This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Panduan Tentang Dokumentasi Harga Pemindahan Di Malaysia

Dokumentasi Harga Pindahan Di MalaysiaHarga pindahan secara umumnya merujuk kepada aturan harga antara syarikat berhubung pertukaran barang, perkhidmatan dan bahan tidak ketara di antara perseorangan berkaitan. Secara ideal, harga pindahan tidak berbeza dengan harga pasaran semasa yang akan dicerminkan dalam urus niaga di antara perseorangan yang berkaitan. Bagaimanapun, urusan perniagaan di antara individu berkaitan mungkin tidak sering mencerminkan kuasa pasaran yang dinamik.

Harga pindahan memberi kesan terhadap jumlah cukai korporat yang dibayar oleh perniagaan, sehingga ia menjadi satu bidang tumpuan di peringkat antarabangsa, dan hari ini ia merupakan fokus utama bagi pihak berkuasa cukai di Malaysia. Maka, adalah mustahak bagi menunjukkan bahawa harga transaksi antara kumpulan adalah bebas (at arm’s length) dan tidak digunakan bagi menaikkan kadar perbelanjaan secara palsu.

 

Pematuhan Harga Pindahan

Pihak berkuasa cukai di Malaysia sedang menggiatkan usaha di dalam meneliti urus niaga antara syarikat bagi syarikat-syarikat multinasional dan juga kumpulan syarikat syarikat tempatan. Pembayar cukai perlu memastikan bahawa transaksi pihak berkaitan adalah berdasarkan amalan bebas atau at arm’s length. Di dalam audit cukai, pihak berkuasa cukai mungkin melakukan pelarasan cukai sekiranya mereka berpendapat bahawa transaksi pihak berkaitan tidak dilakukan mengikut prinsip at arm’s length dan ini mungkin membawa kepada liabiliti cukai dan penalti.

Bagi memastikan kepatuhan, pihak berkuasa cukai telah menyertakan senarai semak di dalam pulangan cukai korporat bagi mengisytihar sama ada dokumentasi harga pindahan telah disediakan. Maka daripada keperluan ini, pembayar cukai yang pernah melakukan sebarang urus niaga pihak berkaitan dinasihati agar memastikan dokumentasi harga pemindahan disediakan secara serentak bagi menunjukkan sifat at arm’s length untuk transaksi antara syarikat mereka.

Sekiranya tiada sebarang dokumen pindahan harga didapati, Syarikat dikehendaki mengisytiharkan dalam Pulangan Cukai bahawa dokumen tersebut tidak disediakan. Dalam hal seperti ini, terdapat kemungkinan bahawa Syarikat mungkin terpilih untuk audit pindahan harga.

 

Dokumetasi pindahan harga serentak

Dokumentasi pindahan harga serentak bermaksud dokumentasi pindahan harga yang terhasil daripada keadaan:-

a) apabila seseorang sedang mengusahakan atau melakukan sebarang transaksi terkawal; dan

b) apabila dalam tempoh asas untuk tahun penaksiran, transaksi terkawal disemak dan terdapat perubahan material, dokumentasi tersebut perlu dikemaskini sebelum tarikh akhir bagi tujuan melengkapkan pemulangan bagi tempoh asas tersebut bagi tahun penaksiran tersebut.

 

Ambang

Di dalam meringankan beban kepatuhan, Panduan Harga Pindahan menerangkan keperluan bagi memastikan dokumentasi harga pindahan serentak hanya akan terpakai kepada perkara berikut:-

  • Untuk individu yang melakukan perniagaan, di mana pendapatan kasar melebihi RM25 juta, dan jumlah urus niaga kawalan melebihi RM15 juta.
  • Untuk individu yang menyediakan bantuan kewangan, ia hanya terpakai jika bantuan kewangan melebihi RM50 juta.

Pembayar cukai yang berada di luar paras ambang boleh memilih untuk menyediakan set singkatan bagi dokumentasi harga pindahan merangkumi sekadar struktur organisasi, penerangan urus niaga kawalan dan dasar harga berkaitan, berbanding keperluan dokumentasi lengkap.

Bermula daripada 1 Januari 2021, kegagalan melengkapkan dokumentasi pindahan harga serentak dalam tempoh 30 hari selepas diminta adalah tertakluk kepada penalti tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau hukuman penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya.  

 

Definisi Transaksi Terkawal

Transaksi terkawal merujuk kepada sesuatu transaksi di antara:   

a) perseorangan yang memiliki kawalan ke atas perseorangan yang lain;

b) individual dengan pertalian keluarga antara satu sama lain; atau

c) perseorangan yang mana di bawah kawalan perseorangan yang lain.

Contoh-contoh transaksi terkawal mungkin melibatkan jualan atau pembelian bahan mentah, saham dagangan dan aset ketara yang lain, royalti, yuran lesen, yuran pengurusan, penyelidikan dan pembangunan, sewaan, faedah atau yuran jaminan. 

Pembayar cukai yang terlibat dalam transaksi terkawal adalah secara umumnya dikehendaki mengekalkan dokumentasi pindahan harga serentak. Ini merangkumi pembayar cukai yang terlibat dalam transaksi terkawal domestik di mana sekurang-kurangnya satu pihak menikmati insentif cukai atau menanggung kerugian berterusan, atau dikenakan cukai pada kadar berbeza, di mana kesan transaksi tersebut akan menyebabkan penukaran yang mengubah jumlah cukai perlu dibayar.

“Kawalan” merujuk kepada mana-mana perseorangan yang memiliki saham milik perseorangan yang lain, atau pihak perseorangan ketiga yang memiliki saham kedua-duanya, di mana peratusan saham modal yang dipegang adalah sama ada dalam situasi 20% atau lebih dan―

a) operasi perniagaan perseorangan tersebut bergantung kepada pemilikan hak, seperti paten, bukan paten kepada pengetahuan teknologi, tanda perdagangan, atau hakcipta, yang diberikan oleh perseorangan lain atau perseorangan pihak ketiga;

ba) aktiviti-aktiviti perniagaan, seperti pembelian, jualan, penerimaan perkhidmatan, pembekalan perkhidmatan, daripada perseorangan yang ditentukan oleh perseorangan yang lain, dan harga serta lain-lain syarat berkenaan pembekalan yang dipengaruhi oleh perseorangan lain tersebut atau perseorangan pihak ketiga; atau  

c) di mana satu atau lebih pengarah atau ahli lembaga pengarah bagi perseorangan yang dilantik oleh perseorangan lain atau perseorangan pihak ketiga.

 

Pelaporan Mengikut Negara (CbCR)

Dengan pengenalan sistem pelaporan mengikut negara, entiti Pegangan Utama bagi kumpulan syarikat multinasional yang berpengkalan di sini (memiliki jumlah pulangan kumpulan melebihi RM3 bilion) adalah bertanggungjawab bagi menyedia dan memfailkan CbCR kepada LHDN dalam tempoh setahun dari penghujung tahun kewangannya.

Pembayar cukai Malaysia yang merupakan sebahagian dari kumpulan syarikat multinasional yang perlu menyedia BbCR dalam negara lain, perlu memaklumkan LHDB tentang entiti pelaporan mereka dan kediamannya, sebelum penghujung tahun kewangan.

Untuk mengelak risiko yang hadir bersama kegagalan mematuhi Panduan Harga Pindahan di Malaysia, ianya penting bagi mendapatkan perkhidmatan agensi profesional berpengalaman yang mampu membimbing anda di dalam semua keperluan pengawal seliaan secara berkesan.

Untuk sebarang pertanyaan dan butiran selanjutnya, sila emel kami di [email protected]