This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Penghantaran Borang Pulangan Tahunan kepada SSM Malaysia
Apakah Pulangan Tahunan?
Secara amnya, pulangan tahunan memberikan gambaran asas tentang sesebuah syarikat. Secara terperinci, pulangan tahunan merangkumi maklumat berikut:
- Alamat pejabat berdaftar
- Alamat pejabat perniagaan
- Alamat pejabat cawangan (sekiranya ada)
- Aktiviti-aktivi perniagaan prinsipal
- Jumlah modal berdaftar yang dibenarkan
- Jumlah modal berbayar
- Tanggungan-tanggungan berdaftar dengan SSM (iaitu aset syarikat yang dicagarkan)
- Pengarah-Pengarah Syarikat
- Setiausaha Syarikat Dilantik
- Pemegang-Pemegang Saham
Mengapa Pulangan Tahunan Perlu Dihantar?
Penghantaran Pulangan Tahunan sesebuah syarikat adalah diwajibkan dan merupakan keperluan undang-undang paling utama yang ditetapkan oleh SSM.
Bilakah Penghantaran Pulangan Tahunan Perlu Dilakukan?
Menurut Akta Syarikat 2016 yang baharu yang berkuatkuasa mulai bulan Januari 2017, syarikat-syarikat diwajibkan menghantar Pulangan Tahunan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh ulangtahun atau aniversari Pemerbadanan Syarikat.
Syarikat-syarikat dengan aniversari pemerbadanan pada Januari 2017, bagaimanapun, tidak diwajibkan menghantar Pulangan Tahunan pada 2017 kerana Akta Syarikat 2016 masih belum berkuatkuasa. Maka, penghantaran pertama Pulangan Tahunan syarikat-syarikat terbabit selari dengan Akta baharu itu hanya dibuat dalam tahun 2018.
Adakah Penalti Dikenakan Sekiranya Pulangan Tahunan Gagal Dilaporkan?
Oleh kerana memfailkan Penyata Tahunan merupakan keperluan undang-undang yang paling utama, kegagalan berbuat demikian adalah kesalahan dan jika disabitkan, syarikat dan pengarahnya akan dikenakan penalti di bawah seksyen 165 dan 169, Akta Syarikat 1965.
Sekiranya anda ragu-ragu dengan prosedur bagaimana melaporkan Pulangan Tahunan, terus sahaja menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan!