This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perundingan Dan Nasihat Sumber Manusia Di Malaysia Adalah Mustahak Dalam Menjanjikan Kejayaan Syarikat. Ketahui Bagaimana Kami Boleh Membantu Anda Hari Ini!

Perkhidmatan Perundingan Dan Nasihat Sumber Manusia (Hr) Di MalaysiaSekiranya anda memiliki perniagaan di Malaysia dan ingin meningkatkan tahapnya ke peringkat lebih tinggi, usah mencari-cari lagi. Perkhidmatan perundingan dan nasihat 3E Accounting Malaysia sentiasa di sini bagi menawarkan bantuan. Firma unggul kami dengan golongan profesional terlatihnya memiliki pengetahuan mendalam bagi membina dan menguruskan perniagaan dengan jaminan kejayaan. Kami membantu klien kami memenuhi sasaran perniagaan dan mencapai potensi sewajarnya. Kami memiliki rekod yang terbukti dengan syarikat-syarikat yang berjaya serta klien yang sangat berpuasa hati di serata dunia. Perkhidmatan perundingan dan nasihat Sumber Manusia 3E Accounting di Malaysia akan melonjakkan perniagaan anda ke aras tertinggi dalam sekelip mata!

 

 

 

Adakah Pengambilan Kepakaran Luar Langkah Yang Bijak?

Penggunaan kepakaran sumber manusia luar dan khidmat nasihat kini digunapakai oleh pelbagai syarikat pada setiap hari. Kos yang tinggi diperlukan bagi melabur dalam jabatan Sumber Manusia; dan pada masa yang sama, tenaga dan sumber kewangan perlu disalurkan kepada perniagaan anda. Apabila anda memilih pengunaan kepakaran luar, pakar-pakar seperti pasukan perunding dan penasihat undang-undang kami akan menjalankan kerja secara lancar. Kerana inilah 3E Accounting menawarkan perkhidmatan perundingan dan nasihat Sumber Manusia yang terbaik di Malaysia.

 

3E Accounting membantu klien kami memenuhi sasaran perniagaan dan mencapai potensi sewajarnya.

 

Khidmat Perundingan Dan Nasihat Sumber Manusia 3E Accounting Malaysia

Perkhidmatan perundingan dan nasihat Sumber Manusia 3E Accounting menjalin kerjasama yang erat dengan para klien bagi membantu mereka mencapai keberhasilan yang terbaik. Kami bangga kerana menawarkan perkhidmatan yang memberi penjimatan, yang turut merangkumi:

  • Kemasukan Baru (Onboarding).
    Skop kerja, tanggungjawab, kemahiran dan keperluan akan dibangunkan dan diterbitkan secara sewajarnya bagi memenuhi keperluan syarikat anda. Kami akan bertanggungjawab bagi mengenal pasti, menarik minat, menyaring dan mengambil pekerja terbaik yang memenuhi segala kriteria bagi meneruskan kemajuan syarikat anda ke arah yang dikehendaki.
  • Latihan dan Pembangunan.
    Kami membangunkan program pendidikan kemasukan baru (onboarding) bagi membantu bakat baru memahami dengan sepenuhnya skop kerja mereka dan juga jangkaan yang perlu dipenuhi. Kami menggalakkan kakitangan berasa lebih yakin dengan jawatan mereka ketika mereka berdepan lebih banyak cabaran dalam persekitaran kerja mereka. Kami mahu tenaga kerja berasa mereka berada di tahap tertinggi, yang akan meningkatkan keyakinan diri dan menambah pengeluaran di tempat kerja. Kakitangan yang berpuas hati dan bahagia meningkatkan pencapaian optimum dalam bekerja.
  • Dokumentasi.
    Penghasilan kertas kerja memang memenatkan dan mendatangkan risiko kepada perniagaan sekiranya tidak ditangani dengan sebaiknya. Segala dokumentasi, bermula daripada menderaf kontrak perkhidmatan, membangunkan perjanjian, menulis surat rasmi dan buku tatakerja (handbook), terma dan syarat syarat, menghasilkan aplikasi dan proses pembayaran gaji akan diuruskan oleh Sumber Manusia. Pasukan kami akan memastikan segala kertas kerja anda dan proses dokumentasi akan mematuhi undang-undang dan standard tempatan.
  • Bimbingan dan khidmat kaunseling.
    Aspek mustahak dalam Sumber Manusia adalah bimbingan dan khidmat kaunseling. Sering kali, apabila para pekerja dibebani tugas dan berasa kecewa, Sumber Manusia akan memberi bimbingan kepada mereka melepasi cabaran di samping menawarkan nasihat serta cara menyelesaikan masalah. Sumber Manusia menaikkan semangat pekerja dan menyokong budaya kerja sederhana (moderat) di dalam sesuatu organisasi.

…dan lain-lain fungsi teras Sumber Manusia. Pakar-pakar kami dalam bidang audit, perakaunan, percukaian dan undang-undang bekerjasama dalam memberikan perkhidmatan paling komprehensif kepada anda.

 

Di Mana Saya Boleh Bermula?

Sumber Manusia merupakan teras kepada sesuatu perniagaan; Sumber Manusia memainkan peranan merungkai masalah, sebagai kaunselor, penasihat perundangan, orang tengah, jurucakap dan pelbagai lagi. Perkhidmatan perundingan dan nasihat Sumber Manusia 3E Accounting di Malaysia menawarkan sokongan pentadbiran kepada majikan dan kakitangan bagi memastikan persekitaran kondusif dan berprestasi tinggi di sesebuah syarikat. Kami mementingkan usaha mencapai misi organisasi anda serta penerapan wawasan syarikat. Buatlah keputusan yang terbaik bagi syarikat anda dan mulakan pengambilan perkhidmatan rundingan dan nasihat Sumber Manusia 3E Accounting di Malaysia hari ini!

Perkhidmatan Perundingan dan Nasihat Sumber Manusia (HR) Di Malaysia