This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Bursa Malaysia – Pengenalan

Bursa Malaysia Berpengkalan di Kuala Lumpur, Bursa Malaysia merupakan tukaran saham di negara ini yang beroperasi sebagai platform bagi menawarkan produk-produk berkaitan tukaran dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat, kumpulan dan kerajaan bagi menjual sekuriti kepada orang awam.

Kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia termasuklah bon, derivatif, ekuiti, perdagangan, penyelesaian, perkhidmatan penjelasan dan depositori. Ia turut menawarkan sekuriti patuh Shariah yang berlandaskan panduan-panduan pelaburan menurut Shariah. Tukaran saham ini adalah antara yang terbesar di rantau Asia, dan sebahagian dari fungsi utamanya ialah memastikan agar maklumat harga bagi dagangan sekuriti disebarkan dengan cekap bagi memastikan dagangan dilaksana secara adil dan teratur.

 

Bursa Malaysia Serta Fungsinya

Antara fungsi-fungsi lain yang termasuk di dalam bidang kuasa Bursa Malaysia merangkumi penguatkuasaan peraturan. Aktiviti terasnya mencakupi pengurusan perbendaharaan, bersama-sama dengan penyediaan perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran bagi anak-anak syarikatnya. Tukaran saham ini turut bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas-tugas berikut:

  • Mengenakan teguran dan denda
  • Melulus penyenaraian
  • Melulus sebut harga sekuriti
  • Menyelia syarikat yang disenarai
  • Menyelia aktiviti pembrokeran saham
  • Mengawasi kemasukan kepada anggota Tukaran
  • Mengurus penzahiran (disclosure) yang disenaraikan syarikat
  • Menyedia kemudahan dan infrastruktur untuk penjanaan modal

 

Bursa Malaysia turut memenuhi peranannya di dalam menggalakkan keyakinan pelabur dengan memastikan agar operasi dilaksana secara cekap, kos efektif, adil dan teratur.

Terdapat 4 segmen utama di dalam Operasi Bursa Malaysia:

  • Pasaran Sekuriti
    • Dagangan
    • Penyenaraian
    • Penjelasan/Clearing
    • Perkhidmatan deposit
    • Penyediaan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan sekuriti ekuiti yang disebut di tukaran sekuriti
  • Pasaran Derivatif
    • Dagangan
    • Penyenaraian
    • Penjelasan/Clearing
    • Perkhidmatan deposit
    • Penyediaan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan produk derivatif yang disebut di tukaran derivatif
  • Tukaran Syarikat Pegangan
    • Merujuk kepada operasi dan fungsi syarikat sebagai syarikat pegangan pelaburan
  • Lain-lain
    • Platform dagangan komoditi patuh Shariah
    • Platform pelaporan kepada peniaga bon
    • Peruntukan tukaran untuk pasaran luar pesisir

Laman Sesawang Bursa Malaysia

Laman sesawang Bursa Malaysia mengandungi semua maklumat yang penting dan diperlukan berkaitan pasaran-pasaran modal di Malaysia. Laman sesawang tersebut bertindak selaku titik sentuh pertama bagi mendapatkan maklumat berkaitan profil syarikat-syarikat yang disenaraikan di tukaran saham, harga-harga pasaran saham, pengumuman terkini, butiran penyertaan syarikat serta prosedur berkaitan dagangan dan pembelian. Selain itu, terdapat juga bahan-bahan penerbitan, tawaran awam awal (IPO), hebahan media dan lain-lain program pendidikan pelabur yang disediakan laman sesawang tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya berkaitan Bursa Malaysia, ketik di sini bagi meninjau laman sesawangnya.

Bursa Malaysia