This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Perancangan Harta dan Amanah Islam

Semakin ramai umat Islam yang kaya telah mula mengetahui bahawa ia adalah penting untuk mempunyai pengaturan perundangan berkaitan dengan harta mereka yang banyak dan juga mengetahui bahawa mereka tidak terhad kepada hanya meninggalkan harta yang akan dibahagikan mengikut peraturan pewarisan Islam sahaja. Amanah akan menjadi salah satu pilihan yang menarik.

Selain daripada berpegang teguh kepada prinsip dan semangat perundangan Islam, amanah mampu memberikan fleksibiliti yang tersendiri.

Wasiat yang sah memudahkan proses pembekuan harta tidak terjadi dan mengagihkan kekayaan anda kepada orang yang anda sayangi seperti yang dihasratkan, dengan tepat dan cepat.

Dengan mendapatkan nasihat dan kelulusan daripada penasihat Syariah yang layak, amanah boleh distrukturkan supaya mematuhi Syariah secara sepenuhnya. Penasihat Syariah akan bekerjasama dengan penasihat yang lain bagi memberi panduan mengenai:

  • Jenis harta yang layak untuk menjadi harta amanah
  • Pengurusan harta amanah
  • Panduan bagi Pelaburan Islam
  • Terma keseluruhan bagi surat ikatan amanah
  • Waris yang layak
  • Menyalurkan nilai-nilai yang tidak dibenarkan yang timbul daripada pelaburan

 
Sebaliknya, Labuan mempunyai undang-undang tersendiri yang memenuhi ciri-ciri unik perkhidmatan kewangan Islam dan struktur disamping memberi kepastian dan tadbir-urus Syariah yang mantap untuk entiti Islam dan pelbagai pihak yang berkepentingan.

Secara ringkasnya, menurut Perkhidmatan Kewangan Islam Labuan dan Akta Sekuriti 2010 (LIFSSA):

  • Ianya adalah suatu perundangan omnibus, khusus untuk perniagaan kewangan Islam Labuan dan entiti-entiti Islam
  • Memerlukan pematuhan kepada prinsip-prinsip Syariah. Seksyen 6: “pihak yang menjalankan sebarang aktiviti di bawah Akta ini hendaklah memastikan bahawa aktiviti tersebut mematuhi prinsip-prinsip Syariah.”
  • Mempunyai peruntukan khusus untuk tadbir urus Syariah bagi entiti Islam Labuan termasuk Amanah Islam Labuan
  • Menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah FSA Labuan iaitu pemunya kuasa mutlak dan rujukan Syariah yang penting di Labuan.

 
Sebuah Syariah berlandaskan Amanah Labuan ditubuhkan di bawah Seksyen 105 LIFSSA, Amanah Islam Labuan.

Sebahagian peruntukan perundangn daripada Amanah Islam Labuan:

  • Membolehkan pemberi harta mengerjakan haknya bagi mewujudkan amanah yang selaras dengan prinsip-prinsip Syariah
  • Bagi suatu tempoh yang tetap
  • Amanah atau suatu kuasa yang dipraktikan dibawahnya boleh dibatalkan secara keseluruhan atau sebahagian darinya.
  • Syarat boleh diubah
  • Kerahsiaan ditetapkan dengan beberapa pengecualian
  • Amanah Labuan, diwujudkan secara sah mengikut atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh LTA, sama ada di Labuan atau di luar negara, hendaklah diiktiraf dan boleh dikuatkuasakan menurut termanya, oleh mahkamah di Malaysia yang terletak di Labuan.
  • Apabila Amanah Labuan diwujudkan secara sah berdasarkan pada peruntukkan oleh LTA, mahkamah tidak boleh mengubah, mengetepikan atau mengiktiraf kesahan bagi sebarang tuntutan terhadap harta amanah berdasarkan perundangan bidang kuasa yang lain atau perintah suatu mahkamah bidang kuasa lain.

 
Apabila menstruktur sesebuah Amanah Islam, penasihat perlu mengambil kira aset individu, keadaan keluarga dan waris, instrumen lain yang mungkin diperlukan, termasuk hibah, wasiat, hutang dan hak bagi harta yang diperoleh bersama, serta perundangan yang berkenaan kepada individu dan aset-asetnya.

Selain dari hukum Islam pewarisan (Faraidh), terdapat alternatif lain bagi aset seorang Muslim. Ianya adalah penting bagi seseorang individu untuk mengenal dan menggunakan kaedah yang sedia ada dalam perancangan harta Islam. Ia adalah penting bagi seseorang individu memperoleh pengetahuan dan pengaturan yang sesuai untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang Muslim, bersedia untuk kemungkinan dalam hidup, menjaga keperluan keluarga sekiranya beliau meninggal dunia, mencapai objektif dengan strategik, mengurangkan kos dan mengelakkan konflik keluarga.

Selain daripada perundangan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Perancangan Harta dan Amanah Islam di Malaysia, mengenal dan melibatkan pembekal perkhidmatan yang bagus akan meringankan beban anda semasa menyediakan Perancangan Harta dan Amanah Islam. Apabila anda menghubungi kami, kami menjamin anda dengan premium, perkhidmatan yang komprehensif dan kos efektif yang akan pasti akan memberikan kepuasan kepada anda. Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.

 

Pautan Berkaitan

Estate & Trust Planning With Custody Services
Islamic Estate & Trust Planning Services
Private Trust Set Up in Malaysia
Trust Management Services in Malaysia