This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Penamatan Pekerjaan di Malaysia
Menurut Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia, penamatan pekerjaan bermakna “pemberhentian perkhidmatan akibat penutupan syarikat dan pekerja yang berlebihan”. Daripada definisi tadi, “situasi berlebihan pekerja” berlaku kerana beberapa sebab termasuk penstrukturan semula korporat, pengurangan pengeluaran, penggabungan, perubahan dalam teknologi, pengambilalihan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, penamatan perkhidmatan disebabkan tindakan tatatertib dan pemberhentian pekerja masih belum dihuraikan.
Apa yang perlu anda lakukan (untuk majikan)
Sama ada proses pemberhentian berlaku serta-merta, atau dengan memberikan tempoh notis yang dipersetujui secara kontrak, majikan mestilah mengemukakan sebab atau alasan munasabah untuk pemecatan atau penamatan. Pada asasnya, terdapat dua jenis pemecatan – pemecatan langsung dan pemecatan konstruktif.
- Pemecatan langsung– ianya merupakan keadaan di mana majikan memutuskan untuk menamatkan pekerjaan dan memberhentikan pekerja, biasanya melalui surat penamatan rasmi. Seringkali, mahkamah memberikan majikan ruang yang mencukupi untuk keputusan [pengurusan] dibuat bagi perniagaan syarikat, termasuk pemberhentian pekerja. Mahkamah hanya akan mencampuri keputusan pemberhentian kerja secara langsung jika terbukti tidak adil.
- Pemecatan konstruktif– kes pemecatan yang lebih sulit di mana ia melibatkan situasi seperti majikan telah menunjukkan niat untuk tidak meneruskan hubungan kerja. Oleh itu, seorang pekerja berhak untuk menganggap kontrak tersebut sebagai telah ditamatkan oleh majikan, dan bahawa dia telah diberhentikan kerja. Situasi sedemikian ialah apa yang dipanggil sebagai pemecatan konstruktif.
Bilakah pekerja diberhentikan?
Sebaik-baiknya, hubungan antara majikan dan pekerja tidak perlu membawa kepada penamatan hubungan pekerjaan. Walau bagaimanapun, secara realiti, hubungan pekerjaan perlu ditamatkan kerana pelbagai alasan.
Antara alasannya termasuklah:
- Salah laku pekerja
- Prestasi kerja yang lemah
Seorang majikan hendaklah mampu membuktikan bahawa pemecatan itu bersifat adil secara substantif serta menurut prosedur. Adil secara substansif bermaksud bahawa mesti ada alasan yang membawa kepada keputusan untuk memberhentikan pekerja. Keadilan prosedur bermakna pelaksanaan praktikal bagi proses pemecatan, yang merangkumi siasatan dalaman.
Elemen siasatan dalaman
Siasatan dalaman adalah siasatan yang dipimpin oleh majikan bertujuan untuk menemukan fakta dan maklumat tentang keadaan [di mana majikan telah dituduh] melakukan kesalahan. Dalam kes siasatan dalaman, pekerja tersebut akan menerima surat ‘tunjuk sebab’ yang meminta penjelasan mengenai salah laku yang didakwa. Siasatan dalaman yang lebih formal akan dijalankan jika respon daripada pekerja tersebut tidak memuaskan. Sila ambil perhatian bahawa siasatan dalaman adalah semata-mata proses pengumpulan maklumat di mana ia tidak melibatkan keputusan menyabitkan kesalahan atau menjatuh hukuman.
Sebelum pemberhentian pekerja, majikan perlu memastikan bahawa mereka mempunyai alasan yang sewajarnya. Kegagalan memberi alasan sewajarnya dalam kes pemberhentian akan membawa kepada pemecatan tidak adil di mana ia mempunyai implikasi yang besar terhadap majikan dan pekerja.
3E Accounting Malaysia memiliki pasukan profesional bukan sahaja dalam bidang perakaunan tetapi juga hal-ehwal sumber manusia. Anda boleh sentiasa mendapatkan khidmat 3E Accounting di mana kami akan memberikan nasihat yang tepat dan kami memiliki ahli gabungan dengan kemahiran bagi membantu majikan menyelesaikan kes seperti di atas. Hubungi kami hari ini atau hantar emel kepada kami di [email protected] untuk berbincang lebih lanjut tentang bagaimana kami dapat membantu anda.