This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Skim Pembiayaan di Malaysia Untuk PKS

Skim Pembiayaan di Malaysia

Membantu Perniagaan Kecil Mengharungi Pelbagai Peringkat Dalam Perkembangan Perniagaan

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah sebahagian daripada ekonomi Malaysia yang rancak, dan terdapat beberapa skim pembiayaan di Malaysia yang tersedia bagi menyokong PKS ini.

 

Pilihan Pembiayaan Bagi PKS

PKS perlu dipupuk dan disokong dengan sebaik mungkin. Mereka tidak memiliki belanjawan besar seperti mana yang dimiliki syarikat perbadanan multinasional. Maka mereka perlukan bantuan bagi memastikan mereka mendapat peluang terbaik supaya kekal bertahan dan berkembang dalam persekitaran perniagaan yang amat kompetitif ini.

PKS mempunyai dua pilihan bagi mengakses pembiayaan di Malaysia. Mereka boleh mendapatkan akses pembiayaan melalui:

  • Kementerian dan agensi
  • Institusi kewangan pembangunan

 

Skim Pembiayaan Pinjaman Mudah Di Malaysia

Skim pembiayaan pinjaman mudah atau soft loan disediakan di Malaysia oleh Agensi Kewangan Pembangunan Perindustrian Malaysia atau MIDF. MIDF adalah sebahagian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Terdapat dua pilihan yang tersedia iaitu:

  • Pinjaman Mudah untuk PKS (SLSME) – Pinjaman ini ditawarkan kepada PKS dalam sektor pengilangan dan perkhidmatan. Syarikat permulaan dan PKS boleh mendapat bantuan kewangan yang mereka perlukan sekiranya ingin meningkatkan produktiviti, keberkesanan dan daya saing. Dengan pilihan pinjaman mudah SLSME, PKS yang sedia ada dan yang baru adalah berkelayakan jika mereka perlukan bantuan modal, projek atau aset tetap.
  • Skim Pinjaman Mudah untuk Sektor Perkhidmatan (SLSSS) – Skim Pinjaman Mudah untuk Sektor Perkhidmatan atau SLSSS bertujuan memberikan modal dan suntikan dana kepada syarikat-syarikat permulaan. Bantuan ini bagi menghasilkan perkhidmatan baru dalam kalangan usahawan. Pinjaman ini terpakai kepada sektor perkhidmatan. Usahawan yang layak boleh memohon pinjaman ini sekiranya mereka ingin mengembangkan, memodenkan, menambah baik dan/atau mempelbagaikan perkhidmatan sedia ada mereka.

 

Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) Sedia Membantu

SME Bank di Malaysia sedia membantu para usahawan yang memerlukan pertolongan. Sebahagian daripada MITI, SME Bank menawarkan pilihan berikut dari segi pembiayaan:

  • Tabung Usahawan Muda (Sektor Perkhidmatan)
  • Tabung Usahawan Siswazah (TUS), yang merangkumi semua sektor.
  • Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA), yang juga merangkumi semua sektor.

MITI turun menguruskan sebuah lagi agensi, dikenali sebagai SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia). SME Corp Malaysia juga menawarkan pilihan pembiayaan kepada perniagaan yang amat memerlukan. Pilihan-pilihan ini termasuk yang berikut:

  • Tabung Kecemasan PKS (SMEEF)
  • Program Peningkatan Perusahaan Bumiputera (BEEP)

Kedua-dua pinjaman ini merangkumi semua sektor. BEEP memfokuskan kepada pembangunan Bumiputera tempatan yang berpotensi di Malaysia. PKS yang layak akan disalurkan dengan pakej komprehensif bagi membantu mereka dengan keperluan kewangan. Selain itu, mereka juga akan layak menerima bantuan khidmat nasihat sebagai sebahagian daripada perkhidmatan.

SMEEF, pula, memberi perkhidmatan berlainan. Fokus skim ini adalah untuk menolong perniagaan dalam mana-mana sektor yang menerima kesan akibat bencana alam. Bantuan kewangan yang diberi di bawah pinjaman ini merangkumi barang-barang makanan, bahan mentah, kelengkapan mesin dan kos membaik pulih.

 

Bantuan Kewangan Oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Kementerian Kewangan membekalkan skim pembiayaan di Malaysia melalui dua agensi khusus. Agensi-agensi ini terdiri daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) serta Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle). Bantuan yang disalurkan MTDC memfokuskan kepada penggalakan dan bantuan perkembangan usahawan dalam jurusan teknologi. Selain itu, bantuan kewangan MTDC juga mensasarkan untuk menolong syarikat permulaan.

Cradle Agency bekerja dengan cara berbeza. Dalam skim ini, pelabur malaikat atau angel investor ditawarkan insentif cukai sebagai pertukaran bagi pelaburan dalam syarikat permulaan berdasarkan teknologi di Malaysia.

Untuk maklumat selanjutnya dan senarai penuh pilihan pembiayaan yang tersedia di Malaysia, ketik di sini. Usaha niaga anda seterusnya mungkin memerlukan skim pembiayaan yang ditawarkan.

 

Perlu Bantuan Membuka Perniagaan di Malaysia?

Memikirkan langkah memulakan perniagaan di Malaysia? Kami sedia membantu anda. 3E Accounting adalah pusat sehenti bagi segala keperluan perniagaan yang anda kehendaki. Dengan pengalaman luas di bidang perniagaan, pilihan perkhidmatan pemerbadanan syarikat kami yang meluas mampu memenuhi keperluan anda dari petak mula hingga garis penamat. Benarkan pakar-pakar kami membimbing anda dalam segala proses dan memberi panduan langkah demi langkah agar anda tidak perlu bimbang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Perkhidmatan Penubuhan Syarikat yang ditawarkan 3E Accounting, hubungi pasukan kami yang mesra pelanggan hari ini.

Skim Pembiayaan di Malaysia