This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Daftar Syarikat di Mexico

Register Company in MexicoMengapa Mendaftar Syarikat di Mexico?

Terletak di Amerika Utara, Mexico bersempadan dengan Amerika Syarikat, Belize, dan Guatemala. Mexico menempatkan hampir 130 juta penduduk di mana jumlah penduduknya bersamaan dengan 1.7% daripada jumlah penduduk dunia. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menilai Mexico sebagai ekonomi ke-15 terbesar di dunia manakala penganalisis Bank Dunia meramalkan bahawa ekonomi Mexico akan naik menjadi kelima terbesar dunia menjelang 2050.

Di samping itu, ekonomi Mexico adalah ekonomi terbesar di Amerika Latin, selepas Brazil. Kelebihan memiliki saiz pasaran yang sama dengan seluruh Eropah Barat dengan populasi lebih dari 130 juta telah memperkukuhkan lagi Mexico sebagai salah satu hotbed pelaburan di rantau ini. Ramai pelabur asing juga akan mempertimbangkan Mexico apabila mereka mahu mengembangkan portfolio perniagaan mereka secara global.

 

Bagaimana Mendaftar Syarikat di Mexico?

Persekitaran perniagaan yang bersemangat di Mexico telah menarik banyak pelabur asing untuk meneroka ke negara ini, sama ada melabur di sini atau menubuhkan syarikat asing mereka di Mexico. Sama seperti bidang kuasa lain, terdapat beberapa prosedur dan yuran yang terlibat dalam penubuhan syarikat. Di Mexico, para pelabur tidak perlu menjadi penduduk Mexico, dan pemohon juga tidak perlu pergi ke Mexico ketika mendaftarkan sebuah syarikat.

Inilah panduan sebagai bimbingan tentang pendaftaran sebuah syarikat di Mexico.

  1. Tentukan jenis perniagaan:Jenis perniagaan biasa di Mexico adalah seperti berikut:
    • Perbadanan Saham Liabiliti Terhad (Sociedad Anónima, S.A.) – Ia adalah jenis perniagaan yang paling biasa di Mexico, yang mungkin mengadaptasikan bentuk syarikat modal tetap atau syarikat modal yang berubah-ubah (SA de C. V) selagi jumlah modal tidak turun di bawah $ 50,000.00 peso. Sekurang-kurangnya dua pemegang saham (yang sahamnya boleh dipindahhakkan melalui pengesahan) diperlukan untuk pendaftaran. Modal tetap minimum yang diperlukan ialah $50,000.00 pesos.
    • Syarikat Liabiliti Terhad (Sociedad de Responsabilidad Limitada, S.R.L.) – Syarikat ini serupa dengan syarikat tertutup di Amerika Syarikat. Modal minimum $3,000.00 peso diperlukan untuk tujuan penubuhan syarikat dan ramai yang memilih jenis syarikat ini untuk mengurangkan liabiliti cukai mereka di Amerika Syarikat.
    • Perusahaan Awam (Sociedad Civil, S.C.) – Jenis perniagaan ini adalah penyedia perkhidmatan termasuk peguam dan akauntan. Tiada keperluan modal minimum dan tidak ada batasan bilangan rakan kongsi dalam sociedad civil.
    • Cawangan (Sucursal) – Sebuah pejabat cawangan adalah alternatif lain untuk sebuah syarikat asing yang beroperasi di Mexico. Semua cawangan mesti mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Negara bagi Pelaburan Asing dan Kementerian Perhubungan Luar Negara, dan cawangan tersebut mesti didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan Awam.
    • Subsidiari (Subsidiario) – Ini pula satu lagi pilihan untuk sebuah syarikat asing untuk menjalankan perniagaan di Mexico. Sesuatu subsidiari sebenarnya merupakan entiti undang-undang yang berasingan dari syarikat induk di luar negara. Menubuhkan anak syarikat Mexico melindungi syarikat induk dari liabiliti.
  2. Namakan syarikat:Putuskan nama perbadanan dan daftarkannya dengan Secretaria de Relaciones Exteriores (SRE). Sebelum kelulusan, SRE akan menjalankan semakan nama untuk nama korporat yang dicadangkan dalam usaha mengelakkannya bertindan. Langkah seterusnya ialah mendapatkan permit dari Kementerian Luar Negeri (“MFA”) untuk nama korporat syarikat.
  3. Perbadankan Syarikat:
    • Laksanakan surat ikatan pemerbadanan – Notari awam diperlukan untuk membuat surat ikatan pemerbadanan. Surat ikatan tersebut termasuk nama syarikat yang diluluskan, jenis perniagaan, kegiatan perniagaan yang dimaksudkan, dan nama, alamat serta pemilikan saham pemilik
    • Jalankan Mesyuarat Pemegang Saham Biasa / Rakan Kongsi Biasa – Tujuan mesyuarat tersebut adalah:
      • Untuk menyelesaikan struktur stok modal;
      • Untuk melantik seorang Pentadbir Tunggal atau Lembaga Pengarah;
      • Untuk melantik sekurang-kurangnya satu “Pemeriksa” (juruaudit berkanun) untuk memantau pentadbiran Syarikat bagi pihak pemegang saham (dalam hal S.A.);
      • Untuk melantik seorang Pengurus Besar, dan mana-mana pegawai atau ejen lain.

      Harap maklum bahawa Pentadbir Tunggal atau mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah boleh diadakan di dalam atau di luar Mexico. Jika Pentadbir Tunggal atau Pengarah bukan warga Mexico, mereka perlukan permit migrasi jika mereka akan bertindak di Mexico. Pemeriksa (dalam kes S.A.) biasanya seorang akauntan dari firma yang secara kerap mengaudit syarikat (Seorang timbalan pemeriksa boleh dilantik jika jawatan ini tidak dapat diwakilkan secara sukarela)

    • Failkan domisili ikatan awam syarikat yang mengandungi artikel pemerbadanan sebelum Pendaftaran Perniagaan Awam syarikat tersebut.
  4. Pendaftaran PercukaianSemua syarikat mesti mendaftar dengan Pendaftar Pembayar Cukai Persekutuan (Registro Federal de Contribuyentes, RFC) di Urusetia Kewangan dan Kredit Awam (Secretarize de Hacienda y Crédito Público, Hacienda) sejurus selepas diperbadankan. Nombor RFC syarikat adalah diperlukan untuk semua rekod cukai dan perakaunan dan adalah wajib bagi syarikat untuk mencetaknya pada semua invois syarikat.Pada nota akhir, Mexico adalah seperti negara yang kaya dengan peluang bagi menyaingi mana-mana pasaran baru di rantau tersebut. Kos buruh yang rendah, infrastruktur canggih dan persekitaran perniagaan yang disokong kerajaan adalah sebab-sebab yang menempatkan Mexico sebagai salah satu titik hangat pelaburan di rantau tersebut. Jika anda tidak sabar-sabar untuk mengembangkan perniagaan anda di pasaran global, Mexico adalah pilihan yang baik untuk anda melabur di luar negara.

 

Daftar Syarikat di Mexico

Untuk memohon sebut harga dan maklumat lanjut tentan Pendaftaran Syarikat di Mexico, sila emel kami di [email protected] dan kami akan membalas dengan segera dalam tempoh 24 jam.