This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Daftar Syarikat di Israel

Register Company in IsraelPerkara pertama yang perlu anda ketahui sebagai pelabur yang berfikir tentang menubuhkan dan menjalankan sebuah syarikat di Israel adalah ia bakal menjadi satu jenis dunia perniagaan yang berbeza dari sesuatu yang mungkin sudah anda kenali.

Apa yang unik mengenai pasaran perniagaan di Israel ialah terdapat peluang perniagaan untuk disesuai dengan banyak jenis gaya hidup, bahkan yang khusus yang mampu menawarkan peluang untuk diraih.

 

Mendaftar syarikat di Israel – Apa perlu anda ketahui

Mendaftarkan sebuah syarikat di Israel memerlukan sejumlah dokumen untuk melakukannnya. Dan kerana Bahasa Inggeris bukan salah satu bahasa utama di rantau tersebut, beberapa terjemahan dokumen rasmi mungkin perlu anda persiapkan.

Perkara pertama yang perlu anda ketahui tentang memulakan perniagaan di Israel ialah bahasa rasmi negara tersebut adalah Bahasa Ibrani atau Hebrew dan Arab. Tetapi walaupun itu keadaannya, dokumen korporat dalam Bahasa Inggeris masih akan diterima oleh Pendaftar Syarikat.

Bagaimanapun, Pendaftar Syarikat akan menghendaki Perkara Pertubuhan diterjemahkan ke dalam Bahasa Ibrani, jadi bantuan dari sebuah syarikat perkhidmatan profesional adalah cara terbaik untuk melakukan perkara tersebut demi memastikan semua dokumen diterjemahkan secara tepat dan sewajarnya.

Sebuah syarikat yang telah memperbadan pejabat boleh menubuhkan pejabat cawangan atau pejabat tempatan di Israel, selagi cawangan atau pejabat tempatan ini didaftarkan sebagai syarikat asing dengan Pendaftar Syarikat dalam masa satu bulan penubuhannya.

Pelabur boleh memilih untuk menubuhkan perniagaan sebagai syarikat liabiliti terhad persendirian, syarikat awam berhad, syarikat asing, bekerja sendiri, perkongsian, syarikat bukan keuntungan, perbadanan atau pejabat cawangan.

 

Mendaftar syarikat di Israel – Langkah-langkah perlu anda ambil

Proses mendaftarkan sebuah syarikat di Israel pada dasarnya mengikut jenis format yang sama. Untuk mendaftarkan syarikat di Israel, pelabur perlu melengkapkan langkah-langkah berikut:

  • Pastikan dokumen pendaftaran syarikat telah disahkan oleh seorang peguam secara rasmi. Dokumen yang diperlukan adalah Borang No. 1, Memorandum Persatuan, Perkara Persatuan yang telah ditandatangani oleh para pemegang saham dan afidavit penyataan kecekapan dari Pengarah untuk mula berkhidmat.
  • Failkan dokumen yang diperlukan dengan pendaftar syarikat di Kementerian Kehakiman
  • Daftar untuk cukai di Kementerian Kewangan, Jabatan Cukai Pendapatan dan Institut Insurans Kebangsaan. Tiada yuran pendaftaran biasanya dikenakan untuk proses ini. Anda perlu membawa salinan dokumen pendaftaran.
  • Daftar untuk VAT di Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam dan Jabatan VAT

 

Semasa mendaftar di Jabatan VAT, pihak berkuasa biasanya akan memerlukan butiran akaun bank anda maka simpan semua dokumen berguna dengan baik. Sediakan semua yang anda perlukan terlebih dahulu bagi memastikan proses pendaftaran menjadi lebih lancar.

Semua perniagaan yang didaftarkan di Israel mestilah memperbaharui pendaftaran perniagaan pada setiap tahun. Kerana kertas kerja yang terlibat dan terjemahan yang perlu dilakukan, adalah dinasihatkan bagi calon pelabur mendapatkan bantuan dari syarikat perkhidmatan profesional untuk menjadikan urusan lebih mudah.

 

Daftar Syarikat di Israel

Untuk permintaan sebut harga dan maklumat lanjut mengenai Daftar Syarikat di Israel, sila e-mel kepada kami di [email protected] dan kami akan menjawab dengan segera dalam tempoh 24 jam.