This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Panduan bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (Penubuhan PLT) di Malaysia
Anda boleh menggunakan panduan ini untuk memahami tentang PLT di Malaysia termasuk cara mendaftarkanPLT di Malaysia dan keperluan pematuhan. Pendaftaran PLT secara sendiri melalui Portal MyLLP di www.ssm.com.my mungkin mudah tetapi terdapat banyak keperluan pematuhan yang harus anda patuhi. Kami menggesa anda untuk mendapatkan khidmat 3E Accounting, salah satu syarikat berdaftar di Malaysia yang terkemuka, untuk nasihat dan perundingan profesional dalam menubuhkan PLT anda.
PLT adalah perniagaan alternatif yang dikawal selia di bawah Akta PLT 2012 yang menggabungkan ciri-ciri syarikat dan perkongsian konvensional. PLT menawarkan kelebihan yang serupa dengan Syarikat terhad swasta (Sdn Bhd) seperti Liabiliti Terhad, Kewujudan Perundangan Berkekalan tetapi dengan kos pematuhan yang lebih rendah disebabkan kurangnya pematuhan statutori – tidak wajib memiliki akaun teraudit & melantik Setiausaha Syarikat yang berkelayakan.
Sebelum Anda Daftar PLT di Malaysia
Ketahui maklumat LLP yang berikut yang perlu anda sediakan:
- Nama PLT. Anda perlu dapatkan kelulusan bagi nama PLT baharu anda.
- Rakan-Rakan Kongsi. Anda perlu miliki sekurang-kurangnya dua pekongsi tetapi angka maksima pekongsi tidak dihadkan. Pekongsi boleh terdiri dari individu (orang berkecuali) atau badan korporat atau kombinasi kedua-duanya. Tidak ada keperluan bagi rakan kongsi untuk memiliki tempat kediaman utama atau hanya di Malaysia melainkan rakan-rakan kongsi yang bertindak sebagai pegawai pematuhan PLT
- Pegawai Pematuhan.Di bawah Akta PLT 2012 terdapat keperluan bagi PLT untuk melantik sekurang-kurangnya seorang pegawai pematuhan PLT. Pegawai Pematuhan ini perlu samada di kalangan rakan-rakan kongsi berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan warganegara atau penduduk tetap Malaysia dan sering menetap di Malaysia.
- Alamat berdaftar. Anda perlu memiliki pejabat berdaftar di Malaysia di mana semua komunikasi dan notis dapat dialamatkan. Ia boleh jadi bangunan kediaman atau komersil, tetapi tidak harus sekadar peti pos.
- Percukaian. Pengenaan Cukai PLT adalah serupa dengan Syarikat
- Cukai pendapatan akan dikenakan pada peringkat PLT
- PLT pemastautin di Malaysia, dengan sumbangan modal penuh (samada tunai atau sepertinya) bernilai RM2.5 juta atau kurang pada tempoh asas bagi satu tahun penaksiran boleh menikmati cukai lebih rendah pada kadar 20% bagi setiap RM500,000 pertama yang boleh dikenakan ke atas pendapatannya.
- Semak Percukaian PLT bagi maklumat lanjut.
Lain-Lain Pertimbangan Utama apabila Anda Menubuhkan PLT
Perjanjian Perkongsian
Hak dan kewajipan bersama rakan kongsi PLT dan hak dan kewajipan bersama PLT akan tertakluk kepada perjanjian PLT. Bagaimanapun, tanpa keizinan tentang mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta PLT 2012, peruntukan Jadual Kedua yang berhubungan perkara itu adalah terpakai.
Peruntukan Lalai untuk PLT di bawah Jadual Kedua Akta PLT 2012
- Semua rakan kongsi berhak berkongsi sama rata di dalam modal dan keuntungan PLT
- Semua rakan kongsi berhak mengambil bahagian dalam pengurusan PLT
- Tiada rakan kongsi berhak mendapat penggajian
- Mana-mana perkara berkaitan PLT perlu diputuskan resolusi yang diluluskan majoriti rakan-rakan kongsi dan bagi tujuan ini, setiap rakan kongsi berhak bagi satu undi
Rakan-rakan kongsi PLT disarankan menderaf perjanjian semasa menubuhkan perniagaan PLT untuk mengelakkan pertikaian di antara rakan kongsi.
Pertimbangan utama ketika membuat deraf perjanjian perkongsian
- Hak & peranan rakan kongsi
- Pembahagian keuntungan
- Sumbangan Modal
- Pengurusan dan kawalan perniagaan
- Imbuhan Rakan Kongsi
- Pegangan harta
Perancangan Cukai dan Nasihat Profesional
Perancangan cukai perlu diberi pertimbangan sebelum memulakan perniagaan bagi mencapai keberkesanan cukai:-
- Apakan pengenaan cukai bagi PLT?
- Perlukah semua rakan kongsi diberi hak untuk imbuhan?
- Perbelanjaan apa yang boleh ditolak?
- Apakah hak bagi insentif cukai PLT ?
- Bagaimana implikasi GST ke atas perniagaan saya?
Contoh kes perancangan cukai – memasukkan imbuhan rakan-rakan kongsi di dalam perjanjian perkongsian, atau sebaliknya imbuhan rakan-rakan kongsi tidak dikurangkan dari cukai.
Maklumat dan Dokumen Diperlukan
Pendaftar Syarikat (SSM) memerlukan maklumat dan dokumen berikut:
- Nama PLT yang dicadangkan
- Sifat umum perniagaan PLT yang dicadangkan
- Pejabat berdaftar PLT yang yang dicadangkan
- Nama dan butiran setiap individu yang menjadi rakan kongsi PLT
- Nama dan butiran pegawai pematuhan PLT
- Sekiranya PLT ditubuhkan bagi tujuan mana-mana praktis profesional, permohonan perlu disertakan surat kelulusan dari badan pentadbir seperti yang ditentukan dalam kolum ketiga Jadual Pertama dalam Akta PLT 2012
3E Accounting akan mengumpul dokumen-dokumen berikut bagi membantu penubuhan PLT anda:
Bukan Penduduk (Warga Asing) | Salinan paspot, bukti alamat kediaman luar negara, dan maklumat Know-Your-Client (KYC) lain seperti surat rujukan bank, profil peribadi dan perniagaan, dsb. |
Penduduk Malaysia | Salinan kad pengenalan Malaysia |
Pemegang Saham Entiti Korporat | Salinan dokumen pendaftaran seperti Sijil Pemerbadanan dan Memorandum& Perkara-Perkara Pertubuhan. |
Kami perlukan versi terjemahan dokumen penting dengan sokongan rasmi sekiranya ia tidak di dalam Bahasa Inggeris.
Prosedur Pendaftaran dan Garis Masa
Pendaftaran PLT selalunya mengambil masa 4-7 hari (bergantung ketersediaan sistem Portal MyLLP & pejabat SSM)
Langkah 1: Buat Tempahan bagi Nama PLT anda
Pendaftar perlu meluluskan nama PLT anda sebelum ia didaftarkan. 3E Accounting akan mengisi dan menghantar borang yang diperlukan bagi pihak anda melalui portal MyLLP. Pendaftar Syarikat akan memaklumkan keputusannya kepada anda melalui emel.
Beberapa perkataan akan melambatkan proses kelulusan, termasuk akaun, undang-undang, perundingan yang memberi gambaran PLT ditubuhkan bagi tujuan mengamalkan praktis profesional. Dalam keadaan ini, permohonan perlu disertakan surat kelulusan dari badan pentadbir.
Bagi mempercepat proses, pilih nama yang:
- berbeza dari PLT tempatan sedia ada
- jangan melanggar mana-mana tanda dagangan
- elakkan perkataan lucah, kasar atau biadap
- elakkan nama yang telah ditempah
Nama tersebut disimpan bagi tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh kelulusan oleh pendaftar.
Langkah 2: Daftar PLT
Selepas Pendaftar meluluskan nama PLT anda, 3E Accounting akan memulakan proses pendaftaran PLT. Anda perlu buat bayaran RM500 kepada Pendaftar sebagai yuran pendaftaran. Yuran ini termasuk di dalam Pakej Persediaan PLT yang dibekalkan 3E Accounting.
Langkah 3: Permohonan bagi Sijil Pendaftaran & Profil Perniagaan
Sijil Pendaftaran
Anda akan mendapat emel dari Pendaftar memaklumkan kejayaan pendaftaran PLT anda. Emel ini mengesahkan PLT anda telah diperbadankan dengan Nombor Pendaftaran PLT. 3E Accounting akan membantu anda memohon sijil pendaftaran dari Pendaftar, dengan yuran yang perlu dibayar kepada SSM berjumlah RM20 senaskah. Masa pemprosesan ialah dari 3 ke 5 hari bekerja.
Profil Perniagaan
Pendaftar akan mewujudkan profil perniagaan bagi PLT anda selepas proses pendaftaran dilengkapkan. 3E Accounting akan mengesahkan ini bagi anda. Profil perniagaan yang dikeluarkan Pendaftar merangkumi maklumat penting berikut:
- Nama PLT dan nombor pendaftaran
- Nama syarikat lama, sekiranya ada
- Tarikh pendaftaran
- Sifat perniagaan
- Alamat berdaftar
- Alamat bagi lokasi perniagaan
- Butiran rakan-rakan kongsi
- Butiran Pegawai Pematuhan
Selepas anda memiliki sijil pendaftaran dan profil perniagaan, anda boleh teruskan dengan semua urusan undang-undang dan kontrak yang perlu dilakukan di Malaysia. Anda mungkin perlu membuka akaun bank korporat, menyewa ruang pejabat dan membuka akaun telepon dan Internet. Minta bantuan 3E Accounting bagi melakukan urusan-urusan ini.
3E Accounting turut menawarkan khidmat profesional selain Persediaan PLT anda:
- Membuka Akaun Bank
- Mendaftar Cukai Pendapatan
- Membuka fail KWSP dan PERKESO
- Pendaftaran GST
- Pengisytiharan Tahunan kepada SSM
Kewajipan Berterusan PLT
Dengan PLT didaftar, anda boleh memulakan perniagaan. Tetapi jangan lupa obligasi berterusan PLT termasuk pendaftaran bagi perubahan, penyimpanan rekod akaun, pengisytiharan tahunan kepada SSM dan perkara pematuhan berkanun lain. JANGAN BIMBANG, 3E Accounting akan terus membantu anda melakukannya.
Pendaftaran bagi Perubahan Butiran
Semua PLT perlu memastikan pemberitahun dibuat kepada Pendaftar sekiranya terdapat perubahan dalam butiran pendaftaran PLT dalam tempoh empat belas hari dari tarikh perubahan dibuat atau berlaku.
Menyimpan Rekod Pendaftaran dan Rekod Statutori
PLT perlu pada setiap masa menyimpan di pejabat berdaftarnya perkara-perkara berikut:
- notis pendaftaran yang dikeluarkan Pendaftar bagi PLT;
- Daftar nama dan alamat setiap rakan kongsi dan pegawai pematuhan;
- Satu salinan perisytiharan tahunan yang terkini;
- Satu salinan mana-mana pernyataan yang diserahkan kepada Pendaftar di bawah Akta PLT 2012;
- Satu salinan sijil (jika ada), yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 11 (4) Akta PLT 2012;
- Satu salinan perjanjian PLT dan apa-apa pindaan kepadanya;
- Satu salinan mana-mana instrumen yang berkaitan dengan apa-apa caj yang dibuat oleh PLT; dan
- Apa-apa dokumen lain yang Pendaftar arahkan, dari semasa ke semasa, dikehendaki disimpan oleh PLT.
Penyimpanan Rekod Perakaunan
- PLT hendaklah menyimpan rekod perakaunan dan rekod lain sepertinya yang akan menjelaskan transaksi dan kedudukan kewangan PLT dan membolehkan akaun untung rugi dan menyediakan kunci kira-kira dari semasa ke semasa yang memberikan pandangan tepat dan saksama mengenai keadaan urusan PLT di pejabat berdaftar PLT atau mana-mana tempat lain sebagaimana difikirkan sesuai oleh rakan-rakan kongsi dengan syarat bahawa pemberitahuan tempat itu dibuat kepada Pendaftar;
- LLP hendaklah mengekalkan rekod perakaunan dan rekod lain seperti di atas untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dari tamat tahun kewangan di mana urus niaga atau operasi yang berkaitan dengan rekod itu selesai.
Pengisytiharan Tahunan
- PLT perlu memastikan laporan dibuat kepada Pendaftar secara tahunan dalam tempoh sembilan puluh hari dari hujung tahun kewangan PLT, pengisytiharan dibuat oleh mana-mana dari dua rakan kongsi bahawa PLT mampu atau tidak mampu membayar hutangnya ketika ia perlu dilunaskan dalam tempoh normal perniagaan dan pengisytiharan perlu disertakan lain-lain butiran yang mungkin diperlukan Pendaftar.
- Bagi pengisytiharan tahuna pertama, ia perlu dibuat tidak lewat dari 18 bulan dari pendaftaran PLT atau 90 hari dari tamatnya tahun kewangan, yang mana lebih dahulu.
Sekiranya PLT gagal membuat Pengisytiharan Tahunan dalam tempoh tersebut dan tempoh lanjutan diberikan oleh Pendaftar, PLT telah melakukan kesalahan dan jika disabit, akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 dan denda seterusnya tidak melebihi RM500 bagi setiap hari kesalahan terus dilakukan selepas sabitan.
Lanjutan Penghantaran Pengisytiharan Tahunan kepada SSM
Permohonan tempoh lanjutan perlu dibuat selepas tamat tahun kewangan dan sekurang-kurangnya 30 hari selepas tarikh penghantaran pengiytiharan tahunan dengan yuran perlu dilakukan.
Alasan yang boleh dipertimbangkan oleh Pendaftar bagi memberi lanjutan adalah seperti berikut:-
a) Kematian rakan kongsi/pegawai pematuhan (disokong sijil kematian)
b) Bencana alam seperti kebakaran, banjir dsb yang memusnahkan rekod dan dokumen PLT (disokong laporan polis).
c) Kecurian (disokong dengan laporan polis).
d) PLT sedang disiasat di mana buku akaun dan rekod telah diambil dan dalam pegangan SSM dan pihak-pihak Berkuasa lain (disokong dokumen relevan/surat dari Pihak Berkuasa berkaitan).
e) PLT terlibat dalam kes mahkamah (disokong oleh dokumen relevan).
f) Lain-lain alasan yang difikirkan munasabah oleh Pendaftar bagi tempoh lanjutan.
Pendaftar mempunyai hak bagi menolak permohonan sekiranya Pendaftar tidak berpuas hati dengan alasan yang diberi bagi membenarkan tempoh lanjutan dan bayaran yuran tidak akan dipulangkan.
Pematuhan Cukai
- Pendaftaran Fail Cukai (termasuk jualan/cukai perkhidmatan & GST)
- Pengisian Cukai
- Anggaran Cukai dikenakan & Bayaran Cukai