This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Pelabur Asing Berminat Untuk Mendaftar Syarikat di Emiriah Arab Bersatu
Emiriah Arab Besatu atau UAE merupakan salah satu negara yang kaya di Timur Tengah. Tidak mengejutkan, ramai pelabur asing yang kepingin memulakan pelaburan di Emiriah Arab Bersatu. Jika anda ingin melabur di negara itu, anda mungkin perlu belajar dahulu mengapa anda harus mendaftar syarikat di Emiriah Arab Bersatu.
Mengapa Pilih Untuk Mendaftar Syarikat di Emiriah Arab Bersatu?
Pelaburan dalam negara ini membolehkan anda mendapat akses kepada pasaran berhampiran seperti negara-negara Arab dan negara-negara lain di Timur Tengah. Ini bermakna anda tidak akan mendapatinya sukar bagi melakukan perniagaan dan menjana keuntungan bagi syarikat anda.
Kerajaan Emiriah Arab Bersatu telah memudahkan langkah bagi pelabur asing membawa masuk pelaburan melalui proses pendaftaran syarikat. Pelabur asing boleh mengharapkan beberapa faedah kewangan sekiranya mereka membuat pelaburan signifikan di negara ini. Antara faedah kewangan ini termasuklah kelebihan cukai yang menjadikannya lumayan bagi para pelabur asing untuk tinggal serta melakukan urusan perniagaan.
Faedah Kewangan
Emiriah Arab Bersatu dikenali kerana memberikan pelbagai kelebihan kewangan kepada pelabur asing yang memulakan syarikat di dalam wilayahnya. Satu kelebihan ketara ialah di mana pelabur asing dapat mengekal pemilikan penuh ke atas mana-mana syarikat yang mereka tubuhkan di dalam negara tersebut.
Satu lagi kelebihan ialah di mana pelabur asing bebas daripada cukai korporat sehingga tempoh 50 tahun. Mereka dibenarkan melakukan urusan import dan eksport barangan tanpa membayar sejumlah cukai ke atas duti.
Pelabur asing seperti anda tentu lega mengetahui bahawa terdapat sifar kawalan pertukaran. Anda boleh membawa keluar modal dan keuntungan daripada Emiriah Arab Bersatu jika anda mahu. Sekiranya anda perlu menduduki pejabat, kilang, atau gudang, anda boleh memohon untuknya juga.
Ini menjadikannya menarik untuk orang asing mendaftar syarikat di Emiriah Arab Bersatu.
Bagaimana Mengambil Pekerja
Kerajaan Emiriah Arab Bersatu menyokong pelabur asing yang perlukan bantuan dalam mendapatkan khidmat tenaga pekerja berkemahiran atau perlukan tajaan. Ini bermakna anda juga dapat membawa tenaga buruh asing jika mereka punyai kemahiran yang anda perlukan buat perniagaan anda. Ini turut terpakai jika anda mencari kediaman sesuai untuk diri sendiri dan juga kakitangan anda.
Pelabur asing menikmati kelebihan tanpa had bagi memohon visa pekerjaan untuk kakitangan syarikat. Anda juga boleh membawa masuk pekerja asing sekiranya anda memerlukan kerana dasar kerajaan yang liberal ini.
Daftar Syarikat di Emiriah Arab Bersatu Dalam Industri Tertentu
Kerajaan mengutamakan sebilangan industri utama yang akan mendaftar syarikat di Emiriah Arab Bersatu. Antara sektor yang mendapat perhatian khusus ialah:
- Pengangkutan
- Perkhidmatan minyak dan gas
- Perniagaan makanan
- Industri keluli
- Industri kimia
- Bahan binaan
- Petrokimia
Syarikat yang terlibat dalam bidang-bidang ini termasuk dalam zon-zon industri utama yang akan ditentukan kerajaan kepada pelabur asing.
Bagaimana Mendaftar Syarikat di Emiriah Arab Bersatu
Kerajaan telah menjadikan proses pendaftaran syarikat di Emiriah Arab Bersatu amat mudah bagi pelabur asing. Berikut adalah langkah yang anda perlu lalui:
- Dapatkan khidmat seorang penaja yang boleh dipercayai.
- Upah penterjemah profesional bagi menterjemah dokumen korporat ke Bahasa Arab.
- Hantarkan dokumen kepada Kementerian Luar Negeri.
- Dapatkan kelulusan awal daripada sama ada Jabatan Pembangunan Ekonomi atau daripada
- Pihak Berkuasa Zon Bebas Emiriah. (Nota: Emiriah Arab Bersatu terdiri daripada beberapa emiriah atau negara, jadi anda perlu perincikan di emiriah mana perniagaan anda akan berpangkalan).
- Terima permit perniagaan anda.
- Buka akaun bank tempatan untuk perniagaan.
- Perincikan sama ada anda memohon lesen profesional, lesen industri, atau lesen perdagangan
Anda kemudian boleh memulakan syarikat anda, dengan syarat anda telah memenuhi semua keperluan dalam setiap langkah.
Sekiranya anda mendapati langkah itu sukar, anda boleh dapatkan bantuan daripada 3E Accounting. Terus sahaja menghubungi kami untuk membekalkan perkhidmatan perniagaan (seperti penubuhan syarikat) yang anda perlukan di Emiriah Arab Bersatu.