This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Penjagaan Harta & Amanah di Malaysia

Kami membantu anda untuk mengembangkan dan memelihara harta simpanan anda

Mengembangkan harta dan memelihara pusaka anda boleh menjadi sukar namun bagaimanapun, ianya adalah penting bagi menjamin masa depan keluarga anda. Kami disini untuk membantu anda. Di 3E Perakaunan PLT Malaysia, kami menawarkan perkhidmatan penjagaan harta dan amanah yang terulung dan khas untuk anda melalui rakan sekutu kami yang membantu anda untuk menjaga dan memindahkan harta anda kepada generasi anda yang akan datang.

 

Bidang Pengkhususan bagi Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan perkhidmatan harta dan amanah yang lengkap dan sesuai untuk anda termasuk:

  • Penulisan Wasiat
  • Penterjemahan Wasiat
  • Penjagaan Tahunan
  • Penjagaan Seumur Hidup
  • Perlantikan Wasi
  • Pentadbiran Harta Pusaka
  • Penubuhan Amanah Peribadi
  • Pengurusan Amanah
  • Perkhidmatan Perancangan Harta & Amanah Islam

 
Rakan niaga kami akan bekerjasama dengan anda secara bersepadu untuk melindungi harta dan kekayaan anda dan juga akan membimbing anda bagi proses penubuhan sebuah amanah. Mereka akan membantu anda untuk mengenalpasti dan mengurangkan risiko-risiko yang berpotensi dan pada masa yang sama membantu anda mengekalkan kawalan ke atas kewangan anda dengan:

  • Mengurangkan cukai harta
  • Mengedarkan harta secara sulit dan segera
  • Merangka keperluan perubatan
  • Dasar Sumbangan dan Kedermawanan
  • Pengurusan Amanah secara profesional

 
Di 3E Perakaunan PLT Malaysia, kami percaya anda adalah pembentuk warisan dan kami adalah rakan anda bagi membantu anda membuat pelan tindakan. Kami bertanggungjawab untuk memberikan Perkhidmatan Perancangan harta dan amanah yang khas kepada pelanggan kami kerana kami percaya bahawa setiap pelanggan mempunyai matlamat dan keperluan yang berbeza dan unik. Jadi, kami dengan rakan sekutu kami, akan mengetahui keperluan dan matlamat kewangan anda dan mengkaji kedudukan kewangan anda sekarang untuk membangun dan melaksanakan strategi yang berkesan yang terbaik bagi anda dan keluarga anda.

Kami bekerjasama dengan rakan sekutu kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam Perancangan Harta dan Amanah dengan membantu anda mengurangkan cukai pusaka, memelihara harta anda bagi waris anda dan mengagihkan harta pusaka dengan segera dan lancar. Kami juga menawarkan sokongan dan penyelesaian yang berkualiti bagi harta pusaka si mati dengan membayar balik tanggungan si mati dan mewujudkan liabiliti dan hak-hak harta pusaka bagi waris si mati.

Dengan kami, anda juga boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan penulisan wasiat dan penterjemahan. Diingatkan, bahawa penulisan wasiat adalah penting untuk memindahkan harta anda untuk generasi anda dimasa depan. Ianya adalah penting kerana anda boleh memutuskan siapa akan memperolehi bahagian dari harta anda. Jika tidak, orang yang anda ingin mendapat manfaat kadang-kadang mungkin tidak akan mendapat apa-apa. Sebagai contoh, jika anda belum berkahwin, pasangan anda mungkin tidak akan mendapat sebarang manfaat jika anda tidak berkahwin dengannya terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan penjagaan harta dan amanah atau bantuan perkhidmatan, hubungi kami dengan segera. Ini adalah peluang terbaik untuk menjamin masa depan generasi anda. Jangan melepaskan peluang ini. Mengembangkan dan memelihara harta anda dengan bijak!

 

Pautan Berkaitan

Estate & Trust Planning With Custody Services
Islamic Estate & Trust Planning Services
Private Trust Set Up in Malaysia
Trust Management Services in Malaysia