This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)

GKP merupakan bantuan kewangan berjumlah RM3,000 yang dibayar sekali (one-off) kepada perusahaan mikro berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas oleh wabak COVID-19.

 

Geran Khas PRIHATIN (GKP)Siapa yang Layak Memohon Geran Khas PRIHATIN?

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Menjalankan perusahaan mikro dengan –
    • Jumlah jualan atau pulangan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Bilangan pekerja tidak melebihi 5 orang (tidak termasuk pemilik-pemilik)

Dan

  1. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)atau pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  2. Masih aktif dalam perniagaan pada masa permohonan; dan
  3. Data akan disilang-semak dengan agensi-agensi yang dilantik Kementerian Kewangan Malaysia

 

Bagaimana Memohon?

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal GKP.

 

Bilakah Permohonan Bermula?

Dari 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

 

Bilakah Keputusan Permohonan Akan Diketahui?

Minggu Pertama bulan Jun 2020.

 

Bolehkan Saya Memohon Sekiranya Saya Berdaftar Dengan SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan tetapi Tidak Berdaftar Dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri?

Boleh. Para pemohon perlu memberi butiran pendaftaran perniagaan pada borang permohonan online apabila membuat permohonan.

 

Bilakah Pembayaran Akan Dilakukan?

Pembayaran dijangka dilakukan dalam bulan Jun 2020 dan dikreditkan kepada akaun bank pemohon. Akaun bank perlulah aktif.

Anda boleh merujuk Soalan Lazim yang dikeluarkan LHDN atau mengunjungi laman rasmi atau halaman media sosial LHDB bagi maklumat selanjutnya.

PRIHATIN Special Grant (Geran Khas PRIHATIN) (GKP)