This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Daftar Syarikat di Belize

Register Company in BelizeAdakah anda sedang menimbangkan idea mendaftar syarikat di Belize dan mencari panduan mudah yang menggariskan perkara yang diperlukan? Maka anda telah sampai ke tempat yang betul, kerana panduan ini akan menggariskan apa yang perlu anda lakukan.

Tetapi terlebih dahulu, adakah Belize destinasi perniagaan yang tepat untuk anda? Tidak syak lagi, mungkin terdapat beberapa kebimbangan dengan melihat bagaimana Belize kini berada di kedudukan ke-152 oleh Bank Dunia daripada 183 negara dari sudut kemudahan menjalankan perniagaan. Ini mungkin menimbulkan keraguan, tetapi yakinlah bahawa kerajaan Belize sedang bekerja keras untuk menjadikan negara tersebut sebagai destinasi perniagaan yang lebih menarik bagi menggalakkan lebih banyak aliran masuk pelaburan asing ke sana.

Inilah beberapa faedah apabila mendaftarkan sebuah syarikat di Belize:

  • Bidangkuasa Perbankan Luar Pesisir yang Ditubuhkan – Para pelabur tentu senang apabila mengetahui bahawa Belize mempunyai bidang kuasa perbankan luar pesisir yang mantap. Mana-mana perniagaan dari mana-mana negara di dunia akan dapat menstrukturkan diri secara sah supaya mereka mendapat manfaat daripada dua atau lebih bidang kuasa, dan salah satu daripada bidang kuasa ini boleh menjadi entiti luar pesisir.
  • Kemudahan Menubuhkan Perniagaan –Daftar syarikat di Belize dengan cepat dan berkesan dengan hanya satu pemegang saham dan satu pengarah. Individu yang terlibat boleh terdiri dari mana-mana kewarganegaraan, dan anda sudah siap sedia untuk memulakan proses penubuhan dan persediaan dengan modal minimum USD1.
  • Penggunaan Meluas Bahasa Inggeris –Bahasa rasmi perniagaan di Belize adalah Bahasa Inggeris, dan semua dokumen berkaitan dengan syarikat-syarikat perniagaan antarabangsa mesti dibekalkan dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya dokumen anda sudah di dalam Bahasa Inggeris, maka ianya berita hebat kerana anda menjimatkan perbelanjaan tambahan untuk kos terjemahan.
  • Tiada Penyata Kewangan bagi Pulangan Tahunan –Satu lagi berita hebat bagi pelabur yang merancang untuk mendaftarkan sebuah syarikat di Belize adalah mereka tidak perlu melakukan urusan memfailkan penyata kewangan berserta dengan pulangan tahunan mereka kerana Jabatan Cukai Pendapatan Belize tidak memerlukan mereka berbuat demikian.

 

Langkah Mendaftarkan Syarikat di Belize

Sekarang anda telah ketahui manfaatnya, maka sudah tiba masanya untuk bergerak ke langkah-langkah yang diperlukan untuk memulakan proses pendaftaran syarikat anda di Belize:

  • Tentukan Nama Syarikat –Setelah memutuskan nama untuk perniagaan anda, anda perlu memeriksa dengan Pendaftaran Perniagaan agar mereka melakukan pencarian nama berkomputer untuk memastikan nama anda masih tersedia.
  • Daftar Syarikat Anda –Syarikat anda mesti mendaftarkan memorandum, artikel persatuan dan statut dengan Pendaftaran Syarikat.
  • Mohon Lesen Perdagangan –Anda kemudiannya perlu membuat permohonan dengan Majlis Bandaraya untuk mendapatkan lesen perdagangan. Inspektor Majlis akan datang untuk memeriksa premis anda dan mengemukakan penemuan kepada lembaga lesen perdagangan untuk kelulusan.
  • Dapatkan Cap Mohor Syaikat – Ini boleh dilakukan di mana-mana kedai alat tulis di Belize.
  • Daftar Cukai Perniagaan –Daftar syarikat anda di Belize dengan pihak berkuasa cukai pendapatan. Anda juga mesti mendaftarkan syarikat dengan pihak berkuasa cukai perkhidmatan umum dan mengemukakan dokumen pematuhan yang berkaitan.
  • Daftar Pekerja Anda –Mana-mana pekerja yang menyertai syarikat anda perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Keselamatan Sosial di Belize.

 

Daftar Syarikat di Belize