This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Menderaf Kontrak Pekerjaan
Kontrak Pekerjaan turut dikenali sebagai Kontrak Perkhidmatan. Ia merupakan perjanjian yang diperakui oleh majikan dan pekerja di mana terma-terma serta syarat kontrak tersebut harus ditakrifkan dengan jelas pada setiap masa.
Terma dan syarat kontrak pekerjaan seringkali boleh dirunding di antara majikan dan pekerja selagi kedua-dua pihak sedar tentang undang-undang buruh yang mengawal selia terma berkanun bagi pekerjaan.
Di bawah ini disertakan terma-terma utama yang selalunya dimasukkan ke dalam kontrak pekerjaan:
• Tarikh permulaan pekerjaan
• Jawatan dan skop pekerjaan bagi pekerja
• Jumlah jam berkerja yang diperlukan
• Tempoh percubaan yang ditentukan
• Pakej renumerasi
• Senarai faedah pekerja
• Tempoh notis pemberhentian
• Kod amalan pekerja
• Sumbangan KWSP
Kontrak pekerjaan adalah dokumen mustahak kerana ia melindungi hak pekerja dan memastikan mereka mendapat layanan adil yang sewajarnya. Kesemua pekerja tanpa mengira warganegara mereka, yang berada di bawah kontrak perkhidmatan pekerja dilindungi oleh Akta Pekerjaan.
Bagi majikan yang menggaji pekerja asing, mereka perlu memastikan bahawa pas pekerja atau permit kerja adalah lengkap sebelum mendapatkan khidmat pekerja asing. Majikan perlu membayar levi bulanan bagi kelas tertentu pekerja asing dan mengambil perhatian berhubung kuota yang ditentukan undang-undang yang menghadkan jumlah pekerja asing yang boleh digaji oleh majikan.
Kontrak pekerjaan yang dibuat dengan baik menarik lebih ramai bakat ke sesuatu syarikat dan membantu mengembang perniagaan. Inilah sebabnya mengapa menderaf kontrak pekerjaan merupakan satu tugasan yang perlu dipertimbangkan secara serius.
Kontrak pekerjaan paling sesuai dideraf oleh pembekal perkhidmatan profesional kerana mereka hadir dengan pengalaman yang diperlukan bagi memastikan ianya dilakukan dengan betul. Golongan profesional mampu memberi nasihat yang baik berhubung hak dan tanggungjawab anda selaku majikan.
3E Accounting memahami bertapa pentingnya menderaf kontrak pekerjaan yang sempurna dan kami lebih daripada bersedia bagi memberi anda bimbingan yang diperlukan untuk menghasilkan kontrak pekerjaan yang terbaik. Untuk maklumat selanjutnya, hubungi kami hari ini.