This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Pendaftaran Pejabat Cawangan Di Malaysia
Pendaftaran pejabat cawangan merupakan satu langkah perniagaan yang seringkali dilakukan oleh syarikat asing yang hanya melakukan operasi di Malaysia untuk tempoh jangka pendek dan tidak menjalankan perniagaan borong atau jualan runcit. Pejabat cawangan bagi sesuatu syarikat asing dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) pemastautin di Malaysia sebagai agen bertauliah di Malaysia untuk menerima bagi pihak syarikat semua proses khidmat dan sebarang dokumen yang perlu dihantar syarikat tersebut. Agen yang dilantik perlu bertanggungjawab bagi akta, perkara dan ketetapan yang perlu dilaksana syarikat asing terbabit di bawah Akta Syarikat dan akan menanggung secara peribadi segala penalti yang dikenakan ke atas syarikat asing bagi sebarang pelanggaran terhadap Akta Syarikat.
Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan kepada SSM seperti yang tertera dalam jadual bayaran berikut:
MODAL SAHAM YANG DIBENARKAN (RM) | BAYARAN (RM) |
Sehingga 1,000,000 | 5,000 |
1,000,001 – 10 Million | 20,000 |
10,000,001 – 50 Million | 40,000 |
50,000,001 – 100 Million | 60,000 |
100 Million dan lebih | 70,000 |
1. Di dalam menentukan kadar bayaran pendaftaran, saham modal nominal samada yang dikeluarkan atau dibayar oleh syarikat asing perlu terlebih dahulu ditukarkan kepada matawang Malaysia (Ringgit Malaysia) pada kadar tukaran semasa.
2. Dalam keadaan di mana syarikat asing tidak mengeluarkan sebarang modal saham, kadar rata sebanyak RM70,000.00 perlu dibayar kepada SSM.
Sila ambil perhatian bahawa syarikat asing kecil dan bersaiz sederhana mendaftar anak syarikatnya di Malaysia berbanding membuka pejabat cawangan atau pejabat perwakilan.
Sebuah Pejabat Cawangan Malaysia dianggap syarikat bukan pemastautin bagi tujuan cukai. Syarikat bukan pemastautin tidak layak mendapatkan insentif cukai bagi syarikat permulaan ataupun syarikat pemastautin baru. Selain itu, cukai pegangan sebanyak 10% + 3% adalah terpakai bagi pembayaran yang dibuat kepada cawangan bagi tujuan perkhidmatan di Malaysia (selaku cawangan bukan pemastautin bagi tujuan cukai). Dalam hal ini, kebanyakan syarikat asing lebih gemar menubuhkan Anak Syarikat berbanding Pejabat Cawangan.
Bagi meninjau opsyen-opsyen lain, lihat juga pilihan penubuhan bagi syarikat asing di Malaysia.
Disebabkan alasan yang diberikan di atas serta pilihan yang dibuat klien bagi membentuk anak syarikat berbanding pejabat cawangan, kami tidak lagi menawarkan perkhidmatan pendaftaran cawangan kepada para pelanggan kami.