This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Majikan PKS Malaysia Kini Boleh Memohon Untuk Program Subsidi Gaji di Malaysia

Permohonan Bagi Program Subsidi GajiDi bawah program subsidi gaji, syarikat berkelayakan dengan pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi gaji di antara RM600 hingga RM1,200 bergantung kepada jumlah pekerja bagi tempoh 3 bulan. Majikan-majikan boleh mula memohon untuk skim subsidi gaji dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula daripada 9 April 2020.

Kriteria Kelayakan

Sila rujuk jadual di bawah bagi kriteria kelayakan:-

Saiz syarikat Pekerja berjumlah 75 atau ke bawah Pekerja berjumlah 76 hingga 200 Pekerja berjumlah lebih dari 200
Bantuan kewangan RM1,200 sebulan bagi setiap pekerja RM800 sebulan bagi setiap pekerja RM600 sebulan bagi setiap pekerja
Had pekerja 75 pekerja 200 pekerja 200 pekerja
Tempoh bantuan 3 bulan 3 bulan 3 bulan
Syarat Kelayakan
Penurunan keuntungan dan jualan Tiada syarat Penurunan sebanyak 50% atau lebih dari segi keuntungan atau jualan berbanding Januari 2020 atau bulan-bulan seterusnya. Penurunan sebanyak 50% atau lebih dari segi keuntungan atau jualan berbanding Januari 2020 atau bulan-bulan seterusnya.
Pendaftaran

 

i.       Berdaftar dengan dan mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum 1 April 2020.

ii.   Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020.

iii. Memulakan operasi sebelum 1 Januari 2020.

Gaji pekerja RM4,000 dan ke bawah
Lain-lain syarat Majikan yang memilih menerima bantuan ini hendaklah mengekalkan pekerja mereka, tidak dibenarkan memotong gaji pekerja atau mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya bagi tempoh 6 bulan, yang mana 3 bulan dalam tempoh penerimaan subsidi dan 3 bulan selepasnya.
Tarikh berkuatkuasa Dari 1 April 2020
Kaedah permohonan Permohonan perlu dihantar oleh majikan melalui laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my bermula dari 9 April 2020
Tarikh akhir permohonan 15 September 2020 atau tertakluk kepada baki peruntukan dana atau sebarang keputusan daripada kerajaan.
Kaedah pembayaran Pembayaran subsidi gaji akan dikreditkan ke dalam akaun majikan dalam tempoh 7-14 hari selepas tarikh kelulusan.

Permohonan boleh dibuat melalui prihatin.perkeso.gov.my bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:-

  • Senarai pekerja mengikut jumlah had pekerja (disediakan dalam format Excel sahaja);
  • Penyata bank majikan (muka depan sahaja);
  • Nombor pendaftaran perniagaan (NPP) berdaftar ketika pembukaan akaun bank;
  • Dokumen pendaftaran perniagaan atau syarikat / lesen perniagaan;
  • Borang Deklarasi PSU50; dan
  • Dokumen sokongan seperti penyata bank dan laporan jualan yang disahkan oleh pengurusan atau sebarang dokumen berkaitan (hanya terpakai bagi majikan dengan 76 atau lebih pekerja)

Permohonan Bagi Program Subsidi Gaji

Sila emel kami di [email protected] sekiranya anda memerlukan bantuan bagi permohonan seperti di atas.