This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Panduan Cukai Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Diimport | Panduan Berkenaan
Perkhidmatan Diimport Boleh Kena Cukai
Bermula pada 1 Januari 2020, perkhidmatan diimport yang boleh dikenakan cukai adalah bertakluk kepada cukai perkhidmatan. Selari dengan Seksyen 2 bagi Akta Cukai Perkhidmatan 2018, “perkhidmatan diimport boleh kena cukai” bermaksud sebarang perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai yang diperoleh mana-mana perseorangan di Malaysia daripada mana-mana perseorangan yang berada di luar Malaysia.
Memfailkan Pulangan dan Pembayaran Cukai – Registran SST
Selari dengan Seksyen 26 bagi Akta Cukai Perkhidmatan 2018, registran SST adalah dikehendaki mengisytihar cukai ke atas perkhidmatan diimport boleh kena cukai dalam Borang SST-02. Nilai perkhidmatan diimport boleh kena cukai perlu diisytiharkan secara berasingan dalam seksyen B1 dalam Borang SST-02.
Borang SST-02 hendaklah dikembalikan dan pembayaran perlu dibuat tidak lewat daripada tarikh terakhir dalam sesuatu bulan selepas tamat tempoh pengenaan cukai.
Memfailkan Pulangan dan Pembayaran Cukai – Bukan Registran SST
Selari dengan Seksyen 26A bagi Akta Cukai Perkhidmatan 2018, pihak yang bukan registran SST perlu mengisytihar cukai ke atas perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai dalam Borang SST-02A.
Borang SST-02A perlu dikembalikan dan pembayaran perlu dilakukan tidak lewat daripada hari terakhir pada sesuatu bulan selepas tamat bulan tersebut di mana pembayaran ke atas perkhidmatan perlu dilakukan olehnya atau invois telah diterima olehnya.
Penalti Pembayaran Lewat
Kelewatan membuat pembayaran bagi cukai perkhidmatan oleh mana-mana perseorangan daripada tarikh akhir akan menyebabkan penalti dikenakan seperti berikut: –
Jumlah Hari Lewat | Kadar Penalti |
30 Hari Pertama | 10% |
30 Hari Seterusnya | 15% |
30 Hari Kemudiannya | 15% |
Tanggungjawab Bukan Registran SST
Selari dengan Seksyen 24 (5A) bagi Akta Cukai Pekhidmatan 2018, adalah menjadi kewajipan bukan registran SST yang menjalankan perniagaan dan mendapatkan perkhidmatan diimport boleh kena cukai bagi menyimpan rekod untuk segala transaksi yang berkaitan. Kesemua rekod perlu disimpan dan diselenggara untuk tempoh selama tujuh (7) tahun dan ia perlu disimpan di Malaysia. Rekod-rekod ini perlu disimpan sama ada dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris.
Pengecualian Cukai Perkhidmatan
Terdapat 3 senario di mana perkhidmatan diimport boleh kena cukai dapat dikecualikan daripada cukai perkhidmatan: –
- Perkhidmatan diimport boleh kena cukai adalah berkaitan dengan: –
- barangan dan tanah yang terletak di luar Malaysia
- perkara-perkara di luar Malaysia
- Pelepasan intra-kumpulan – Pelepasan intra-kumpulan terpakai ke atas perolehan perkhidmatan diimport boleh kena cukai di bawah Kumpulan G – Perkhidmatan Profesional, Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (kecuali perkhidmatan mencari pekerjaan dan agensi swasta). Jika syarikat memperoleh perkhidmatan boleh kena cukai yang dijelaskan daripada sebuah syarikat dalam kumpulan syarikat yang sama di luar Malaysia, perolehan perkhidmatan tersebut tidak dikira sebagai perkhidmatan diimport boleh kena cukai (tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan).
- Pengecualian cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan B2B. Berkuatkuasa daripada 1 Januari 2019, perkhidmatan boleh kena cukai tertentu sebagai contoh perkhidmatan profesional (kecuali bagi perkhidmatan mencari pekerjaan dan agensi swasta) dan perkhidmatan pengiklanan yang dibekalkan oleh perseorangan berdaftar kepada perseorangan berdaftar lain yang berdaftar untuk perkhidmatan yang sama adalah dikecualikan daripada cukai perkhidmatan. Syarat-syarat bagi pengecualian yang terpakai bagi penerima perkhidmatan adalah seperti berikut:
- Pihak yang mendapatkan perkhidmatan boleh kena cukai adalah berdaftar dalam Kumpulan boleh kena cukai yang sama dengan pembekal perkhidmatan boleh kena cukai; dan
- Perkhidmatan yang diperoleh perlu dalam kategori yang sama dengan perkhidmatan boleh kena cukai seperti yang dibekalkan kepada penerima kepada pelanggannya.
Bermula daripada 1 Januari 2020, pengecualian B2B juga dilanjutkan kepada :-
- perkhidmatan digital yang diperoleh daripada perseorangan asing yang didaftarkan oleh registran SST, dan
- perkhidmatan teknologi maklumat (IT) dan perkhidmatan pengiklanan yang diperoleh daripada mana-mana perseorangan di luar Malaysia oleh registran SST. Perkhidmatan boleh kena cukai yang dikecualikan perlu sama dengan perkhidmatan IT dan perkhidmatan pengiklanan yang diedar oleh perseorangan berdaftar.
Bagi melayakkan diri untuk pengecualian B2B, syarat syarat di bawah perlu terlebih dahulu dipenuhi: –
- Perkhidmatan diimport adalah untuk kelangsungan perniagaan dan bukan sebagai manfaat peribadi;
- Telah melunaskan amaun yang perlu dibayar bagi perkhidmatan diimport kepada pembekal perkhidmatan, dan
- Perkhidmatan diimport diperoleh selepas 1 Januari 2020.