, menyumbang kepada pendidikan cucu anda, menjaga ibu bapa anda yang tua, atau membantu untuk peruntukan kewangan bagi kesejahteraan pasangan anda yang masih hidup, Amanah adalah sesuatu yang boleh memberikan anda kawalan dan fleksibiliti yang diperlukan.

Apabila anda mempertimbangkan untuk menamakan satu atau beberapa pemegang amanah individu, pemegang amanah korporat atau gabungan pemegang amanah individu dan korporat, anda perlu pertimbangankan beberapa perkara berikut.

 

Pengalaman

Pemegang amanah bagi Tabung Amanah anda perlu bertanggungjawab bagi kesejahteraan kewangan pewaris semasa dan masa depan. Pemegang amanah anda perlu selesa untuk memilih dan memantau pengurus pelaburan, pertimbangkan dan menilai permintaan untuk pengagihan dan membuat keputusan berpotensi sukar.

Selain itu, pemegang amanah anda juga perlu bersedia untuk menerima tanggungjawab penyimpanan rekod yang ketara, termasuk perakaunan bagi penerimaan dan pembayaran pendapatan dan utama daripada aset amanah dan menyedia dan memfailkan kesemua pulangan cukai pendapatan Amanah tahunan yang diperlukan. Oleh itu, melantik pemegang amanah yang tidak berpengalaman bukannya penyelesaian yang terbaik.

Seseorang pemegang amanah korporat yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam Amanah dan pelaburan adalah alternatif yang menarik.

 

Objektiviti

Kadang-kadang, walaupun dalam keluarga yang paling penyayang, hubungan boleh bertukar menjadi sukar dan emosi. Jika Pemegang Amanah adalah ibubapa, adik-beradik, saudara mara atau rakan anda, ia akan menjadi sukar bagi mereka untuk bertindak secara objektif semasa menghasilkan dokumen Amanah yang menerangkan niat anda dan memberikan arahan.

Dibandingkan dengan pemegang amanah yang merupakan seseorang yang rapat dengan anda, pemegang amanah korporat, adalah orang luar yang boleh membuat keputusan dengan bebas tanpa berat sebelah dan pertimbangan dinamik keluarga.

 

Kerahsiaan

Ianya mungkin akan menjadi pertimbangan utama anda apabila datang kepada butir-butir semasa penubuhan Amanah anda. Anda harus berasa yakin bahawa privasi dan kewangan anda akan dinilai dan dilayan dengan penuh hormat. Oleh itu, pemegang amanah korporat akan menjadi pilihan yang lebih baik untuk anda.

 

Kesinambungan

Manakala tanggungjawab bagi pemegang amanah adalah sangat ketara, penyakit atau usia boleh menjadi penghalang bagi seseorang individu daripada melaksanakan kewajipannya sebagai Pemegang Amanah. Oleh itu, dengan memilih pemegang amanah korporat, ia akan membantu anda bagi kesinambungan penuh Tabung Amanah anda, sekaligus, melindungi masa depan anda.

Sebagai pemegang amanah korporat anda, kami akan memaklumkan anda dengan maklumat berikut:

  • Penyata bulanan yang menunjukkan kesemua aktiviti akaun bagi keseluruhan tempoh
  • Kajian suku tahunan yang memberi gambaran keseluruhan pasaran bagi tempoh tiga bulan, maklumat mengenai keputusan pelaburan yang dibuat bagi pihak Tabung Amanah.
  • Dokumentasi luas, yang merangkumi maklumat tentang asas cukai yang dianggarkan dan keuntungan (kerugian)

 
Selain itu, dengan melantik kami sebagai Pemegang Amanah anda, kami akan menjaga Pentadbiran Amanah dengan jayanya:

  • Mentadbir Tabung Amanah mengikut suratcara amanah
  • Mentadbir Amanah secara tidak berat sebelah dan profesional
  • Mengekalkan kesemua simpan kira dan penyimpanan rekod
  • Membuat ulasan tahunan bagi akaun pentadbiran
  • Menyediakan dan memfailkan semua pulangan cukai fidusiari yang diperlukan (persekutuan dan negeri) untuk kesemua Amanah yang tidak boleh ditarik balik
  • Mengendalikan bayaran premium insurans dan notis untuk Amanah insurans hayat yang tidak boleh ditarik balik

 
Dengan melibatkan kami bagi Perkhidmatan Pengurusan Amanah, kami akan menyediakan sokongan, nasihat dan bimbingan bagi anda dari penubuhan Amanah Peribadi sehingga perkhidmatan pengurusan Amanah bagi meringankan beban anda, membantu anda untuk persediaan yang lebih baik di masa depan anda. Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.

 

Pautan Berkaitan

Perkhidmatan Penjagaan dan Perancangan Harta dan Amanah
Perkhidmatan Perancangan Harta dan Amanah Islam
Penubuhan Amanah Peribadi di Malaysia
Perkhidmatan Pengurusan Amanah di Malaysia