This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Hasilkan Buku Panduan Pekerja Syarikat Anda
Sudahkah syarikat anda memiliki buku panduan pekerja? Bagi syarikat yang masih belum memiliki buku panduan pekerja, amat mustahak bagi menghasilkannya.
Mengapa buku panduan pekerja mustahak?
Buku panduan pekerja adalah sebahagian penting daripada mana-mana syarikat. Buku panduan pekerja bukan sekadar memberi peluang pekerja baharu meninjau falsafah serta peraturan kerja syarikat, ia juga memberi bimbingan kepada para pekerja baharu yang memulakan hari pertama mereka agar berada di landasan yang betul.
Buku panduan pekerja lebih dari sekadar bimbingan dan tinjauan tentang syarikat. Ia juga merupakan cara syarikat melindungi haknya dan ini dilakukan dengan menggariskan peraturan syarikat ke atas pekerja agar mereka mematuhinya.
Buku panduan pekerja juga berguna dalam memastikan hubungan pekerja anda kekal konsisten. Dengan bantuan buku panduan, harapan di tempat kerja dapat diterangkan dengan jelas dan kedua-dua pekerja baharu dan yang sedia akan dapat menjangkakan apa yang dikehendaki syarikat apabila mereka membaca buku panduan tersebut dengan terperinci.
Perkara yang disertakan di dalam buku panduan pekerja
Sekiranya anda baru sahaja memulakan usaha menghasilkan buku panduan syarikat anda, berikut adalah perkara yang harus anda masukkan ke dalam buku panduan tersebut:
- Kenyataan pekerjaan mengikut kehendak (employment at will)
- Kenyataan peluang pekerjaan setara
- Apakah kepatuhan kepada undang-undang imigresen
- Apakah kenyatan tanpa pendedahan
- Definisi kategori-kategori pekerjaan
- Apakah prosedur standard amalan dan tindakan disiplin
- Apakah pilihan faedah pekerja
- Apakah pilihan cuti pekerja anda
- Dasar-dasar keadaan kerja
- Penggunaan media sosial, komputer dan emel
- Borang perakuan
Buku panduan pekerja yang disiapkan dengan sempurna merangkumi semua isu perundangan yang mungkin atau mungkin tidak berbangkit di tempat kerja. Setiap buku panduan tentu sekali tidak sama kerana setiap syarikat memiliki perniagaan yang berbeza dan segala perniagaan tentu sahaja hadir dengan peraturan, budaya, nilai dan amalan yang berbeza-beza yang harus dipatuhi para pekerjanya.
Bagaimana menyediakan buku panduan pekerja
Untuk memulakan buku panduan kerja, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:
- Kumpul semua memorandum dan segala dasar sedia ada yang ditulis pada terma dan syarat pengambilan pekerja
- Tentukan jumlah pekerja, di mana pekerja beroperasi dan undang-undang yang terpakai
- Tanyakan kepada majikan tentang sebarang polisi dan prosedur tidak ditulis yang mereka mahu pekerja mengetahui tentangnya
- Kumpul semua salinan pelan faedah pekerja
- Temui semua pengarah bagi membincangkan sama ada terdapat keperluan bagi polisi baharu semasa atau pada masa hadapan
- Tentukan bahasa yang dicadangkan untuk dasar mandatori dan disyorkan yang belum dilaksana
- Dan akhirnya, tinjau kembali semua dasar bagi kepatuhan undang-undang
Satu perkara yang perlu diingati di dalam menyiapkan buku panduan pekerja ialah mengelakkan buku panduan tersebut terlalu panjang. Sekiranya ia panjang berjela-jela, barangkali pekerja anda tidak akan berminat mentelaahnya dengan terperinci, maka tujuan menghasilkan buku tersebut tentu tergendala. Hasilkan buku dengan isi secukupnya dengan memasukkan segala maklumat penting yang perlu disertakan sahaja.
3E Accounting memiliki kepakaran yang anda perlukan bagi membantu dan membimbing anda dalam menghasilkan buku panduan pekerja yang sempurna berbekalkan pengalaman dan kelayakan yang ada pada pakar-pakar bersekutu kami. Hubungi kami untuk mengetahui selanjutnya!