This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Reka Bentuk Logo di Malaysia
Biar reka bentuk logo anda menceritakan tentang perniagaan anda
Bolehkah anda ingat nama-nama jenama dengan reka bentuk logo berpangka dan gerbang emas? Ya, betul tekaan anda: Nike dan McDonalds. Jika anda juga ingin menikmati jenis pengiktirafan jenama sedemikian, maka, hubungi kami untuk mendapatkan logo jenama yang berkuasa, senang diingati, unik dan berkesan yang direka daripada rakan sekutu kami, IT Solution PTE LTD.
Di 3E Accounting Malaysia, kami bekerjasama dengan pakar utama dalam industri reka bentuk logo untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik pada pelanggan-pelanggan kami untuk harga yang paling berpatutan. Dengan kami, anda boleh mendapatkan logo perniagaan yang mencerminkan nilai-nilai jenama anda dan menyampaikan mesej perniagaan anda kepada pelanggan anda dengan berkesan dan memberi gambaran yang teliti kepada sesiapa yang melihat logo anda.
Apakah sumbangan logo kepada perniagaan anda?
Mewujudkan Identiti Perniagaan
Logo jenama anda adalah lambang syarikat anda yang membantu anda mewujudkan identiti perniagaan yang stabil di pasaran. Pelanggan anda boleh mengenali dan membezakan jenama anda daripada pesaing anda dengan melihat reka bentuk logo anda. Mereka serta-merta akan teringatkan jenama anda sebaik sahaja melihat logo perniagaan anda. Walau bagaimanapun, reka bentuk logo yang unik dan berkesan adalah penting untuk mewujudkan identiti jenama yang kukuh dan meningkatkan daya ingatan pelanggan terhadap jenama, contohnya jenama global terkemuka, Apple dan Nike. Apabila orang melihat epal yang dimakan separuh, dengan serta-merta mereka akan teringat jenama ‘Apple’. Anda juga boleh menikmati pengalaman tersebut bagi jenama anda dengan mencuba perkhidmatan reka bentuk logo perniagaan anda oleh rakan kami.
Meningkatkan Pulangan ke atas Pelaburan
Melabur dalam reka bentuk logo yang gemilang adalah berbaloi. Ia adalah pelaburan untuk sekali sahaja yang mampu memberikan anda pulangan yang baik di masa depan. Kalau logo jenama anda telah terdaftar dalam minda pelanggan anda, dengan mudahnya anda boleh mewujudkan hubungan emosi yang rapat dengan pelanggan anda. Jika mereka mendapat lebih pengetahuan tentang jenama anda, mereka akan berminat dan percaya dengan jenama anda dan akhirnya, mereka lebih cenderung untuk bertindak balas secara positif kepada produk baru dan promosi dari anda; dengan memberi keutamaan kepada anda berbanding pesaing anda, sekali gus meningkatkan jualan perniagaan anda.
Menyampaikan Pesanan dan Penilaian Perniagaan anda
Logo perniagaan yang direka dengan teliti, bukan sahaja membantu anda untuk menyampaikan pesanan jenama anda, malah membantu untuk menilai keperibadian perniagaan anda. Contoh terbaik adalah Baskin Robbins. Logo mereka mencerminkan imej yang berwarna-warni dan gambaran jenama yang ceria disamping menyampaikan pesanan kepada pelanggan mereka tentang 31 perisa ais krim yang boleh dinikmati oleh orang ramai.
Dapatkan Jenama Logo yang Mengambarkan Perniagaan anda
Maka, tanpa melengahkan masa; hubungi rakan kami, IT Solution PTE LTD untuk mendapatkan perkhidmatan reka bentuk logo. Rakan kami mempunyai kumpulan pereka bentuk logo yang kreatif dan berkemahiran tinggi yang boleh mereka logo yang menarik perhatian, mudah diingati dan berkesan yang mengambarkan perniagaan anda. Bagi maklumat lanjut atau ingini perkhidmatan reka bentuk logo, sila hubungi kami serta merta! Biar logo jenama anda mempromosikan perniagaan anda.